CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2998|Reply: 49

[Tempatan] Pelajar IPTA wajib ambil kursus peradaban Melayu...DAPig meroyan

[Copy link]
Post time 30-10-2014 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
TANJUNG MALIM - Institut Peradaban Melayu (IPM) mengesyorkan supaya semua pelajar termasuk pelajar asing di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini harus diwajibkan mengikuti kursus peradaban Melayu dan Malaysia.

Pengarahnya, Profesor Datuk Dr. Abdul Latif Abu Bakar berkata, pelajar IPT wajib mengikut kursus peradaban terutama mata pelajaran bahasa, kebudayaan, kesusasteraan Melayu dan sejarah masyarakat negara ini.

Katanya, kursus berkaitan peradaban seperti Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) perlu diperkasakan bagi melahirkan pelajar yang berkualiti, modal insan yang bermutu, berdisiplin, mengikut ajaran Islam dan taat kepada perlembagaan dan warisan negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada syarahan perdana bertajuk ‘Gagasan dan Cabaran Dalam Memartabatkan Peradaban Melayu’ di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini.

Bagi memperkasa dan memartabatkan warisan peradaban Melayu dan Malaysia, Abdul Latif mencadangkan supaya IPT menubuhkan institut atau pusat bertaraf fakulti bagi memperkenalkan kursus berkaitan peradaban. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Pi ipts je.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2014 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
poison_paradise posted on 30-10-2014 11:17 PM
Pi ipts je.....

Ipts mahal kak surga beracun
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala takat syor aje.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 11:22 PM | Show all posts
perlu sangat...

kalau tak macam mana nak faham kenapa melayu takut anjing....

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols dulu amek tamadun Asia.. Satu mende da tak ingt skang.. Tak berguna lgsg di alam pkerjaan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2014 11:33 PM | Show all posts
bagus saya sokong dan diharap pensyarah kursus  berkenaan dapat memberikan rasional yg kukuh akan apa yg diharapkan dalam tahap falsafah org yg ambik TITAS tu akan mempelajari sesuatu yg  penting untuk mematangkan mereka dalam melihat

sejarah peradaban , sumbangan Islam dan konsep epistemologi Islam serta kesinambungan sarjana Islam dalam rantaian ilmu, sejarah tamadun China - asia yg beribu ribu tahun.

dan saya faham ada yg tertanya silibus TITAS dalam tahun 2003 -  2005 kenapa kena belajar tentang Islam

sebab  masalah sekarang ni cerca mencerca  gampangan dalam forum ni sendiri lahir daripada pelajar yg ambil ilmu itu sekadar ' nak lulus periksa'  dan tidak menghayati - kat sini  u all  kalau nak belajar islamic world view kat sinilah  bagi mereka  yang selama ni terasuh dalam persekolahan bukan aliran kebangsaan
inilaha masa pelajari  kursus yg membuka platform minda anda akan 'pandangan dunia' world view Islam
dan  pelajar islam boleh memanfaatkan ini dengan menambah ilmu tentang peradaban  asia yg lain

bagsu subjek ni

tapi lazimnya dalam subjek ini budaya menghargai ilmu dan mencintai ilmu pelajar adalah rendah sebab  kedatangan / tanda tangan boleh ditipu, ada yg keluar setelah 20 minit dalam kuliah , ada yg tak hadir

dan sampai kena ada pop kuiz

so kalauanda berminat tentang ilmu dan menjadikan platform ini sebagai pentas untuk memahami maka anda pelajar universiti yg matang
tai malangnya ada yg kata just pi je ...ada exam  baca  dah exam habis

maka lahirlah generasi yg hanya melihat dan membaca cebisan kertas mempunyai maklumat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 11:35 PM | Show all posts
benda ni tak immediately berguna  tapi amat berguna kalau pi abroad bila u mingle dengan inetrnational students at par yg boleh diajak berbincang berdiskusi tentang cheng Ho, or Confucius...mmg best ...student overseas  bila sembang dengan depa sebab  they read and they know....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipts pon ada ke subjek2 ni?... Curious nk tau
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejarah melayu = sejarah umno ke?
Mcm melayu takde sejarah dibuatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 11:49 PM | Show all posts
apam posted on 30-10-2014 11:42 PM
Sejarah melayu = sejarah umno ke?
Mcm melayu takde sejarah dibuatnya.

sebenarnya di gelanggang ilmu inilah sepatutnya pelajar yg bergelar mahasiswa uni ambik kesempatan berdialogue berdiskusi angkat tangan tanya

bukan hanya berkata : alamak dah pukul 7 pm

alamak dah pukul 6 : 30 pm dah ni alamak ...lambat plak kursus nak habis

alamak bornglaaa

ape ape laaa

( sebab depa bukan salah depa actually sebba depa tu pelajar )depa tak diberi dan tak ada pendedahan bagaimana maklumat dan ilmu  dalam kursus nampak 'sengkek'  ni boleh actually membantu membentuk satu pemikiran matang akan world view seseorang dan world view org lain tentang sesuatu

tapi malangnya kursus ni  studenst tak datang, suruh kawan tolong sign, even may be jawab kuiz bagi pihak, acuh tak acuk dan baca nota lain...sebab 'boring'
dan hasilnya lahir satu generasi yg  tak  hargai ilmu dan menrjah : mana kebebasan bersuara? sedangkan platform gelanggang ini mereka patut guna sebaiknya bertanya sebab uni ni macam reservoir - menerima segala macam students daripada pelbagai aliran ...

u pi uni bukan nak exam tapi nak ilmu dan nak guna serta mengaut pengalaman berada dalam institusi ilmu tu ada elemen self and personal growth...


Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf posted on 30-10-2014 11:49 PM
sebenarnya di gelanggang ilmu inilah sepatutnya pelajar yg bergelar mahasiswa uni ambik kesempatan ...

Cuba Akak tengok buku sejarah sekolah. Ade cerita pasal zejarah melayu ke? Kalau cina sampai dinasti cong king kong confusius  semua ada. So, kalau pelajar boring sejarah, takkan nak salahkan dorang?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Anya suka page the patriots...
Mereka gigih menjawab permasalahan dan kekeliruan berhubung asal usul melayu... dan mereka mudah mematahkan hujah2 bodoh keling2 tidak sedar diri yang beriya mengaku hendia datang dulu ke tanah melayu bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 12:12 AM | Show all posts
Apakah karya Munsyi Abdullah bakal dijadikan salah satu bahan rujukan?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 12:39 AM | Show all posts
apam posted on 30-10-2014 11:52 PM
Cuba Akak tengok buku sejarah sekolah. Ade cerita pasal zejarah melayu ke? Kalau cina sampai dinas ...

i am talking about kursus  TITA dan kursus peradaban.

sejarah Melayu ni dalam silibus form 1 dia taks ebut sejarah melayu  tapi dia start masa silibus saya  dulu dengan asas sejarah dan saya dapat lihat kesinambungan sejarah itu dan cikgu sejarah saya di MRSM best. they are dedicated teachers  yg ajaq sejarah bukan untuk silibus tapi kesedaran .

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 12:42 AM | Show all posts
~anya~ posted on 30-10-2014 11:54 PM
Anya suka page the patriots...
Mereka gigih menjawab permasalahan dan kekeliruan berhubung asal usu ...

hehehe...i guess subjek sejarah ni semua kena  dilihat dalam kelompok yg matang kot , kan? then they can appreciate...sebab students ni students jugak ...depa tak menghayati ...yes they can score but macam tu aah...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 12:50 AM | Show all posts
apam posted on 30-10-2014 11:52 PM
Cuba Akak tengok buku sejarah sekolah. Ade cerita pasal zejarah melayu ke? Kalau cina sampai dinas ...

sebab tak ada cikgu nak kata : why on earth you gotta learn this so called 'darn' subject ?
sebab dalam kelas may  be tak ada siapa yg berani angkat tangan dan bersuara walhal dalam gelanggang itulah u all dinernarkan dan perlu bersuara secara hormat kritis atau sebab mmg u all tak tahu ini dibolehkan?

so mmglah boleh cakap boring ...bila dah kat belakang cakap jelaa

kalau sejarah tamadun China okay je belajar and learn about thsi culture yg terbina sejak 4 000 tahun lampau , maju, dengan silih berganti dinasti perang ,  ilmu bagai...
u know that tamadun ini mementingkan elemen displin, kuasa  - waorld view depa tentang dunia - dan sistem nilai dan pengaruh Confucius dan dan..kalau u dah dewasa u boleh relate dengan novel yg dihasilkan oleh Jung Chang bila mana komunsi mula menapak dan kesannya - pada  rakyat mereka.

dan mmg nampak boring pada mulanya tapi kalau anda bertemu seorang lecturer dari asalnya tanah besar china yg menetap di UK boleh kuasai  French, chiense dialects etc dan mula bebincang pasal Nan King dan novel Jung Chang you can relate dan boleh terima banyak maklumat ...

kat sini sumbangan ilmu itu secara atk langsung - mmg benda ni kalau students  jenis cepat boring dan tak nampak akan berkata seperti anda cakap : takkan nak salahkan kami ...sejarah tu  ade ke begini begitu

but pada  personally hargailah ilmu

even munsyi abdullah does not mean apa dia tulsi tu "gospel' u boleh tempelak saje ..




Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf posted on 31-10-2014 12:50 AM
sebab tak ada cikgu nak kata : why on earth you gotta learn this so called 'darn' subject ?
sebab ...


So, apa sejarah melayunya yg u belajar? Yg best sesangat tu? Kalau best takdelah bebudak boring khen.......mcm sejarah cina u kata u belajr dah 4000+ tahun dah org bercerita? Cerita sejarah melayu mana? Takkan nak belajar pasal sejarah umno, cin peng yg just baru mati, dan sejrah tulisan musyi dolah yg kaki belit tu? Last edited by apam on 31-10-2014 01:56 AM

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 02:04 AM | Show all posts
apam posted on 31-10-2014 01:50 AM
So, apa sejarah melayunya yg u belajar? Yg best sesangat tu? Kalau best takdelah bebudak boring  ...

selama ni apa yg you belajar ? selama ni sejauh mana ia membentuk persepsi you ?selama ni you rasa apa yg tak kena ?

apa rumusan you  dlm pembelajaran dan pengajaran sejarah

sejarah melayu mcm mana yg nak ikut kehendak you?

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 02:08 AM | Show all posts
apam posted on 31-10-2014 01:50 AM
So, apa sejarah melayunya yg u belajar? Yg best sesangat tu? Kalau best takdelah bebudak boring  ...

pernyataan you sendiri pun nampak macam ntah ape ape
'takkan nak belajar tentang sejarah UMNO?'

ler ...dalam sejarah malaysia  silibus saya saya tak hanya belajar UMNO tapi juga sejarah parti politk perikatan lain  etc

dan saya mmg suka sejarah dan saya selongkar sendiri buku teks kakak kakak saya tentang parti politik lain.

i am sure u learn about Burhanuddin Helmy - angkatan pemuda insaf , awas...etc

nama nama seperti syed abu bakar bakir ? semanggol ...

u know... saya tak find it boring pun barangkali cikgu sejarah saya pandai mengajar.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.082974 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list