View: 835|Reply: 4
|
[Tempatan]
Sarawak Maju: peruntukan RM19.78 bilion pembangunan
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Sebanyak RM19.78 bilion peruntukan pembangunan telah diluluskan Kerajaan Persekutuan untuk pelaksanaan projek pembangunan di Sarawak sejak Januari 2010 hingga 28 September lepas, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata ia adalah peruntukan tertinggi berbanding yang diterima negeri-negeri lain dalam tempoh itu.
"Jumlah itu termasuk peruntukan pembangunan bernilai RM312.42 juta untuk Parlimen Sarikei bagi tempoh sama," katanya menjawab soalan Wong Ling Biu (DAP-Sarikei) di Parlimen di sini, hari ini.
Wong ingin tahu jumlah peruntukan pembangunan yang disalurkan kerajaan pusat kepada negeri Sarawak, termasuk Parlimen Sarikei, dalam tempoh lima tahun lepas.
Shahidan berkata, Kerajaan Persekutuan meluluskan jumlah peruntukan yang besar kerana mengambil kira keluasan negeri itu dan jumlah penduduk yang lebih ramai.
"Sarawak kini adalah antara tiga negeri maju yang utama di Malaysia. Kita bukan saja bawa pembangunan, tetapi kita pastikan limpahannya dirasai oleh rakyat Sarawak," katanya.
- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata ia adalah peruntukan tertinggi berbanding yang diterima negeri-negeri lain dalam tempoh itu.
__________________
|
|
|
|
|
|
|
|
saya ingatkan di JPM, Shahidan ni hanya jaga hal ehwal First Lady |
|
|
|
|
|
|
|
Sarawak kini adalah antara tiga negeri maju yang utama di Malaysia. Kita bukan saja bawa pembangunan, tetapi kita pastikan limpahannya dirasai oleh rakyat Sarawak," katanya.
satu cerita yang memberangsangkan....pembangunan |
|
|
|
|
|
|
| |
|