CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4450|Reply: 12

JPJ fokus tiga jenis kesalahan

[Copy link]
Post time 27-10-2014 10:25 PM | Show all posts |Read mode
  • Johari menunjukkan risalah yang akan diedarkan oleh anggota JPJ semasa membuat operasi nanti.
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


JOHOR BAHRU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor akan mengadakan Operasi Khas terhadap kesalahan berkaitan nombor pendaftaran kenderaan, penggunaan strobe light dan lampu HID bermula 1 November depan.

Pengarahnya, Johari Yusof berkata, Operasi Khas itu akan diadakan secara bersepadu melibatkan agensi penguatkuasaan lain seperti polis dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Menurutnya, JPJ sebelum ini telah mengambil pendekatan berhemah dengan melakukan operasi tanpa mengeluarkan saman, sebaliknya mengeluarkan notis amaran dan nasihat kepada orang ramai.

“Beberapa siri operasi yang kita jalankan sebelum ini menemui banyak kesalahan yang dilakukan pengguna jalan raya yang tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan, tetapi kita tidak saman.






“Bagaimanapun bermula 1 November depan, tiada lagi surat amaran dikeluarkan, tetapi saman akan diberikan kepada semua pengguna yang melakukan kesalahan,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Johari berkata, kesalahan nombor pendaftaran membabitkan motosikal kurang 250cc akan dikenakan kompaun RM200 dan akan dikurangkan kepada RM120 sekiranya bayaran dibuat selepas dua minggu disaman serta RM70 untuk bayaran dalam tempoh dua minggu.

Menurutnya, bagi kesalahan nombor pendaftaran membabitkan kereta dan motosikal lebih 250cc, penggunaan strobe light dan lampu HID akan dikenakan denda RM250 setiap kesalahan.

“Sekiranya pesalah membuat bayaran dalam tempoh dua minggu selepas menerima saman, kompaun akan dikurangkan kepada RM100, manakala bayaran selepas dua minggu hingga sebulan pula kompaun dikurangkan kepada RM150.




“Sekiranya pesalah ingkar membayar saman, kes akan dibawa ke mahkamah dan denda akan dikenakan dalam kadar yang berlipat kali ganda sekiranya didapati bersalah,” katanya.

Katanya, kadar ketelusan cahaya (VLT) baharu bagi penggunaan cermin gelap telah diputuskan kerajaan yang mana cermin hadapan dan cermin sisi pemandu serta penumpang kekal 70 peratus dan 50 peratus.

Menurutnya, bagi cermin sisi penumpang belakang dan cermin belakang yang sebelum ini 50 peratus telah ditetapkan kadar VLT baharu yang lebih gelap kepada 30 peratus.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 01:53 PM | Show all posts
Sesiapa yang rasa bersalah tu, cepat2 lah buang atau tukar apa yang patut......
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 11:31 AM | Show all posts
tengok ramai lagi pakai cermin gelap
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:45 PM | Show all posts
rayqalzz posted on 4-11-2014 11:31 AM
tengok ramai lagi pakai cermin gelap

Tak kena tak apa lah.......

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu je.. kalau mampu pasang tinted, lampu liplap tu takkan laaa xmampu bayar saman. Dah tau xmampu jgn buat lah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 09:27 AM | Show all posts
mmg ramai yg suke wat bende2 yg melanggar peraturan.
kalo setakat plet no, sy xbrape kisah lg.
tp kalo lampu signal yg elok2 kaler kuning, ditukar ke kaler merah... tu mmg wat sy bengang.
terutama nye kalo drive waktu mlm. lbh2 lg yg jenis, nak belok br bg signal...
mmg kelam kabut kite yg kat blkg walau bwk xlaju.
lg satu, lampu dpn tu. warna putih tu sgt menyilaukan mata.
bile berselisih dgn kete mcm tu, mmg bengang giler lah.
mcm tinted tu, ok jek. xkisahlah gelap
@ x.  

Comments

gearbok dah ok ke? :)  Post time 25-11-2014 02:21 PM
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2014 03:11 PM | Show all posts
eileen80 posted on 25-11-2014 09:27 AM
mmg ramai yg suke wat bende2 yg melanggar peraturan.
kalo setakat plet no, sy xbrape kisah lg.
tp  ...

bkn gearbox lah... sensor kot...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 03:18 PM | Show all posts
eileen80 posted on 25-11-2014 03:11 PM
bkn gearbox lah... sensor kot...

dah ok ke..
aritu aku balik kg, nampak ko bawa laju je...dah ok la tu
aku bediri kat tepi jalan langsung tak nampak ek, siap langgar air lagi..sajer la tu nak bagi aku basah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2014 03:36 PM | Show all posts
zulka posted on 25-11-2014 03:18 PM
dah ok ke..
aritu aku balik kg, nampak ko bawa laju je...dah ok la tu
aku bediri kat tepi jalan ...

???
bile? mane tau plet no kete?
slh org lah tu...
sy kat johor kot..

Comments

ahaha.. rileks ar..sajer nyakat..  Post time 25-11-2014 03:43 PM
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 03:47 PM | Show all posts
eileen80 posted on 25-11-2014 03:36 PM
???
bile? mane tau plet no kete?
slh org lah tu...

ingatkan yer..
coz sy pon mmg laju jek kalo drive...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 03:53 PM | Show all posts
eileen80 posted on 25-11-2014 03:47 PM
ingatkan yer..
coz sy pon mmg laju jek kalo drive...

nti sy balik jb sy call awak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 04:26 PM | Show all posts
zulka posted on 25-11-2014 03:53 PM
nti sy balik jb sy call awak..

awak org jb ker?
bkn org selangor?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 04:26 PM | Show all posts
Setuju bebenor la aku saman aje yang suke pasang lampu xikut peraturan ni, yang lampu putih tu cam haram silau, yang duk pasang tu berlagak jela lebih banyak duit bayar jela saman ye dok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.397395 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list