CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11693|Reply: 37

TERBAIK DARI LANGIT @ NOVA

[Copy link]
Post time 29-10-2014 10:16 AM | Show all posts |Read mode
' Terbaik Dari Langit ' dipertandingkan di Festival Filem Antarabangsa Tokyo












Muzaffar Mustapa, Astro Awani | Kemas kini: September 30, 2014
(Diterbitkan pada: September 30, 2014 16:28 MYT)



KUALA LUMPUR : Filem terbaru arahan pengarah Nik Amir Mustapha, “Terbaik Dari Langit” bakal dipertandingkan di Festival Filem Antarabangsa Tokyo.

Nova, judul filem itu untuk pasaran antarabangsa akan dipertandingkan dalam kategori Asian Future di festival filem itu yang bakal bermula pada 24 Oktober depan.

Menurut laman web rasmi festival itu, filem Terbaik Dari Langit (Nova) akan ditayangkan pada 28 Oktober (5.45 petang waktu Tokyo) dan 29 Oktober (1.20 petang waktu Tokyo).

Diterbitkan oleh Playground Film dan Astro Shaw, filem itu dibintangi Bront Palarae, Iedil Putra, Megat Sharizal, Amerul Affendi, Nadiya Nisaa’, Sharifah Amani dan Siti Saleha.


Yakin dengan apa yang pernah dilihatnya 15 tahun lalu adalah sebuah UFO, Berg bersama empat rakannya memulakan pengembaraan ke lokasi yang sama untuk merakam objek tersebut dalam sebuah filem. Mereka kemudiannya menyedari yang pengembaraan itu lebih daripada apa yang mereka sangkakan.

Skrip Terbaik Dari Langit (Nova) ditulis oleh Redza Minhat.

Sebelum ini di festival yang sama, filem arahan Yasmin Ahmad, Sepet pernah memenangi Filem Asia Terbaik pada 2005 dan Muallaf (Anugerah Khas Juri) pada 2008. Yasmin turut menerima Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat pada 2009.









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2014 12:51 PM | Show all posts
trailer kat ataih dh removed

tapi jumpa yg lain lak

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 09:46 PM | Show all posts


gambar team Terbaik dari Langit semasa Q&A session di penghujung tayangan perdana umum sempena Tokyo International Film Festival 2014
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 09:47 PM | Show all posts


Barisan rombongan Terbaik dari Langit ke Tokyo International Film Festival 2014. (Tiada dalam gambar: Bront Palarae) Last edited by matagua on 31-10-2014 09:50 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 07:49 PM | Show all posts
esok start tayang filem ni. Jom ramai ramai tengok
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 11:57 PM | Show all posts
td nampak kt tgv
kul 11 45 mlm..
tak jd ambil huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2014 01:02 AM | Show all posts
bru lps tgk kt wangsa walk..almost hlf la gak wayang yg kecik tu...
citer not bad..suka ngan perkembangan watak dlm citer ni xspecially Toyu...

kalo sesaper xsuka ngan citer slow n memerlukan utk berpikir atau senang ckp film art better xyah tgk...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 11:19 AM | Show all posts
Mohon sokongan semua untuk menonton filem ini ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2014 03:22 PM | Show all posts
graxier06 posted on 25-12-2014 01:02 AM
bru lps tgk kt wangsa walk..almost hlf la gak wayang yg kecik tu...
citer not bad..suka ngan perkem ...

komenlah lebih sket hehe

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 03:38 PM | Show all posts
dauswq posted on 25-12-2014 03:22 PM
komenlah lebih sket hehe

camner nk komen erk??

citer ni sgt2 kuat nilai persahabatan nya...persahabatan di uji ngan idea gila si berg (bront) nk wat filem psl ufo tp sebenarnya kalo ikut kan sebenarnya tujuan road trip utk shooting filem ni psl nk merapatakn blk 4 org sahabat ni - toyu, ijam, ali ngan berg ngan di bantu oleh sofea jane (nadiya nissa). sebab apa kna tgk smpi abis citer ni bru tau apa sebabnya berg wat smua bnda ni..

mmg ikut kpala otak idea filem n plot dlm filem yg berg nk wat tu sndiri sgt2 syok sndiri n xleh diguna pakai oleh otak sesaper...sgt tertarik ngan watak toyu psl dia pnya character dlm filem ni sgt2 menarik..xder la pokus kepada toyu yg nerd n lurus tp lebih dr tu di kembangkan watak dia...toyu gak la penyebab dorg berpisah dr 4 org ke 3 org.. sebab apa? sila tgk erk...

plg lawak toyu ngan lembu dibirukan..sgt2 kelakar sgt2 bg aku...

