CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Modngengade

[Jenayah] 3 Pelajar bunuh pensyarah dihukum gantung

[Copy link]
Post time 30-10-2014 12:14 PM | Show all posts
kisah yang memang tragik... angkara duit juga..
takziah buat keluarga pensyarah tersebut..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 12:17 PM | Show all posts
akhirnya, terbela kematian diorg
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 12:21 PM | Show all posts
Padan muke kow seytannnnn..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 12:23 PM | Show all posts
Syd posted on 30-10-2014 12:13 PM
sorang tu jadik saksi utama pendakwa laa
kalau takde yang pecah citer neh semua
mcm mana nak tah ...

Terbaca ni tadi Syd

Bunuh pensyarah: Pelajar dihantar ke Hospital Bahagia

PETALING JAYA 23 April - Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan salah seorang daripada empat pelajar kolej swasta yang dituduh membunuh pensyarah Bahasa Inggeris di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC), Zara Eleena Omar Peter dan bapanya dihantar ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak bagi menjalani pemeriksaan mental.

Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid mengeluarkan perintah itu terhadap Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20, selepas peguamnya, Mohd. Rafik Rahem membuat permohonan tersebut bagi mengetahui status kesihatan mental tertuduh semasa kejadian.

Mahkamah kemudian menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan dan laporan bedah siasat yang masih belum diterima pihak pendakwaan beserta laporan pemeriksaan mental pelajar itu.

Mohamad Zul Shahril dan tiga lagi rakannya, Mohamad Sharafe Matt Noh, 19, Azizi Aizat Ibrahim, 20, dan Muhamad Safwan Muhamad, 20, didakwa membunuh Zara Eleena, 23, di rumah wanita itu di No.28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong di sini antara pukul 1.30 pagi dan 2.30 pagi, 9 Mac lalu.

Mereka juga didakwa membunuh Omar Peter Abdullah, 56, yang merupakan pesara sebuah syarikat elektronik di tempat sama antara pukul 11.30 malam, 8 Mac dan 1.30 pagi, 9 Mac lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Ruvinna Mohd. Rawi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mohamad Zul Shahril berasal dari Kuantan, Pahang; Mohamad Sharafe dari, Arau, Perlis; Azizi Aizat dari Muar, Johor; dan Muhamad Safwan dari Seremban, Negeri Sembilan.

Hanya Muhamad Safwan dari kolej berasingan manakala tiga yang lain merupakan rakan sekolej di tempat Zara Eleena bekerja.

Zara Eleena ditemui dalam keadaan terbaring di atas lantai biliknya manakala bapanya dalam keadaan tertiarap di atas katil bilik utama.

Bagaimanapun, tiada sebarang kesan kecederaan ditemui pada kedua-dua tubuh badan mangsa dan ia menimbulkan tanda tanya.

Siasatan awal polis mendapati, motif pembunuhan dipercayai berkaitan dengan masalah peribadi.

Sumber: Utusan Malaysia Online




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2014 12:31 PM | Show all posts
ais_kosong posted on 30-10-2014 11:55 AM
lupa dah kes nih...
sapa susi tempek pica pembunuh

akak dah tepek gambor syaiton2 tersebut dikkkk

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 12:34 PM | Show all posts
Modngengade posted on 30-10-2014 12:31 PM
akak dah tepek gambor syaiton2 tersebut dikkkk

thank you kaka
nah
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-10-2014 12:35 PM | Show all posts
ais_kosong posted on 30-10-2014 12:34 PM
thank you kaka
nah

thanks kerana mandrem biji kopi.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 12:35 PM | Show all posts
kesian...muda lagi..hidup dah rosak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 12:36 PM | Show all posts
Modngengade posted on 30-10-2014 12:35 PM
thanks kerana mandrem biji kopi.....


Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 12:37 PM | Show all posts
hat mental tu betui2 mental ke?
ke saja nak elak hukuman gantung?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 12:44 PM | Show all posts
ais_kosong posted on 30-10-2014 12:37 PM
hat mental tu betui2 mental ke?
ke saja nak elak hukuman gantung?

