CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12541|Reply: 185

[Tempatan] Pengasuh ummah PPRT ikat tangan dan kaki kanak-kanak 3 tahun

[Copy link]
Post time 29-10-2014 05:38 PM | Show all posts |Read mode
KEPALA BATAS: Seorang wanita yang membuat pemeriksaan mengejut ke rumah pengasuh anaknya terkejut apabila mendapati anak lelakinya berusia tiga tahun terbaring di atas lantai dengan tangan dan kaki diikat.

Wanita yang bekerja kilang itu mengambil keputusan membuat pemeriksaan mengejut ke rumah pengasuh di Flat Taman Seri Pinang di sini semalam, selepas mendakwa sejak kebelakangan ini anaknya sentiasa dalam keadaan lapar apabila diambil daripada rumah pengasuh.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim, berkata kanak-kanak itu dihantar ke rumah pengasuh berkenaan sejak Jun tahun lalu dan sebelum ini ibu kanak-kanak itu mendakwa tiada sebarang masalah dengan pengasuh berkenaan.

"Menurut ibu kanak-kanak itu, anaknya dihantar ke rumah pengasuh berkenaan pada 5.30 pagi semalam dan kira-kira lima jam kemudian dia pergi ke rumah pengasuh itu untuk melihat keadaan anaknya. Last edited by Modngengade on 30-10-2014 06:26 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2014 05:51 PM | Show all posts
kejinya
napa layan bdk2 mcm tu
klu dah taknak jaga gtau je la emaknya
biar maknya cari pengasuh lain
ni duit nak, jaga budak tu malas, sudahnya diikat plak
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 05:58 PM | Show all posts
err awalnya hantar anak 530 pagi?

kerja apa agaknya mak ni?

kesian kat anak.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Parit.Hilton posted on 29-10-2014 05:58 PM
err awalnya hantar anak 530 pagi?

kerja apa agaknya mak ni?

Kerja kilang uols
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 06:04 PM | Show all posts
masuk kerja awal tu..


siannya ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 06:12 PM | Show all posts
Lagi sambungan berita

"Menurut ibu kanak-kanak itu, anaknya dihantar ke rumah pengasuh berkenaan pada 5.30 pagi semalam dan kira-kira lima jam kemudian dia pergi ke rumah pengasuh itu untuk melihat keadaan anaknya.

"Dia melihat anaknya dalam keadaan tangan terikat di belakang dan kaki turut diikat terbaring di atas lantai...ketika itu hanya anak pengasuh yang berusia 11 tahun berada di rumah," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Rahman berkata, pemeriksaan lanjut terhadap kanak-kanak itu tidak menemui sebarang kesan luka atau lebam di badannya.

Sehubungan itu, polis menahan reman wanita berusia 39 tahun itu bagi membantu siasatan dan menurut Abdul Rahman, suspek bertindak demikian kerana mendakwa kanak-kanak berkenaan terlalu nakal.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

- BERNAMA

hurm ..
ni mesti kes pembantu tu kuar rumah dan anak dia jer jaga
takut jatuh ke apa ..
di ikat nya




Last edited by FanTasyCreaTioN on 29-10-2014 06:13 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2014 06:13 PM | Show all posts
ada masalah kah penagsuh dgn mak budak tu..?

sbb dah dua tahun kan dia jaga budak tu...takkan xde langsung rasa sayang...

ke dah mental pengasuh tu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sgt tak guna laa pengasuh mcm ni...duit nak tapi jaga sambil lewa jekk.budak tu makan pun tak dibaginya.tk paham kenapa budak nak diikat plak.suka panjat2 ke tapi takkan la smpi kna ikat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2014 06:17 PM | Show all posts
Nasib skrg dia check
kalau 2-3 tahun lagi
Mau tinggal kesan kat budak tu
sebab tu risau nak antar budak kat rmh org
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 06:21 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 29-10-2014 06:12 PM
Lagi sambungan berita

memang la xde kesan luka dan lebam..

tapi kesan emosi,,,bila diikat tangan kebelakang pula tu...

budak nakal n buas..ko yang ngasuh budak tu..ajar la dia jangan bagi nakal



Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 06:26 PM | Show all posts
mak_wa95 posted on 29-10-2014 06:21 PM
memang la xde kesan luka dan lebam..

tapi kesan emosi,,,bila diikat tangan kebelakang pula tu.. ...

jenis nak duit ja ni

budak umur 3 tahun la paling best jager

yang paling sakit umur setahun .. baru nak belajar berjalan .. seriau kalau jatuh


Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 06:28 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 29-10-2014 06:26 PM
jenis nak duit ja ni

budak umur 3 tahun la paling best jager

budak2 ni selalu buas,jika xde aktiviti nak buat..

bagi je pencil warna tu..biar dia conteng2...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 posted on 29-10-2014 06:28 PM
budak2 ni selalu buas,jika xde aktiviti nak buat..

bagi je pencil warna tu..biar dia conteng2.. ...

Anak aku dl anta rumah pengasuh dibawaknya pegi berniaga panas2 patut bila ambik anak aku lembik selembij2 nya dah la ms tu baru 3-4 bulan umur dia.. Lps tukar org lain baru anak aku jd cergas n montel semontel pengasuh yg jg.. Mmg ada jenis pengasuh yg nakkan duit je.. Dah la bayar rm400 x boleh ambik lewat.. Sabtu ahad x nak jg.. Tp jg mcm hampeh
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Parit.Hilton posted on 29-10-2014 05:58 PM
err awalnya hantar anak 530 pagi?

kerja apa agaknya mak ni?

Keje kilang. Biasa la tu. Masuk keje pkul 7 pagi. Kalo jarak rumah dgn tmpe keje tu jauh, mmg awal lah hantar anak rmh pengasuh.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 07:26 PM | Show all posts
pada pendapat ai laa, tak patut ikat budak tuh walaupun budak tu nakal tahap ekstrem... sepatutnya sebagai pengasuh bebudak tau camne nak handle bebudak kn...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2014 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Parit.Hilton posted on 29-10-2014 05:58 PM
err awalnya hantar anak 530 pagi?

kerja apa agaknya mak ni?

Wanita yang bekerja kilang itu mengambil keputusan membuat pemeriksaan mengejut ke rumah pengasuh di Flat Taman Seri Pinang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2014 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
drivethru posted on 29-10-2014 06:40 PM
Keje kilang. Biasa la tu. Masuk keje pkul 7 pagi. Kalo jarak rumah dgn tmpe keje tu jauh, mmg awal ...

Kesian depa yg terpaksa kerja mcm ni hanya utk gaji yg tak seberapa...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kt Sweden pengasuh ini bole dipenjara
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 09:06 PM | Show all posts
Nasib bai xjadi per2..
kalu tersembam muka kat bantal ke mau lemas budak tu.xboleh nak lepaskan diri..

Tapi ada kemungkinan tak dia main2 dgn anak pengasuh tu? yang umur 11 tahun tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 10:12 PM | Show all posts
bkn senang nak jaga budak ni...jenis pengasuh yg tak tahan, masaklah budak2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.341595 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list