iedil puta sbg ijam sgt2 best gak..xpenah tgk mamat ni berlakon tp dia leh gak la menghayati watak seorang yg keliru sbb dikonkong oleh tunang nya sendiri - zelda (siti saleha) tp ikut road trip utk knal saper diri dia yg sebenarnya yg selama ni hnya tau dia popular sbg pelakon pdhal dia sebenarnya pelakon yg kayu..

cameo zahiril adzim n khir rahman pn sgt menarik gak...lwk tgk perangai bob dlm citer ni...

rmi pelakon2 tambahan adalah dr pelakon yg berlakon dlm kil cam reporter tu, auntie yg kematiuan ank n derma organ kt christian susane..

bront pn best gak la tp bg aku bkn his best performance tp sajak la watak berg tu ngan dia,....

bila keluar part arwah aziz satar aku terkesan plak psl dia dh xder n maybe ni filem terakhir dia..nmpak sakit arwah dlm ni...

so far cam aku ckp filem ni bkn nya commersial semata2 tp art yg subtle...aku suka jer art film melayu psl leh paham ngan bahasa nya.. njoy citer ni n ada la lawak here n there xspecially toyu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 03:40 PM | Show all posts
graxier06 posted on 25-12-2014 03:38 PM
camner nk komen erk??

citer ni sgt2 kuat nilai persahabatan nya...persahabatan di uji ngan idea ...

oo thanks...good review
nak tanye toyu tu sape pelakonnya?

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 04:36 PM | Show all posts
dauswq posted on 25-12-2014 03:40 PM
oo thanks...good review
nak tanye toyu tu sape pelakonnya?

yg jd Toyu - Amerul Affendi
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 07:10 AM | Show all posts
graxier06 posted on 25-12-2014 01:02 AM
bru lps tgk kt wangsa walk..almost hlf la gak wayang yg kecik tu...
citer not bad..suka ngan perkem ...

bront di interview kat mixfm,citer neh bukan bukan heavy drama..definitely bukan art film..cemaner tu pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 03:09 PM | Show all posts
AKu dah tengok, ni ulasan aku penuh spoiler.

Filem ni ada banyak lapisan jadi aku rasa penonton yang malas berfikir pun boleh enjoy dengan hanya menonton lapisan pertama filem ni yang banyak adegan adegan kelakar. Adegan adegan kelakar dalam filem ni banyak adegan adegan kelakar yang tak tolol, bukan kelakar membodohkan diri.

Okay ni aku punya pendapat sendiri tentang filem ni.

Filem ni ada lima watak utama. Ali, Berg, Ijam, Toyu dan Sofea Jane. Watak watak ini sebenarnya imej imej watak sebenar dalam kehidupan seharian kita. Disekeliling kita, kalau kita bukan Ali, Berg, Ijam, Toyu atau SOfea Jane sekalipun, kita mesti ada kawan kawan atau orang terdekat yang macam diorang.

Berg - Berg pandai cakap, selalu rasa apa yang dia buat betul. Rasa diri dia cool, taknak sama dengan orang lain. Dia jenis berpegang teguh pada prinsip dia dan lari dari kebiasaan. Jenis yang ' peduli apa orang lain nak kata apa '.
Tapi dalam tak sedar, Berg ada jugak kelemahan, macam yang Ijam cakap, sebenarnya Berg ni pandai cakap je tapi diri dia pun miserable. Pada pandangan watak Ijam, Berg ni sorang yang loser yang masih lagi hanyut dengan angan angan dan tak grown up. Watak Berg ni aku rasa mewakili sebahagian besar karyawan muda yang terjun masuk dalam industri untuk benar benar bikin filem yang berkualiti. Diorang buat filem art yang takde siapa pun nak tengok, masih kehulu kehilir dengan cita cita untuk buat filem berkualiti padahal masyarakat nak kan filem filem pop corn. Last last diorang yang lingkup.

Ijam - Ijam ni digambarkan sebagai seorang yang realistik. Diantara empat orang kawan dia, hidup dia yang paling dilandasan yang betul. Tapi tanpa dia sedar, hidup dia hanya ikut acuan apa yang orang ( penonton ) nak. Macam Berg cakap, masa hari tua nanti sebenarnya dia takde apa apa yang nak dibanggakan pun. Watak Ijam ni gambaran untuk karyawan filem yang menghasilkan filem filem bodoh yang penonton nak. Ya, filem diorang laku, box office, tapi takde nilai pun. Watak Ijam ni loser yang sebenarnya.

