CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14603|Reply: 161

[Tempatan] Benar-Benar Cinta:Enggan Ceraikan Nurul Izzah

[Copy link]
Post time 29-10-2014 07:42 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Suami kepada Nurul Izzah Anwar enggan menceraikan isterinya yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai kerana masih menyayanginya dan ingin menyelamatkan perkahwinan mereka.

Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, 35, memberitahu perkara itu kepada pemberita selepas kesnya disebut di dalam kamar di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah, Ab Malek Awang.

"Saya tidak bersetuju menceraikan isteri kerana masih sayangkannya dan anak-anak," katanya yang kelihatan sugul selepas prosiding itu.
Prosiding kes itu yang berlangsung dalam masa 40 minit turut dihadiri isterinya, Nurul Izzah.


Terdahulu, peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Raja Ahmad Shahrir memaklumkan, Hakim Syarie Ab Malek hari ini mensabitkan wujudnya 'Shiqaq' atau perbalahan berpanjangan dalam perkahwinan itu berdasarkan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Azmi berkata, mahkamah juga menasihatkan defendan (Raja Ahmad Shahir) untuk melafazkan cerai, namun anak guamnya itu tidak bersetuju dan memasukkan bantahan terhadap laporan JKP tersebut hari ini atas alasan laporan berkenaan ringkas dan tidak lengkap.

"Laporan daripada pengerusi JKP tidak menyatakan secara terperinci masalah rumah tangga yang dihadapi pasangan itu," katanya.

Peguam syarie itu berkata, pihaknya juga memohon supaya diadakan satu lagi perbincangan JKP yang baru tetapi ia dibantah oleh peguam Nor Mawaddah Ramli yang mewakili Nurul Izzah.

Azmi berkata, mahkamah kemudiannya menerima bantahan daripada pihak plaintif (Nurul Izzah) dan menetapkan 8 Dis depan untuk lantikan 'Hakam'.

'Hakam' adalah sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh mahkamah untuk menasihati suami melafazkan talak tetapi sekiranya suami masih enggan maka 'Hakam' tersebut akan melafazkan talak bagi pihak suami.

Nurul Izzah, 34, anak sulung ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, pada awal Januari.

Seksyen itu menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia empat tahun.

Nurul Izzah yang enggan mengulas mengenai kemelut rumah tangganya hanya berkata: "Terima kasih kerana menghormati privasi saya". - Bernama





      Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Oktober 2014 @ 5:32 PM   
«»
NURUL Izzah (kanan) dan suaminya Raja Ahmad Shahrir  berjalan keluar dari Mahkamah Syariah selepas sebutan kes permohonan cerai mereka. FOTO BernamaFAISAL JAAFAR











- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4729#sthash.RwCrqc3o.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2014 07:49 AM | Show all posts
astro la..

dah ada la...

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 07:50 AM | Show all posts
lavaroyel posted on 29-10-2014 07:49 AM
astro la..

dah ada la...

nanti dia ckp sokabar lain gak.. ko jadi rolemodel
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 07:52 AM | Show all posts
nalis posted on 29-10-2014 07:50 AM
nanti dia ckp sokabar lain gak.. ko jadi rolemodel

yg ada tu dari metro gak...

mana boleh gitu...foul la..



Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 08:03 AM | Show all posts
Nampak cengkung & kusam teruk si Nurulizzah ni....
Kan bagus kalau dia focus kat family sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak beranak masuk mahkamah gitu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2014 08:42 AM | Show all posts
Aku friends dgn suami Nurul Izzah ni dlm Fb so aku tengok dia ok je selalu buat aktiviti dgn anak2 dia masak pizza lah cookies lah.......ada beberapa bulan lepas aku tak ingat ada baca status suami dia kata hari Ahad hari paling padat gi cuci kereta lepas tu nak buat laundry dan gosok kain....maybe utk seminggu punya....suami mithali betul  hu hu hu .....mungkin ada lah di mana2 yg izzah dah rasa tak serasi dgn dia sbb izzah kan yg failkan penceraian.........
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Rumahtangga sendiri tak boleh selesai camner nak selesaikan masalah negara.

Kesian anak2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2014 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Org dah tak cinta....lepaskan je... mungkin bagi izzah cinta tu segala galanya...dah hampir setahun pun berpisah kan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 29-10-2014 08:46 AM
Rumahtangga sendiri tak boleh selesai camner nak selesaikan masalah negara.

Kesian anak2..

Izzah nak selesai cpt AN...suami yg tak nak lepas...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 08:51 AM | Show all posts
Muka cantik,tp fesyen tudungnya pelik serabut
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
magnus posted on 29-10-2014 08:49 AM
Izzah nak selesai cpt AN...suami yg tak nak lepas...

Ye saya tahu...suami masih sayangkan dia Dan demi anak2..,tapi APA yg buatkan nurul berkeras juga mints mahkamah bagi pihak suaminya ceraikan dia?.,,adakah hari2 suaminya pukul dia dera dia?.,,adakah suaminya main kayu tiga atau nurul yg main kayu tiga?.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 29-10-2014 08:53 AM
Ye saya tahu...suami masih sayangkan dia Dan demi anak2..,tapi APA yg buatkan nurul berkeras juga  ...

Izzah kan mmg degil AN...tgk adik beradik dia yg lain ok ok je..dia je mencapub tiada henti...hihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 08:59 AM | Show all posts
Izzah nampak keletihan.
Aku rasa, dia dah hambakan diri dia utk politik la.
kesian.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Selalunya org perempuan ni kalo beria2 nak cerai pasal suami ada isteri lain aka ada madu.. Tak nak bermadu tubuh beria2 nak bercerai.. Tp kes deme ni x tau la kan.. Tp pe nak heran alangkan kajang elok2 je aman damai pon leh wan azizah jd adun dia.. Leh singkirkan khalid dr mb.. Mungkin deme ni ada mslh dalaman yg harus di kaji... Nurul izah ni patut dah bersyukur agt2 suami dia x penah larang pon dia nak kemana2.. Kehulu kehilir sibuk memanjang kalo suami kawin baru pun faham la sebabnya
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 09:01 AM | Show all posts
ade sesetgh lelaki mmg taknak ceraikan bininye, sbb nnt kene byr nafkah anak la pastu nnt dah bercerai takleh dah nk tumpang kesenangan bini. sad but true tp realitinye mcm tulah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2014 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda posted on 29-10-2014 09:01 AM
ade sesetgh lelaki mmg taknak ceraikan bininye, sbb nnt kene byr nafkah anak la pastu nnt dah bercer ...

Laki Izzah tak kerja ke? Tumpang rete Izzah?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 09:04 AM | Show all posts
cinta beralih arah...boleh wat drama dah
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Izzah ni mcm tak sesuai jd isteri. Ego tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
magnus posted on 29-10-2014 08:57 AM
Izzah kan mmg degil AN...tgk adik beradik dia yg lain ok ok je..dia je mencapub tiada henti...hihi ...

Pasal tulah saya kata...rumahtangga tak leh selesai camner nak selesai hal negara yg lebih kompleks.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.074749 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list