Edited by Leafumi at 8-2-2015 11:34 PM
As-salam..nak share gak..
Sebelum tu aku nak bagitau yang aku seorang yang pemalu n tak reti nak beramah.. So maafkan aku kalau ada forumer BRP ni fikir aku sombong. Mungkin ni kekurangan diri aku tapi kalau orang layan aku baik, aku akan balas baik jugak.
Aku ni suka mengelamun & banyak berfikir. Masa kecik aku cukup suka baca buku2 cerita yang parents belikan. Tambah2 lagi kalau ada tunjuk gambar2 yang cantik.Aku pun banyak terpengaruh dengan jalan cerita sesuatu movie,drama, komik & novel. novel pun aku banyak baca novel cinta tu pun sebab kakak aku hobi baca novel jugak. so aku tak perlu beli novel just balas yang dia punya.
Bila dah banyak didedahkan dengan semua tu, aku cuba visualkan atau keluarkan apa yang ada dalam imaginasi aku sama ada melalui lukisan atau penulisan. Melalui penulisan,aku banyak curahkan kat buku2 latihan sekolah yang tak digunakan. Tapi semua cerita2 yang aku buat tu tak pernah habis. Aku sangat suka subjek penulisan masa kat sekolah. Kalau exam, aku akan pilih soalan yang akhir-akhir sebab selalunya soalan akhir karangan dia akan berbunyi ‘ sila karang cerita berdasarkan peribahasa…’ ataupun ‘ceritakan pengalamana anda blablabla..’ haha.. senang untuk aku curahkan idea aku..karangan berformat aku kurang gemar sebab tak ingat format. Aku minat subjek sejarah, aku pernah khatam buku teks sejarah form 4 & 5 sekali. Kawan2 aku semua kata aku gila. sebab aku baca buku teks tu macam aku baca novel.
Aku tak tau nak terangkan camne… dulu aku pernah fikir aku ni kenapa selalu berimaginasi ? adakah aku ni gila ? sebab otak aku dengan sendiri akan muncul idea2. Tu belum kira kalau terpengaruh dengan movie or bahan bacaan. Aku jadi tak boleh simpan n nak kena luahkan jugak. Dulu aku karang kat buku sekolah n bagi siblings, kawan2 rapat baca. Dowang cakap penulisan baik. disebabkan hanya cuba2 apa yang aku karang tu tak pernah dihabiskan. pernah aku guna 3 buku latihan untuk buat novel tapi last2 aku buang sebab bila aku dah tamat sekolah & baca balik aku rasa macam banyak cacat celanya & aku malu dengan diri sendiri sebab aku rasa hampeh sangat2. so aku banyak berkarya dengan lukisan & focus study art & design. Bila jumpa dengan orang2 seni ni baru aku sedar, otak dorang lagi ‘gila’ n idea lagi gempak2 dari aku. So aku bukannya tak normal cuma imaginasi lebih dari orang lain yang tak minat bidang penulisan/seni. cuma kadang2 tu biasalah teremosi lebih. family aku sampai sekarang panggil aku 'otak kartun'. Aku pernah try buat blog untuk buat novel kat situ tapi aku padam sebab tak reti guna blog.
Tahun lepas aku baru join forum Cari, terjumpa pulak bod BRP nie, aku tengok banyak posting cerpen n novel. Disebabkan rindu nak menulis, aku pun cuba2 try post ‘Amnesia’.Padahal aku tak ada plan kukuh n rangka cerita pun. Dapat feedback dari pembaca untuk suruh aku sambung. Mula2 dulu aku takut jugak kalau2 cerita yang aku karang tu hampeh, bosan atau layak masuk tong sampah. Pembaca nampak berminat dengan cerita aku, jadi aku pun mula mengumpul keyakinan untuk terus menulis & menulis bila ada masa lapang. Kawan2 aku pun galakkan aku untuk menulis. Thanks korang sebab benarkan & galakkan aku untuk berkarya kat BRP ni walaupun tak seberapa & cliche.
Buat masa ni aku boleh tulis genre cinta aje. Genre lain aku tak berani cuba. Tapi aku cuba selitkan unsur-unsur misteri dalam cerita aku sebab aku minat gak misteri2 ni cuma lebih ke arah movie & drama. Kalau nak tulis genre seram/misteri sebagai focus utama memang aku tak boleh kut sebab aku takut tak sampai rasa saspen tu kat pembaca. Jadi aku selitkan sikit2 ke dalam genre cinta yang aku tulis.
Kalau ada rezeki aku teringin jugak nak buat buku sendiri. Tapi mungkin belum tiba masanya lagi. aku still kurang ilmu dalam dunia penulisan. Aku cuma banyak belajar cara menulis & gaya bahasa melalui novel2 yang pernah aku baca aje. Aku minat novel penulis Aina Emir. Aku suka baca novel2 yang dia buat.
Aku enjoy menulis & aku hope orang yang baca karangan aku pun enjoy jugak ye. kalau ada salah & silap tolong bagitau aku yang newbie ini. ehh panjang nya post aku nih.
|