Toyu - Toyu digambarkan sebagai seorang yang penakut, takut untuk menyuarakan pendapat, takut untuk memihak, malahan takut untuk melakukan sesuatu yang dia minat ( melukis ) sebab bagi dia, hidup perlu realistik ( mungkin memegang prinsip dengan melukis tak boleh cari makan ) lalu dia menjadi cikgu. Toyu dia mewakili golongan golongan karyawan filem yang pada awalnya masuk kedalam industri kerana seni, tapi akhirnya terpaksa melacurkan prinsip untuk mengikut kehendak penonton ( jadi realistik ).

Ali - Ali tak habis sekolah, Ali bodoh. Ijam benci Ali, Ali ni macam watak pengkritik filem tempatan yang sebenarnya sayangkan industri filem. Tapi diorang bukan pengarah ( tak habis sekolah ) dan dibenci Ijam ( pembikin filem stereotype sampah ) yang sentiasa ingat Ali ni selalu buat masalah.

Sofea Jane - Dalam kekalutan dunia lelaki yang kacau bilau, seorang wanita mampu berfikir dengan tenang dan waras. Watak Sofea Jane adalah contoh terbaik untuk ' Lelaki memang perlukan wanita dibelakangnya '. Dia tenang dalam kalangan lelaki lelaki yang kompleks, hal ini hanya wujud bagi karektor perempuan yang ada akal. Mungkin jika diletakkan watak bimbo disitu, perempuan akan turut sama terjerit jerit seperti dalam kebanyakan filem melayu lain?
Atau watak Sofea Jane ni mewakili kelompok new wave - young filmmakers yang kekal tenang dan berkarya walaupun kiamat industri sedang berlaku dan semua big player tak kira yang art, yang sampah, yang tengah tengah dah tak percaya untuk bikin filem?

Zelda - watak ni pula menggambarkan kebanyakan wanita wanita zaman sekarang yang lebih dominan dari lelaki dan boleh berdiri sendiri dan kalau lelaki tu taknak ikut cakap dia, dia tak berfikir panjang untuk tinggalkan lelaki tu ( Ijam keluar kereta dan mereka putus ) dan dia tak peduli. Realiti perempuan hari ni kot?

( Atau, watak Zelda ni gambaran penonton massa yang sentiasa ingin membentuk Ijam ( pengarah filem filem mainstream ) . Penonton kelompok ini akan berhenti menyokong filem filem ( Ijam ) tetapi takde rugi pun untuk Ijam keluar dari kepompong dan berhenti mengikut kerana filem, akan sentiasa ada pengikut ( Akhirnya Ijam dengan penonton jenis baru ( sara ).

Cameo cameo dalam filem ni pun masing masing memainkan peranan penting, yang paling aku suka cameo dari Mamat Khalid ( yang secara tak langsung menempelak filemnya sendiri; pada aku sangat kelakar ) , Redza Minhat dan Tapai pun ada ( dengan dialog yang headshot kepada audience ).
Last edited by izat123 on 26-12-2014 08:29 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 05:08 PM | Show all posts
izat123 posted on 26-12-2014 03:09 PM
AKu dah tengok, ni ulasan aku penuh spoiler.

Filem ni ada banyak lapisan jadi aku rasa penonton y ...

Hebat ulasan tang maksud mendalam every character...



Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 05:44 PM | Show all posts
Teringin nak tgok sbb aku minat KIL giler2..Hampir kot 12 kali tgok KIL..so maybe nak tgok esok. Thanks for the review.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2014 09:13 AM | Show all posts
izat123 replied at 26-12-2014 03:09 PM
AKu dah tengok, ni ulasan aku penuh spoiler.

Filem ni ada banyak lapisan jadi aku rasa penonton y ...

ke ko ni redza minhat? hahaha... mmg dia buat crta pasal manusia2 sekeliling skarang....
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 02:51 PM | Show all posts
alaa..x ramai review cerita ni..so far mcm menarik..nk tgk ni ke capadocia ek?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 06:25 PM | Show all posts
aku baru tengok cite ni tadi.i like this movie better than KIL.mcm yg sorang kat atas ni cakap,movie ni pasal friendship..aku tak suka mamat yg jadi ijam ashburn tu je.nape aku rasa dia berlakon tak best?siapa dia ni sebenarnya?geng2 redza minhat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 08:38 PM | Show all posts
akik replied at 30-12-2014 06:25 PM
aku baru tengok cite ni tadi.i like this movie better than KIL.mcm yg sorang kat atas ni cakap,movie ...

Yup.. geng redza jgk dr projek disko baldi lg.. iedil putra.. ex medical student kt oversea tp sbb minat acting berenti blaja..byk berlakon teater underground dr tv. Pernah berlakon dlm projek pop 8tv dlu dgn josiah hogan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.088388 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list