Pic:Oh! Media
LAGI video rakaman penderaan kanak-kanak di pusat jagaan Taska yang membabitkan seorang pengasuh bertindak kasar terhadap seorang kanak-kanak bawah jagaannya menjadi viral di laman sosial, Facebook.
Memetik laporan sebuah portal, OH! Media, video berdurasi 2 minit 19 saat itu dikirim kepada pihak mereka semalam, namun pengirim meminta identitinya tidak didedahkan.
"Assalamualaikum oh media. Saya nk share video penderaan kanak-kanak di taska saya pernah bekerja dulu.
“Sebab tak tahan dengan kezaliman seorang staff ni saya berhenti. Staff lain xberani tegur sbb dia staff lama, lagi satu mulut dia sangat jahat selalu cakap budak tu budak ni hodoh. Mohon sebarkan agar parents kat luar tu lebih berhati hati memilih taska,” katanya seperti yang dilaporkan oleh OH! Media.
Menerusi video tersebut, wanita terbabit dilihat dengan kasar menekup muka mangsa ketika memberi ubat.
Tidak hanya ditekup muka, kanak-kanak malang itu turut dipukul berkali-kali dibahagian dada oleh wanita terbabit yang disifatkan seperti tidak mempunyai rasa simpati.
Ekoran daripada itu, pihak polis mengesa agar pengadu membuat laporan bagi membantu siasatan mengenai insiden tersebut.
“Salam sejahtera. Mohon pihak Admin Oh Media meminta pengadu untuk membuat laporan di balai polis yang berhampiran bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan. Terima kasih,” komen Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) di laman Facebook, OH! Media.
Last edited by GhostWalking on 6-11-2014 12:20 AM
|