I pun musykil
macam kes laki bunuh bini tu
tapi terlepas dek kerna kesihatan mental
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 12:53 PM | Show all posts
ida88 posted on 30-10-2014 12:44 PM
I pun musykil
macam kes laki bunuh bini tu
tapi terlepas dek kerna kesihatan mental

sebab loyar tiba2 suruh check mental masa kejadian..
mcm alasan nak selamatkan diri ja
ni pendapatan aku la
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 12:58 PM | Show all posts
Sementara itu, saksi pertama, pelajar kolej swasta, Fadhil Rushdan Rahman, 21, memberitahu Mohamad Sharafe dan Azizi Aizat membunuh Omar terlebih dulu sebelum membunuh Zara dengan menekup muka dengan bantal, manakala Omar ditekup dengan baju T.

Katanya, sebelum ke rumah mangsa pada malam kejadian, Mohamad Zul Shahril memberitahunya mengenai barang kemas serta Zara akan membuat laporan polis, selain bercakap mengenai hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Ketika Omar dibunuh, Zara keluar bersama Mohamad Zul Shahril untuk menjemput Muhamad Safwan serta seorang ustaz.

“Saya diajak Azizi Aizat ke rumah Zara untuk berubat tetapi tidak dimaklumkan sakit ditanggungnya. Saya dan Azizi Aizat diberikan sarung tangan dan tali tetapi tidak ingat siapa yang beri dan tujuannya.

“Kemudian, Zara menjemput saya, Mohamad Zul Shahril, Sharafe dan Azizi Aizat menaiki sebuah kereta berwarna merah,” katanya ketika pemeriksaan utama.


memang jahat nak mampus la ...selayaknya gantung smpai kojol
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 01:06 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 30-10-2014 12:23 PM
Terbaca ni tadi Syd

yang mana satu giler?
yang gelak giler menyeringai tuh



Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 01:12 PM | Show all posts
yang nama shah tu jugak yang digelar ostad tuh...

ostad giler, pegi check otak kat sepital giler

ai bajet dia neh ostad yang spisis dok gigih ckp ada jin dok kat faraj tu kot..


'Pergi berambuslah kau!'

TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
12 Februari 2014


SHAH ALAM - Ibu kepada pensyarah bahasa Inggeris Kolej Antarabangsa Cybernatics yang mati dibunuh dua tahun lalu, Normaliah Mahmood, 53, di sini memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa dia lebih gemar ke hospital jika tidak sihat.

Wanita itu memaklumkan dia tidak menyenangi kehadiran tertuduh, Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20, atau dikenali sebagai Shah bersama rakan-rakan di rumahnya, Taman Kinrara, Puchong bagi tujuan mengubatinya.

"Sewaktu mereka hendak pulang, saya cakap kat Ustaz Shah, pergi berambuslah kau!," katanya pada sesi pemeriksaan balas oleh peguam tertuduh Mohamad Zul Shahril, Afifuddin Ahmad Hafifi.

Wanita yang memakai baju kurung bewarna coklat itu tidak bersetuju dengan peguam, Afifuddin bahawa dia kecewa kerana mangsa, Zara Eleena, 23, membawa individu untuk mengubatinya.

"Tiada sebab untuk kecewa dengan Yaya (Zara Eleena) kerana dia satu-satunya anak saya. Lagipun dia seorang yang prihatin.

"Saya kecewa kenapa Shah yang sibuk datang untuk mengubati saya?" katanya sebak.

Sebelum itu, pada sesi pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal Abidin, Normaliah mengetahui barang kemasnya dibawa keluar dari rumah selepas suaminya, Omar Peter Abdullah, 56, memberitahu melalui telefon pada  8 Mac sebaik sahaja lelaki itu tiba di Kinrara.

Dia yang ketika itu berada di Gelang Cincin, Segamat, Johor selepas disarankan Zara Eleena bagi mengelakkan hantu, menegaskan kepada suaminya yang dia mahu kembali barangan kemasnya itu.

