CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3885|Reply: 39

[Tempatan] Tambang bas ekspress pula bakal naik 30 %

[Copy link]
Post time 31-10-2014 03:41 PM | Show all posts |Read mode
Tambang bas ekspress bakal naik 30 %, kata SPAD



31 Oktober 2014 - Sebelum ini tambang bas sekolah, kini bas ekspress juga turut bakal dinaikan tambang sebanyak 30%.
Rakyat Malaysia bakal berdepan dengan kenaikan caj tambang bas ekspress sebanyak 30% dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kini menunggu kelulusan daripada Putrajaya bagi memuktamadkan kadar perkhidmatan tersebut, lapor Utusan Malaysia hari ini.
Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, keputusan mengenai pelaksanaan caj tambang bas ekspress dijangka akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.

"SPAD sudah syorkan kepada kerajaan permohonan mereka ( pengusaha bas). InsyaAllah kita tunggu keputusan muktamad secepat mungkin," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno itu.
Kajian kenaikan caj tambang itu susulan daripada gesaan pengusaha bas di negara yang terbeban dengan kenaikan harga harga minyak selepas Putrajaya memotong subsidi.

Syed Hamid menyifatkan ia merupakan satu cadangan yang munasabah.
"Permohonan daripada pengusaha bas adalah munasabah berasaskan kepasa keperluan yang mendesak terutama selepas penurunan subsidi minyak baru- baru ini," katanya.

Bagaimanapun beliau menjamin SPAD akan mencari kaedah sesuai untuk tidak membebankan pengguna sekiranya berlaku kenaikan.
Putrajaya‎ baru-baru ini mengurangkan subsidi RON95 dan diesel sebanyak 20 sen sebagai sebahagian daripada program rasionalisasi subsidi.

Tambang Bas Sekolah naik 30%


21 Oktober 2014 - Seremban, Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia  (GPBSM) akan mengenakan kadar baru tambang bas sekolah pada sesi persekolahan tahun depan dengan kenaikan sebanyak 30 peratus. Presiden GPBSM Mohd Rofik Mohd Yusof berkata, kenaikan itu sudah dipersetujui semua 18,000 pengusaha bas sekolah yang bernaung di bawah gabungan itu di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Katanya, cadangan kenaikan kadar tambang bas sekolah itu terpaksa dilakukan mulai sesi persekolahan tahun depan selepas ia ditangguhkan tahun ini.

“Pada dasarnya kita bercadang untuk menaikkan kadar tambang bas sekolah  30 peratus selepas Tahun Baru Cina lalu, tetapi tidak mendapat persetujuan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
;“Bagaimanapun, agensi itu sudah memberi kebenaran kepada gabungan menetapkan kadar baru bagi sesi persekolahan tahun depan, namun perlu berunding dengan ibu bapa bagi mendapatkan persetujuan bersama.

“Kami akan memaklumkan  ibu bapa mengenai kadar baru itu dan berharap selepas ini tidak lagi timbul isu mengenai kadar baru,” katanya.
Menurut Mohd Rofik, kenaikan kadar tambang itu tidak boleh dielakkan  bertujuan menampung peningkatan kos operasi dan kenaikan harga alat ganti kenderaan ekoran pelarasan subsidi yang menyaksikan harga bahan api meningkat 20 sen, awal bulan ini.

Beliau berkata, kenaikan yang dicadangkan tidak akan membebankan ibu bapa kerana ia hanya membabitkan pertambahan kira-kira RM9 sebulan bagi seorang pelajar.
“Bagaimanapun, bagi ibu bapa yang mempunyai lebih tiga anak, pengusaha bas akan berbincang dan sedia bertolak-ansur dengan ibu bapa bagi pengurangan tambang.

“GPBSM menyedari beban yang perlu ditanggung ibu bapa, namun ia tidak boleh dielakkan berikutan pengurangan subsidi bahan api dan kenaikan harga alat ganti kenderaan kerana kos operasi bulanan pengusaha bas sekolah di seluruh negara kini meningkat mendadak antara RM700 hingga RM800,” katanya.

Menurutnya, GPBSM akan mengadakan perbincangan lanjut dengan ahli gabungannya mengenai pelaksanaan kadar tambang bas sekolah yang baru, Disember ini.

Last edited by hanie_z on 31-10-2014 03:49 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 03:45 PM | Show all posts
naik beca balik kampung lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 03:48 PM | Show all posts
Tiap tiap tahun naik tambang bas ni

memang babi cibai pengusaha bas
Babi sialanahat cibai SPAD
Bapak babi tenuk tapir cipan &^$&!$@#!*@#$^!$#! Hamid Albar JDT
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 03:49 PM | Show all posts
Tahun depan naik lagi
2016 naik lagi
2017 naik lagi
2018 stop kejap
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 03:51 PM | Show all posts
surcaj naik sempena raya dulu patutnya sementara jadi kekal 33x babi
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
shukur...inilah kentutuan.....tak masuk gst lg ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2014 05:08 PM | Show all posts
naik lagi ? mati laa aku
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 05:22 PM | Show all posts
seperti yang dijangka..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 05:25 PM | Show all posts
mana tak naiknya, semua kos pon naik...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 05:27 PM | Show all posts
bagus jika naik 100%...... baru terasa murah naik flight
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 05:27 PM | Show all posts
Servis btambah baik ke idak ....
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
boikot2 .kite tumpang lori trelerlol
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok posted on 31-10-2014 03:49 PM
Tahun depan naik lagi
2016 naik lagi
2017 naik lagi

Aku tau dah 2018 stop skjp tu knp.... Sbb nk PRU... Huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 05:46 PM | Show all posts
lama2 naik flight lagi murah
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 06:11 PM | Show all posts
Kenapa darah akak pun naik menyirap bila dengar berita2 begini....
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 06:21 PM | Show all posts
naik lagi...next apa lagi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 06:42 PM | Show all posts
Sama je isunya tiap tahun tambang bas express dan tambang bas sekolah lepas ni teksi lak
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 06:47 PM | Show all posts
KB - Kl kalu +30%..baru RM52.00 jahhhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 06:49 PM | Show all posts
baik naik kapal trebang laa kalau takda hal emergency...plan beli tiket awal.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 07:10 PM | Show all posts
mikasa posted on 31-10-2014 06:49 PM
baik naik kapal trebang laa kalau takda hal emergency...plan beli tiket awal.

kena tgk kes juga..masa..nak cepat 1 jam or nak sampai dlm 7 jam...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.082800 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list