CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9646|Reply: 136

[Tempatan] 'I Eat Nasi Lemak' 2 Nov

[Copy link]
Post time 26-10-2014 07:33 AM | Show all posts |Read mode
PENGENDALI laman web makanan pertama di Malaysia, FriedChillies Media Sdn. Bhd. (Friedchillies) sekali lagi akan menganjurkan acara I Eat Nasi Lemak bertempat di TM Covention Centre, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.

Acara yang dijadualkan berlangsung pada 2 November 2014 dari pukul 10 pagi hingga 5 petang itu bakal mengumpulkan 20 penjual nasi lemak terbaik dari seluruh negara.

Acara I Eat Nasi Lemak 2014 merupakan penganjuran kali kedua selepas kejayaan pada tahun 2013 apabila berjaya menarik 5,000 orang pengunjung dalam tempoh lima jam.

Pengurus acara Friedchillies, Hafeez Izwan berkata, pihaknya menjemput penjual-penjual nasi lemak yang baharu pada tahun ini selain mengekal beberapa penjual pada tahun lalu.

Antara yang menarik ialah nasi lemak ikan keli dan nasi lemak kukus goreng. Pihak penganjur juga menjemput penjual nasi lemak vegetarian dari Kepong, Kuala Lumpur dan penjual nasi lemak organik bagi mereka yang mementingkan kesihatan.

“Acara tahun lalu berjaya mengeratkan hubungan antara penjual dengan penggemar nasi lemak.

“Pengunjung pada hari tersebut tidak perlu masak di rumah kerana semua berpeluang membungkus lauk dan nasi untuk dibawa pulang,” ujar Hafeez.

Acara I Eat Nasi Lemak 2014 akan berlangsung seperti Hari Kantin. Para pengunjung perlu membeli kupon terlebih dulu sebelum menukarnya dengan nasi lemak, lauk dan minuman.

Setiap kupon bernilai RM2. Pengunjung boleh membeli dalam bentuk buku kupon yang bernilai RM10.

Selain berpeluang merasai pelbagai jenis nasi lemak, pengunjung juga boleh menyertai pertandingan makan nasi lemak pada hari tersebut.

Friedchillies juga akan melancarkan kempen Hari Nasi Lemak Sedunia.

“Mereka boleh masak atau pergi ke restoran terdekat yang menjual nasi lemak bersama keluarga atau rakan-rakan,” katanya.


Last edited by R2D2 on 26-10-2014 07:35 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2014 07:52 AM | Show all posts
mana elok mkn nasi lemak ni..
skali skala tkpela
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 07:55 AM | Show all posts
sesetengah nasik lemak campur daun pandan + halia + serai

mak i masak dia perah jintan manis sikit dan lada hitam + halia kat beras tu

ada nasik lemak yang dijual tak rasa lemak langsung...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 08:01 AM | Show all posts
noor2 posted on 26-10-2014 07:55 AM
sesetengah nasik lemak campur daun pandan + halia + serai

mak i masak dia perah jintan manis siki ...

sama la, i selalu taruk daun pandan, halia dan serai... biasanya kalau masak nasi lemak tu, daun pandan i kisar pastu tapis dan perah air dia untuk dapatkan kaler nasi jadi hijau... pastu satu lagi i ada gak letak minyak masak masa masak nasi tu so tekstur jd cantik dan lembut...

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 08:05 AM | Show all posts
noor2 posted on 26-10-2014 07:55 AM
sesetengah nasik lemak campur daun pandan + halia + serai

mak i masak dia perah jintan manis siki ...

rasa dah cam makan nasi lauk sambal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2014 08:05 AM | Show all posts
noor2 posted on 26-10-2014 07:55 AM
sesetengah nasik lemak campur daun pandan + halia + serai

mak i masak dia perah jintan manis siki ...

mana nk rasa nasi lemak
peniaga tak letak santan, halia tak letak
cuma letak daun pandan shj


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2014 08:10 AM | Show all posts
patut la ramai anak dara kat malaysia ni yang obese...
dai kecik lagi mak pak dah hidang nasi lemak jer kat anak anak..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya nasi lemak. Especially yg bngkus dalam daun pisang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2014 08:15 AM | Show all posts
nasi lemok samah
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu nasi lemak dijual waktu pagi jer. Sekarang ni malam2 pun org jual nasi lemak. Kalo makan waktu sarapan, mata cepat ngantuk. Ape2 pun, nasi lemak tetap di hati.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ngantuk mkn nasi lemak
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 09:28 AM | Show all posts
obelisk posted on 26-10-2014 08:01 AM
sama la, i selalu taruk daun pandan, halia dan serai... biasanya kalau masak nasi lemak tu, daun p ...

you yang masak? wah...petua baru ni..boleh i ambik...tp santan pun dah berminyak.lagi mau letak minyak..santan pun dah melembutkan nasik...

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 09:29 AM | Show all posts
Acong posted on 26-10-2014 08:05 AM
rasa dah cam makan nasi lauk sambal

hat mana satu acom? yang mak i masak memang sedap...tak pernah jumpa lagi kat mana2 org jual taruk jintan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 09:30 AM | Show all posts
R2D2 posted on 26-10-2014 08:05 AM
mana nk rasa nasi lemak
peniaga tak letak santan, halia tak letak
cuma letak daun pandan shj

tak baikla depa ni...nak untong saja...kadang2 nasik keras...mentah ke apa..dua sudu ja masuk mulut..pastu tak lalu dah...dahla sambalnya hanya cili ja..kisar ja cili jadi sambal...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 09:32 AM | Show all posts
kelana36 posted on 26-10-2014 08:10 AM
patut la ramai anak dara kat malaysia ni yang obese...
dai kecik lagi mak pak dah hidang nasi lem ...

yang menyebabkan gemok ni bukan nasik lemak semata...tu fast food tu..segala pizza..mcd..kfc dan seangkatan dgnnya..

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 09:47 AM | Show all posts
Rasanya nasi lemak ni sekarang dah ada macam2 versi ikut dari mana tukang masaknya berasal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2014 09:54 AM | Show all posts
buat teringin nak makan tapi malas masak.....  emmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 10:04 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 10:16 AM | Show all posts
noor2 posted on 26-10-2014 07:55 AM
sesetengah nasik lemak campur daun pandan + halia + serai

mak i masak dia perah jintan manis siki ...

first time baca letak jintan dan lada hitam..

arwah mak usu dulu letak halba sikit, serai, halia, bawang merah dan pandan, garam buat perasa..

halba jgn banyak, nt kelat pula...

santan ori, komfom sedap.

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 10:19 AM | Show all posts
kt tmpt aku ade option nak nasi biasa ke nasi lemak, tp lauk die sambal nasi lemak. aku amek nasi biasa je asalkan sambal die sedap gitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.454354 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list