CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1849|Reply: 0

RIVER OF EXPLODING DURIANS

[Copy link]
Post time 29-10-2014 10:10 AM | Show all posts |Read mode
River of Exploding Durians terima pujian awal penonton Tokyo










Astro Awani | Kemas kini: Oktober 27, 2014
(Diterbitkan pada: Oktober 27, 2014 09:33 MYT)


KUALA LUMPUR : Filem sulung arahan pengarah Edmund Yeo, River of Exploding Durians menerima pujian ramai setelah tayangan perdana filem itu di Tokyo semalam.

Filem tersebut berjaya disenaraikan dalam kategori pertandingan utama di Festival Filem Antarabangsa Tokyo.

Antara pujian awal yang diterima termasuk dari The Hollywood Reporter yang mengganggap Edmund berjaya menggunakan elemen sinematik untuk menterjemah ideanya.

Memetik The Hollywood Reporter, bahagian terbaik dalam filem tersebut adalah paparan sejarah hitam Asia antaranya gadis Jepun yang dijual sebagai pelacur di Malaysia antara tahun 1860 hingga 1920 serta pertumpahan darah yang berlaku di Universiti Thammasat, Bangkok pada 1976.

Portal The Culture Cave memuji persekitaran Malaysia yang dipaparkan dengan cemerlang menerusi sinematografi yang menekankan shot pada wajah dan tangan setiap watak, simbolik kepada keramahan rakyat Malaysia.

Filem itu dibintangi Zhu Zhi-Ying, Koe Shern, Joey Leong, Daphne Low, Mayjune Tan, Pearlly Chua dan Loo Sheng Yau.

Pencalonan itu merupakan sejarah buat industri perfileman tempatan kerana ia merupakan filem pertama Malaysia yang berjaya disenaraikan dalam kategori pertandingan utama.

Selain filem arahan Edmund, filem Nova (Terbaik Dari Langit) arahan Nik Amir Mustapha turut bertanding dalam kategori Asian Future di festival yang sama.

Nova yang dibintangi Bront Palarae, Iedil Putra, Amerul Affendi, Megat Shahrizal, Nadiya Nisaa, Sharifah Amani dan Siti Saleha akan ditayangkan esok.











Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.264908 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list