"Omar Peter beritahu, Yaya memaklumkan bahawa Ustaz Shah yang mengambil barangan kemas itu untuk dibersihkan," katanya.

Aidatul Azura   : Siapa yang puan maksudkan Ustaz Shah?
Normaliah        : Hanya Shah sahaja yang dipanggil ustaz. (Sambil menunjukkan jari
                          ke arah Mohamad Zul Shahril yang berada di kandang tertuduh.)
                          (Menangis) Kenapa dia sibuk dalam keluarga kami? Kenapa dia
                          jauhkan kami? Dia bunuh mereka. Tolong!!

Wanita itu kemudiannya ditenangkan oleh jurubahasa, sebelum mahkamah menyambung prosiding.

Aidatul Azura  : Adakah puan menghubungi Omar Peter selepas itu?
Normaliah       : Ya. Omar Peter memberitahu Yaya keluar berjumpa dengan Shah
                          untuk bertanyakan mengenai barang kemas. Selepas pulang
                         dari masjid, lebih kurang jam 8.30 malam saya
                         menghubungi semula suami untuk bertanyakan mengenai barangan
                         kemas sebelum kami bergaduh.

Aidatul Azura  : Teruskan. Ceritakan apa yang berlaku selepas itu.
Normaliah       : Itulah perbualan terakhir antara saya dengan Omar Peter. Selepas
                         jam 11.30 malam, saya menghubungi sekali lagi, tapi tiada jawapan
                         daripada mereka berdua.

Wanita itu memberitahu dia membuat laporan polis di Segamat pada 11 Mac 2012 selepas gagal menghubungi suami serta anaknya.

"Polis menasihati agar saya menghubungi saudara di Kuala Lumpur untuk membuat laporan polis," katanya yang menghubungi bapa saudara suaminya, Paul untuk membantunya.

Aidatul Azura    : Ada atau tidak sesiapa menghubungi puan?
Normaliah         : Ya, Sarjan Amathi ada menghubungi dan menyuruh saya pulang
                           dengan membawa kunci kerana dia tidak dapat memasuki rumah.
                           Saya tiba di Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) pada jam 8 malam
                           dan dijemput oleh anak saudara suami, Pedro.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 01:12 PM | Show all posts
zara ni oku yg mcm mn? motip krjadian sbb curi duit?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 01:23 PM | Show all posts
lil_sparky posted on 30-10-2014 01:12 PM
zara ni oku yg mcm mn? motip krjadian sbb curi duit?

katanya OKU tang kaki..
tak sempurna berjalan

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 01:26 PM | Show all posts
Syd posted on 30-10-2014 01:12 PM
yang nama shah tu jugak yang digelar ostad tuh...

ostad giler, pegi check otak kat sepital giler
...

ha`ah si shah tu la

ni kes giler tu
Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid mengeluarkan perintah itu terhadap Mohamad Zul Shahril Suhaimi

dan ni sesi soal jawab
Normaliah        : Hanya Shah sahaja yang dipanggil ustaz. (Sambil menunjukkan jari
                          ke arah Mohamad Zul Shahril yang berada di kandang tertuduh.)
                          (Menangis) Kenapa dia sibuk dalam keluarga kami? Kenapa dia
                          jauhkan kami? Dia bunuh mereka. Tolong!!




dan dia jugak la bf arwah kan?




Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 01:28 PM | Show all posts
Syd posted on 30-10-2014 01:06 PM
yang mana satu giler?
yang gelak giler menyeringai tuh

ni picca bila?

yaang baru ni ka?

keji sungguh .. sempaat laagi tu gelak

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 01:32 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 30-10-2014 01:26 PM
ha`ah si shah tu la

ni kes giler tu

iyerrr...bf si arwah tu laa

picca tu time memula kena tangkap

btw, yang gemuk mcm badak tu dah kurus skit ek..

mcm beruang matahari

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.136149 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list