CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: putr@polo

[Tempatan] LIWAT 2- Rayuan Kes Liwat Anwar: Keputusan Ditangguhkan(UPDATE)

[Copy link]
 Author| Post time 28-10-2014 10:17 AM | Show all posts
Anwar Tenang Tiba Di Mahkamah Persekutuan

Diterbitkan: Selasa, 28 Oktober 2014 9:38 AM
IZRA ABDUL RAHMAN Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
izra@thestar.com.my



PUTRAJAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Kehakiman, di sini kira-kira pukul 8.50 pagi Selasa.

Jangkaan bahawa Anwar akan tiba melalui jalan utama menaiki kereta meleset apabila beliau muncul dari bahagian dalam perkarangan bangunan Mahkamah Persekutuan yang dikawal ketat oleh polis dan penghadang besi.

Sebaik sahaja kelibat Anwar dapat dilihat, para penyokongnya yang telah menunggu sejak awal pagi bersorak memberi sokongan kepada ahli politik tersebut.

Turut dilihat bersama Anwar adalah anak perempuannya.

Kelihatan tenang dan bersahaja, ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang memakai kot hitam tidak putus-putus melambaikan tangan kepada para penyokongnya.

Sesekali mereka bersorak 'Reformasi' dan melaungkan slogan keadilan untuk Anwar, 'Rakyat Hakim Negara'.

Terdahulu, pada pukul 8.40 pagi, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hadir sebelum bersama-sama Anwar memasuki bangunan mahkamah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2014 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
ladydutch posted on 28-10-2014 09:08 AM
kalau anwar masuk penjara

maka berakhirlah demokrasi di malaysia

Yalah tu...sbb tu bila pemilihan pkr tenang tenang saja kan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 10:28 AM | Show all posts
Sudah2 le anwar.... Saya percaya kes liwat tu terjadi atas kemahuan kedua2nya. Cuma seorg mengaku tp seorg lg konon2 kena fitnah. Puihhhh.....

Wahai anak2 muda sekalian, nak pertahankan seseorg bermati-matian pilih lah org yg betul. Anwar bkn orgnya
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 10:30 AM | Show all posts
hahahahahahhahahhaahhaha badut badut
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 10:33 AM | Show all posts



sedih sangat2

bertabahlah anwar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 11:00 AM | Show all posts
Rayuan terakhir kes liwat Anwar bermula hari ini
  
PUTRAJAYA: Rayuan terakhir Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, bermula di Mahkamah Persekutuan, di sini, hari ini.

Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria kini mendengar hujahan daripada pasukan pembelaan terdiri daripada 14 peguam mewakili Anwar, diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas hakim Mahkamah Persekutuan.

Empat hakim lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Shariff dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Mahkamah juga akan mendengar rayuan balas pihak pendakwaan untuk menambah hukuman penjara yang dikenakan ke atas Anwar.

Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu. Beliau dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Berpakaian sut gelap, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tiba di mahkamah pada 8.55 pagi ditemani isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anak, termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah.

Mahkamah penuh sesak dengan wartawan tempatan dan luar negara dan juga orang awam.

Pada 7 Mac tahun ini, Mahkamah Rayuan telah mendapati Anwar bersalah dan menjatuhi hukuman penjara lima tahun atas tuduhan meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Anwar atas kesalahan meliwat Mohd Saiful atas alasan mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada Mohd Saiful kerana sampel itu mungkin diganggu sebelum sampai ke Jabatan kimia untuk dianalisis.

Namun, Mahkamah Rayuan meminda keputusan Mahkamah Tinggi bahawa hakim perbicaraan membuat kesilapan serius apabila meragui integriti sampel berdasarkan keterangan dua pakar saksi yang dipanggil oleh pihak pembelaan.

Ini kes liwat kedua terhadap Anwar. Dalam kes pertama, beliau didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa di sini pada 1994 dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000.

Mahkamah Tinggi memerintahkan Anwar menjalani hukuman itu selepas beliau selesai menjalani hukuman penjara enam tahun atas kesalahan rasuah. Mahkamah mensabitkan Anwar terhadap empat tuduhan rasuah pada 4 April 1999.

Bagaimanapun, selepas berada di penjara hampir enam tahun kerana kesalahan rasuah, Anwar dibebaskan pada 2 September, 2004, apabila Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad yang kemudiannya menjadi ketua hakim negara, meminda sabitan kesalahan itu dan mengetepikan hukuman penjara terhadap dakwaan meliwat Azizan, dalam keputusan majoriti 2-1.

- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-10-2014 11:02 AM | Show all posts










Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 11:03 AM | Show all posts








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2014 11:10 AM | Show all posts
kuat tul DSAI tu. kata itu hari sakit pinggang. dah sembuh sakit pinggang dia. alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 11:11 AM | Show all posts
dah kawin kan dia ni? untung bini dia kan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 11:17 AM | Show all posts
ladydutch posted on 28-10-2014 09:08 AM
kalau anwar masuk penjara

maka berakhirlah demokrasi di malaysia

I am all awe of u..statement bodoh u one after another..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 11:18 AM | Show all posts
MH37O posted on 28-10-2014 11:11 AM
dah kawin kan dia ni? untung bini dia kan?

cam mcm action..bini die leh pakai dildo jgk..

ke salah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 11:24 AM | Show all posts
MH37O posted on 28-10-2014 11:11 AM
dah kawin kan dia ni? untung bini dia kan?

lama aku pikir siapa pulak yang kawin ni. anwar isteri satu je wan azizah, dah lama kawin. izzah perempuan. bini mana pulak untung ni? check tajuk baru paham
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 11:43 AM | Show all posts
Saiful dah kawin dah anak sorang... nampak sweet dia ngan wife dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 12:27 PM | Show all posts
Hakim terkhilaf nilai keterangan - Peguam Anwar
  


DATUK Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Selangor, Azmin Ali tiba di Istana Kehakiman, Putrajaya bagi mendengar rayuan terakhirnya terhadap keputusan kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan. - Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Rayuan terakhir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, bermula di Mahkamah Persekutuan, di sini, hari ini.

Berikut adalah perkembangan semasa pendengaran yang di hadapan panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Peguam bela Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram mengemukakan hujah bahawa hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam keputusannya bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie berdasarkan keterangan.

Beliau berkata, hakim juga terkhilaf dalam menilai keterangan Mohd Saiful berdasarkan kepada tiga aspek iaitu;

- Dalam memutuskan Mohd Saiful saksi berwibawa.

- Dalam memutuskan keterangan Mohd Saiful disokong keterangan saksi lain.

- Enggan membenarkan pembelaan menguji keterangan Mohd Saiful yang diberikannya kepada pegawai penyiasat yang didakwa bercanggah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 12:31 PM | Show all posts
Penyokong Saiful hadir di Istana Kehakiman

  

ANTARA penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan yang hadir di Kompleks Mahkamah Kehakiman Putrajaya pagi ini. - Foto NSTP

PUTRAJAYA Kira-kira 100 penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan memenuhi pekarangan Kompleks Mahkamah Kehakiman Putrajaya, di sini, pagi ini bagi menyatakan solidariti kepada Saiful berhubung rayuan kes liwat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mula didengar panel lima hakim Mahkamah Persekutuan hari ini.

Selain laungan mempertahankan Saiful, penyokong terbabit yang majoritinya adalah anak muda turut membawa sepanduk tertera tulisan "Justice for Saiful", "We are the people, we demand justice for the victim Saiful" serta "PKR, Anwar, don't threaten the court".

Jurucakap kumpulan itu, Tony Tan, menjelaskan perhimpunan mereka hari ini adalah bagi menuntut keadilan kepada Saiful.

Beliau mendakwa, kumpulan berkenaan juga sebenarnya yang mewakili suara rakyat, bukannya pihak yang menyokong Anwar yang disifatkan mereka kumpulan pendesak

"Kamilah suara rakyat, bukan mereka, yang sebelah sana itu (merujuk penyokong Anwar) hanya kumpulan pendesak...patut kita kena patuh pada undang-undang dan hormat pada badan kehakiman kita.

"Saya harap kes ini selesai kali ini dan jangan ada tangguh lagi. Semua pihak juga kena terima keputusan mahkamah nanti," katanya.

Penyokong Saiful yang majoriti memakai baju kuning, merah dan hitam itu tiba kira-kira jam 10.20 pagi tadi.

Sementara itu, tinjauan di sekitar kompleks mahkamah di sini mendapati suasana masih tenang dan tiada sebarang provokasi melampau dilihat dari kedua-dua kumpulan.

Laluan di sepanjang jalan utama di hadapan Kompleks Istana Kehakiman juga masih lancar. Kawalan lalu lintas dilakukan anggota trafik bertugas manakala anggota polis berkawal di pintu masuk kompleks.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2014 12:31 PM | Show all posts


ANTARA penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan yang hadir di Kompleks Mahkamah Kehakiman Putrajaya pagi ini. - Foto NSTP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 12:35 PM | Show all posts


Anak dan cucu Anwar.
by HASNURUL MOHAMED 12:20 PM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 12:46 PM | Show all posts
Bakar t-shirt: Pekarangan Istana Kehakiman tegang

RAZIATUL HANUM A.RAJAK
28 Oktober 2014



Polis berkawal di kawasan kekecohan. - Foto Sinar Harian Online oleh RAZIATUL HANUM A RAJAK Polis berkawal di kawasan kekecohan. - Foto Sinar Harian Online oleh RAZIATUL HANUM A RAJAK

PUTRAJAYA - Suasana pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya sedikit tegang apabila berlaku kekecohan sesama sendiri antara penyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bermula dengan aksi membakar sehelai t-shirt berwarna kuning dipercayai mempunyai gambar bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Azlan Bukhary.

Suasana mula panas apabila insiden tolak-menolak berlaku antara jurugambar dan penyokong Anwar sehingga ramai yang terpaksa berundur.

Namun keadaan kembali tenang apabila Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad menenangkan keadaan.

Sementara itu, beberapa pimpinan PR terus tiba di pekarangan mahkamah ini termasuk dari Pas, Dr Hatta Ramli.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 12:47 PM | Show all posts
walau apa pon...kesian jugak pada keluarga anuar...salah atau x..tabahlah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.061461 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list