Pengasuh terrorist siksa baby masa bagi ubat dah sudah dihadapkan di mahkamah n mengaku bersalah, buat muka sedih suatu hari di hari raya
Pengasuh mengaku salah aniaya kanak-kanak di taska Shah AlamJUMAAT, 7 NOVEMBER 2014 - 5:31PM
BEKAS Pengasuh, Hanifah Ngah 35, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam atas pertuduhan menganiaya kanak-kanak berusia satu tahun lima bulan di sebuah rumah pengasuh di Kota Kemuning. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
SHAH ALAM: Seorang pengasuh taman asuhan kanak-kanak (Taska) hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak berusia setahun lima bulan yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal, pada 21 Oktober lalu.
Hanifah Ngah, 35, yang tidak diwakili peguam, mengaku bersalah ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di depan Majistret Farah Azura Mohd Saad.
Farah Azura menetapkan 12 Disember ini untuk mendengar rayuan tertuduh sebelum menjatuhkan hukuman sementara menunggu laporan forensik melibatkan kes kanak-kanak lelaki itu.
Hanifah didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa di ruang tamu taska berkenaan di Kota Kemuning, Shah Alam mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2011 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Siti Rohaida Che Hamid.
Kes itu menarik perhatian orang ramai selepas rakaman yang menyiarkan kanak-kanak itu didera dimuat naik di laman Facebook.
Rakaman itu menunjukkan wanita itu memasukkan ubat demam dan batuk ke dalam mulut mangsa secara paksa dengan cara menutup mulut, memicit hidung serta menepuk di bahagian dada mangsa. - BERNAMA
|