CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2133|Reply: 1

Pemain bola sepak mati ditembak

[Copy link]
Post time 27-10-2014 10:23 PM | Show all posts |Read mode
  • Kapten yang juga penjaga gol pasukan bola sepak Afrika Selatan, Senzo Meyiwa. Foto oleh AP
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


KAPTEN yang juga penjaga gol pasukan bola sepak Afrika Selatan, Senzo Meyiwa terbunuh selepas ditembak di rumah teman wanitanya, di Vosloorus, selatan Johannesburg.

Menurut kenyataan Polis Afrika Selatan, kejadian tersebut dilaporkan sebagai cubaan pecah rumah. Ketika kejadian, dua orang lelaki telah memecah masuk rumah tersebut, manakala seorang lagi berada di luar rumah.

Ketiga-tiga suspek berjaya melarikan diri selepas tembakan mengenai Meyiwa dilepaskan. Meyiwa dimaklumkan meninggal dunia ketika tiba di hospital.




“Kehilangan Meyiwa member kesan yang sangat besar kepada keluarga sertas  pasukannya,  Orlando Pirates dan kepada Negara,” kata Pengerusi Pirates, Irvin Khoza.

Dalam pada itu, pihak polis menawarkan  sebanyak AS$14,000 untuk maklumat yang membawa penangkapan kepada ketiga-tiga suspek.

Untuk rekod, pemain berusia 27 tahun itu bermain untuk Orlando Pirates, serta mewakili Afrika Selatan dalam empat kelayakan Piala Negara Afrika.

Kali terakhir pada Sabtu, Pirates menewaskan Ajax Beat 4-1 dalam separuh akhir Piala Liga Afrika Selatan.

Tahun lalu, Orlando Pirates merupakan naib juara Liga Juara CAF, selepas kekalahan agregat 3-1 kepada al-Ahly dari Mesir.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2014 11:29 PM | Show all posts
takziah la... gf dia penyanyi kan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.059162 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list