View: 940|Reply: 6
|
[Tempatan]
Sebat pembalak haram
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR 30 Okt. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan supaya pembalak haram dikenakan hukuman lebih berat termasuk sebatan bagi membolehkan kegiatan berkenaan dibanteras habis-habisan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull menegaskan, langkah itu amat perlu bagi memastikan hukuman dikenakan setimpal dengan kesalahan, selain mempunyai elemen pencegahan yang berkesan atau ‘element of deterrent’ agar mampu memberi pengajaran kepada tertuduh dan juga masyarakat seluruhnya.
“Pihak yang cuba membalak secara haram nilainya bukan sedikit tetapi melibatkan jutaan ringgit. Kalau setakat jatuh hukuman penjara sehari atau didenda dengan jumlah yang kecil tidak memberi kesan langsung. Mereka mampu bayar dan akan mencuri lagi.
“Jadi hukuman ini perlu diteliti semula. Kalau rasa hukuman penjara tidak mencukupi, mungkin kita boleh mengkaji hukuman sebat, bergantung kepada kesesuaian kesalahan yang dilakukan agar boleh mencegah perbuatan itu daripada berulang,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Menandatangani Ikrar Integriti dan pelancaran Kempen Tanpa Hadiah di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pengarah Perhutanan, Datuk Seri Abdul Rahman Abdul Rahim dan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Zoal Azha Yusof.
Baru-baru ini, SPRM melancarkan operasi bersepadu dinamakan Ops Tukul yang membawa kepada penahanan pembalak-pembalak haram dan sejak minggu lalu, sebanyak sembilan pembalak haram telah didakwa.
Dalam pada itu, Mohd. Shukri turut menyarankan Jabatan Perhutanan menilai semula sistem dan prosedur sedia ada dalam membantu aktiviti pembalakan haram dibendung secara berkesan.
“Kalau ada masalah kekangan prosedur, SPRM sedia membantu Jabatan Perhutanan. Malah, kami terima maklum balas beberapa pihak bahawa kawasan hutan sangat luas dan pegawai tidak mencukupi sehingga menyebabkan penguatkuasaan kurang berkesan.
“Bagi saya, isu ini harus diatasi dengan segera sama ada dengan meningkatkan bilangan pegawai penguat kuasa atau sebarang usaha lain. Hal ini amat penting kerana ini adalah pelaburan untuk menyelamatkan hasil khazanah negara kita,” katanya.
Mengulas mengenai Ops Tukul, Mohd. Shukri berkata, inisiatif penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihaknya berjaya menyelamatkan hasil khazanah kerajaan negeri Sarawak sebanyak RM100 juta akibat aktiviti pembalakan haram.
“Dalam operasi di Sarawak baru-baru ini, kami mengambil masa sembilan bulan untuk mengumpul maklumat dan mengesannya. Jadi, kalau ada halangan atau masalah seperti kekangan untuk membawa bukti dari segi teknikal, masalah hendak kesan, pihak terbabit perlu suarakan isu tersebut.
“Apabila balak dibawa ke pusat pengumpulan memang sukar untuk mengesan kawasan balak itu berasal. Justeru, kita mungkin boleh gunakan kepakaran forensik seperti sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengatasi masalah tersebut,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
orang yang bekerje tu satu hal plak nak di sebattt
taukey nya tuuu patut di sebat kat public - dia la yg paling jahat
skalikan dengan jab hutan pej daerah yang makan rasuah tu
di sebat di public - baru yang lain takut |
|
|
|
|
|
|
|
sebat jangan tak sebat. heheh |
|
|
|
|
|
|
|
untuk isu serius macam ni, mana ada penganut2 agama melayu nak bahaskan. harap bertabahlah tak ramai yang menjengah thread ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Haramkan eksport untuk balak.
Control pengeksportan kayu gergaji.
Pembalakan hanya untuk industri hiliran.
Banyak masalah selesai.
Tengok Myanmar setelah haramkan export logs, byk company bungkus. Tak perlu nak tengok ada tag ke tak sebab semuanya mmg tak boleh.
Sekurang2nya industri hiliran kat malaysia berkembang. Buat apa nak buat kilang kalau aku boleh tebang dan terus jual. Untung cepat tapi tak menyumbang kepada industri lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
APA plak sebat..kasi gantung sampai mati lah...menyusahkan alam sekitar je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|