CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4094|Reply: 45

[Tempatan] Naluri ibu selamatkan anak....

[Copy link]
Post time 30-10-2014 12:10 PM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU - Naluri seorang ibu yang secara tiba-tiba pulang ke rumah untuk membawa keluar anak bongsunya makan menyelamatkan kanak-kanak itu apabila kediaman yang dihuni mereka sekeluarga di Jalan Baiduri 7 Ulu Tiram, di sini musnah dalam kebakaran, petang kelmarin.

Sarimah Mohd Noor, 46, berkata, pada kebiasaan anak bongsunya, Muhammad Zulfakar Ali Mohamed, 12, ditinggalkan bersendirian kerana dia bekerja sebagai kerani di sebuah kilang di Taman Perindustrian Desa Cemerlang.

Bagaimanapun menurutnya, pada hari kejadian dia mengheret anaknya keluar mengikutnya ke kedai makan di Pekan Ulu Tiram, meskipun anak kesayangannya itu enggan mengikutnya.

“Saya tak dapat nak cakap apa perasaan saya, selain bersyukur kerana Tuhan selamat dan melindungi anak saya lagi.

“Saya tak pernah bawa keluar anak makan pada hari bekerja kerana saya hanya akan tinggalkan makanan yang akan dijamahnya selepas pulang dari sekolah.

“Bagaimanapun pada hari itu saya tergerak hati hendak makan bersamanya dan walaupun dia enggan mengikut saya, tapi saya tetap mendesak dan mengheretnya ke dalam kereta supaya menemani saya yang belum menjamah makanan sejak dari pagi,” katanya kepada pemberita yang melakukan lawatan bersama pemimpin masyarakat ke kediamannya, di sini, semalam.

Hadir sama, Pegawai Khas Menteri Besar, Tan Cher Puk; Wakil Ahli Parlimen Tebrau, Ng Yew Aik dan Ahli Majlis Zon Tiram Bandar yang juga wakil Adun Tiram, Nor Azhar Abdul Hamid.

Sarimah berkata, sebaik dihubungi jiran selepas kurang 10 minit meninggalkan rumah, dia bergegas pulang dan begitu luluh hatinya apabila melihat rumah yang dihuninya sejak lebih 21 tahun sedang marak dijilat api.

Menurutnya, lebih memilukan apabila kediaman yang telah selesai pinjaman bank itu lebih 11 tahun lalu menyimpan seribu kenangan bersama arwah suami yang telah pergi dahulu lebih lima tahun lalu.

“Saya dan tiga lagi anak sekarang ini menumpang di rumah pakcik dan agak buntu apabila tidak lagi dilindungi insurans kerana pinjaman telah habis dijelaskan sejak lebih 11 tahun lalu, sedangkan rumah saya musnah.

“Saya percaya kebakaran ini berpunca daripada litar pintas selepas anak saya mengaku tidak memasak. Jiran  nampak api mula membakar di bahagian tengah rumah,” katanya.

Sementara itu, Cher Puk berkata, pihaknya akan berusaha membantu membaikpulih kediaman Sarimah yang telah musnah melalui Yayasan Penyayang Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Ahli Parlimen Tebrau, Khoo Soo Seang dan Adun Tiram, Datuk Maulizan Bujang serta Pegawai Daerah Johor Bahru, Amran A Rahman.

“Kita akan bantu membaikpulih kediaman yang musnah ini memandangkan dia (Sarimah) merupakan seorang ibu tunggal dan rumahnya tidak lagi dilindungi insurans selepas ansuran bulanan rumahnya sudah habis dibayar.

“Jadi saya juga ingin menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati kerana walaupun ansuran sudah habis dibayar, kalau boleh sediakan insurans yang boleh melindungi kediaman masing-masing,” katanya.

