CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3245|Reply: 9

Jennifer Lawrence, Chris Martin Akhirnya Berpisah

[Copy link]
Post time 29-10-2014 11:18 AM | Show all posts |Read mode
BEBERAPA bulan ini, kisah cinta Jennifer Larence dan Chris Martin sering menjadi berita hangat.

Bagaimanapun, menurut laporan Dailymail, selepas menjalinkan hubungan selama empat bulan, mereka membuat keputusan untuk mengakhirii percintaan masing-masing.

"Keputusan itu dibuat sendiri oleh Jennifer. Mereka saling mencintai namun kedua-duanya sukar untuk berjumpa kerana kesibukan kerja selain banyak perkara yang rumit terjadi dalam perhubungan tersebut," kata sumber.

Difahamkan, keputusan itu dibuat selepas Chris dilihat menikmati makan malam bersama bekas isterinya, Gwyneth Paltrow serta anak-anak mereka.

Malah mereka dilihat cukup mesra seolah-olah mereka masih lagi sebagai pasangan suami-isteri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2014 12:19 PM | Show all posts
erk, berpisah dah. lagi pulak paltrow x boleh lupakan martin lagi pun.


SELEPAS berpisah dengan Chris Martin, aktres Gwyneth Paltrow tidak pernah pun dilihat sedih atau bermuram. Dan kerana itu ramai yang menganggapnya sebagai wanita yang kuat.

Bagaimanapun, menurut laporan Entertainment Wise, bintang filem Iron Man itu bukanlah sekuat yang disangka kerana dia sebenarnya sedih dengan perpisahan antaranya dengan Chris yang berlaku pada April lalu.

Tambah pula kini Chris sedang berbahagia dengan pasangan barunya, Jennifer Lawrence.

“Gwyneth sebenarnya benar-benar terluka. Dia sering menangis dan meratapi semua perkara yang terjadi padanya.

“Dia tahu Chris akan tinggal berdekatan dengannya demi anak-anak, namun saat dia tahu lelaki itu kini bersama Jennifer, hatinya berasa sedih,” kata sumber.

Selepas khabar angin tersebut, jurucakap Gwyneth pula menafikan aktres itu sedang sedih.

Difahamkan Gwyneth dan Chris masih lagi tinggal bersama sehingga mereka bercerai secara rasmi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
I still think J.Lawrence tak sepadan dgn Chris....sesuai dgn Palthrow..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 06:45 PM | Show all posts
Difahamkan, keputusan itu dibuat selepas Chris dilihat menikmati makan malam bersama bekas isterinya, Gwyneth Paltrow serta anak-anak mereka.
ini mmg takleh fight laa.baguslah.. jennifer pun lebih sesuai ngan lelaki yg lebih muda sikit dari chris kot
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 06:46 PM | Show all posts
Tapi bagusla diorg usaha bersama utk anak2.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 03:13 PM | Show all posts
kenapa jenifer tak teruskan hubungan dia ngan nicholas
kan ?
tasty je kot mamat tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2014 12:43 PM | Show all posts
yinfenglee posted on 31-10-2014 03:13 PM
kenapa jenifer tak teruskan hubungan dia ngan nicholas
kan ?
tasty je kot mamat tu

Stuju .. aku rase lebih seswai kalo J.law besame Nicholas .. tp si Nicholas pon cm dah kapel ngn orang lain jah ..

aku suka sgt J.Law .. cun !

Last edited by faraRosales on 2-11-2014 02:44 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2014 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
faraRosales posted on 2-11-2014 04:43 AM
Stuju .. aku rase lebih seswai kalo J.law besame Chris .. tp si Chris pon cm dah kapel ngn orang l ...

Hehheh ... i said nicholas la ... hehheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2014 02:44 PM | Show all posts
yinfenglee posted on 2-11-2014 01:24 PM
Hehheh ... i said nicholas la ... hehheh

Alamak salah .. Nicholas .. bkn chris .. hahaha sory my mistake ..

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
jennifer ni mmg suka kt laki british ke? nicholas n chris both british..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.236839 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list