CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4102|Reply: 72

[Tempatan] Syed 'jom belai hanjing' minta maaf kali kedua

[Copy link]
Post time 31-10-2014 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Petaling Jaya: "Saya tahu hukum hakam (mengenai anjing) namun pada hari berkenaan, semuanya berlaku di luar kawalan... sekali lagi saya mohon maaf kepada semua terutama umat Islam," kata penganjur program kontroversi 'Saya mahu sentuh anjing', Syed Azmi Alhabshi.

Menurutnya, program berkenaan diadakan bertujuan sebagai pembelajaran selain menghilangkan perasaan takut terhadap haiwan berkenaan.

"Ketika program ini diadakan saya dibantu 40 sukarelawan termasuk seorang ustaz dan kami sudah memberi penerangan serta penjelasan kepada peserta.

"Bagaimanapun, mereka yang hadir seramai 1,200 orang menyebabkan kami tidak dapat mengawal semuanya sehingga terjadinya perbuatan yang keterlaluan," katanya ketika hadir sebagai ahli panel pada forum Keterbukaan dan Sensitiviti Lazim-Di mana titik tengah di sini malam tadi.

Program anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein itu turut disertai seorang lagi ahli panel iaitu Dr Fathul Bari Mat Jahaya yang juga Exco Pemuda UMNO.

Turut hadir Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin.

Sementara itu, Dr Fathul Bari ketika mengulas isu berkenaan berkata, menyentuh anjing dengan sengaja tanpa keperluan adalah haram.

Bagaimanapun katanya, hukum menyatakan anjing boleh dipelihara atas empat perkara iaitu menjaga haiwan ternakan, menjadi haiwan pemburu, menjaga tanaman serta sebagai anjing pengesan.

"Anjing tidak boleh dijadikan haiwan peliharaan namun harus sentuh jika ada keperluan seperti jika haiwan itu dilanggar kenderaan, kita boleh tarik untuk menyelamatkan anjing berkenaan selain faktor yang disebutkan tadi," katanya.

Beliau turut menasihatkan penganjur supaya lebih berhati-hati pada masa akan datang serta menjaga sensitiviti masyarakat terutama umat Islam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 06:59 AM | Show all posts
dia sendiri gigih berposing sakan
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
bagus....so puak perasan urban pprt jgn lebih2 plak...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
ais_kosong posted on 31-10-2014 06:59 AM
dia sendiri gigih berposing sakan

Tu lahh....

Pastu nk ckp diluar kawalan...

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 07:35 AM | Show all posts
cita orang merogol, campak anak pun tak da sehebat ini..
anjing jugak teratas atas tahkta...

malaysian malaysian.. kes penting tidak penting,,
pasal anjing jugak dapat keutamaan..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
ais_kosong posted on 31-10-2014 06:59 AM
dia sendiri gigih berposing sakan

Itu la pasal....haha
sendiri di luar kawalan x ngaku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2014 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa posted on 31-10-2014 07:23 AM
Tu lahh....

Pastu nk ckp diluar kawalan...


Minah bawah lu tu cam di luar kawalan je nampak..

Hati panas kut..



Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 07:41 AM | Show all posts
syed pula pangkal nama dia.. ehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak aiii..sampai 2x mintak maaf..

Ni sure menyesal sampai mampos ni p belai anjing ni...



Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
lavaroyale posted on 31-10-2014 07:48 AM
Mak aiii..sampai 2x mintak maaf..

Ni sure menyesal sampai mampos ni p belai anjing ni...

Sutunnnn
Kena ugut je terkepit-kepit lah mintak maaf...16kali pun blh...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 07:54 AM | Show all posts
Yg fastol bari tu terlibat juga pehak?  Jahannam punya team.  
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa posted on 31-10-2014 07:52 AM
Sutunnnn
Kena ugut je terkepit-kepit lah mintak maaf...16kali pun blh...

Dah ajar jgn buat benda haram.. Buat jugak..

Sekarang tanggung la sendiri..

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus.berani mintak maaf..bukan persis ummah lgbq fefeling ahlul shorga yang hukum wajib bertaubat smua..smoga syed terpelihata dr ugama melayu.amin.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 08:30 AM | Show all posts
sikit hari esok..ummah lupa la pasal ko...ko ni kira phenomena je..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 09:03 AM | Show all posts
jap di mana titik tengahnya?

KJ kata apa , curious jugak nak dengaq ...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 09:08 AM | Show all posts
ais_kosong posted on 31-10-2014 06:59 AM
dia sendiri gigih berposing sakan

takpe la, mmg niat nak dpt publisiti pun kan. dari org tak berapa kenal, skang satu negara kenal. boleh la buat charity lain balik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 09:14 AM | Show all posts
motif mintak maap smpai 2 kali? menyesal abes la tu gamaknya?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
terkepit2 kaki sambil menggigil terketap bibir ketakutan memohon ampun kali kedua....haha...rasain sutun...harap next time jgn buat perkara bangang lagi sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Eleh. .Saje la tu minta maaf 2x. .nak femes amos la tuuu. .
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
mka_superb posted on 31-10-2014 09:23 AM
Eleh. .Saje la tu minta maaf 2x. .nak femes amos la tuuu. .

yep...sutun nk glamer jer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.086909 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list