Kunjungan pemimpin tempatan, semalam turut menyerahkan sumbangan berupa wang tunai kepada tiga mangsa yang terlibat dalam kebakaran, kelmarin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 12:16 PM | Show all posts
Tan Cher Puk
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 12:23 PM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 30-10-2014 12:16 PM
Tan Cher Puk

nak kena Ler Puk, ler tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 12:27 PM | Show all posts
kesiannya..
syukurlah xde yg hilang nyawa..
apa yg hilang tu masih jugak boleh dicari@diganti..
redha je lah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 12:41 PM | Show all posts
Rumah lama ni kena buat pemeriksaan pendawaiannya takut ada litar pintas yang akan menyebabkan kebakaran.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 01:09 PM | Show all posts
kasihannya..


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2014 01:12 PM | Show all posts
ohh...rmh dh abis bayo mmg x ins ehh???
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 01:23 PM | Show all posts
1st time kene baca berita full sbb nak tau apa jadi...fuhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
BotakChinPeng posted on 30-10-2014 12:16 PM
Tan Cher Puk

Botak,botak engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka, engkau hiburkan ku selalu
Botak,botak engkaulah ratu hatiku
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 01:38 PM | Show all posts
kesian .. syukurlah anak selamat... umur anak lebih kurang umur rumah, tapi isi berita lebih kepada rumah
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 01:40 PM | Show all posts
mcm aku haritu la..dh jauh aku drive nk gi makan sate kt shah alam..mak aiiiiii kering darrah aku bila terigt aku tengah rebus kentang nk buat karipap kt dapo..api kecik periuk tk tutup..sempat diselamatkan..aku lari mcm f1 blik umah lari 100mtr pecut..smpi umah tu diaa dah kering tinggal nk meletop je dapo gas..alhamdulillahhhhh..syukur sgt.

ni nk buat sedekah kt surau esok bersempena kejadian tersebut..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 02:53 PM | Show all posts
spiderman80 posted on 30-10-2014 01:37 PM
Botak,botak engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka, engkau hiburkan ku selalu
Botak,botak engka ...

Lu datang bulan lagi ka ?

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 03:01 PM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 30-10-2014 12:16 PM
Tan Cher Puk


Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 06:08 PM | Show all posts
rospinki posted on 30-10-2014 01:40 PM
mcm aku haritu la..dh jauh aku drive nk gi makan sate kt shah alam..mak aiiiiii kering darrah aku bi ...

sib baik..

sbb tu laki  bini kene main peranan, klu bini dh msk, laki la check dpur, kot2 bini lupe..

ada yg spesis malas tolong bini kt dpur, sedar2 dapur sudah terbakar..

sian bini sorg2 tonganglanggang di dapur..

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana posted on 30-10-2014 06:08 PM
sib baik..

sbb tu laki  bini kene main peranan, klu bini dh msk, laki la check dpur, kot2 bini  ...

itula..mujur selamat.

biasala..tkde org nk  tengokkan. tunggang langgang sorg2 tu biasa dh..sebenarnya yg sorg lagi adik paling bongsu kekdahnya..basuh pinggan sndri pon tk lepas..maklum ler anak org kaya raya org gaji siap makan pakai..

:rolleyes:
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 11:08 PM | Show all posts
rospinki posted on 30-10-2014 01:40 PM
mcm aku haritu la..dh jauh aku drive nk gi makan sate kt shah alam..mak aiiiiii kering darrah aku bi ...

mana boleh meletup daaa...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
lavaroyale posted on 30-10-2014 11:08 PM
mana boleh meletup daaa...

mestila..kalu dh lama tebakau smpi kering suhu panas melampau bole buat gas meletop. takut oo bila igt psal tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 11:27 PM | Show all posts
rospinki posted on 30-10-2014 11:26 PM
mestila..kalu dh lama tebakau smpi kering suhu panas melampau bole buat gas meletop. takut oo bila ...

tarak boleh la...

paling2 gas habis je..



Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
lavaroyale posted on 30-10-2014 11:27 PM
tarak boleh la...

paling2 gas habis je..

takdela..gila kau gas takat hbis je. byk kes gas meletop psal ni la. lu pernah biar api kt dapo camtu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 11:34 PM | Show all posts
rospinki posted on 30-10-2014 11:30 PM
takdela..gila kau gas takat hbis je. byk kes gas meletop psal ni la. lu pernah biar api kt dapo ca ...

wa budak science..

4sc1...5sc1..

top of the world...






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.105507 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list