CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3424|Reply: 31

[Jenayah] Bakal Pengantin Ketum

[Copy link]
Post time 31-10-2014 04:17 PM | Show all posts |Read mode
Asmadi (kanan) menunjukkan botol berisi air ketum yang dirampas.[url=][/url][url=][/url]

        KUALA LUMPUR - Sepasang kekasih yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dicekup ketika sedang asyik memproses daun ketum di sebuah rumah di Taman Sri Rampai, di sini, kelmarin.

        Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, serbuan kira-kira jam 11 malam berjaya menahan pasangan berusia 44 dan 26 tahun itu.

“Siasatan di rumah pasangan terbabit yang dipercayai sudah menyewa sejak empat bulan lalu didapati menjalankan aktiviti pengedaran dan pemprosesan air ketum sebelum diedarkan di sekitar Wangsa Maju.

“Hasil pemeriksaan polis menjumpai satu peti beku yang mengandungi 106 botol air ketum,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, semalam.

        Menurutnya, turut ditemui timbunan daun disyaki ketum yang belum dan sudah diproses seberat 68.5 kilogram, satu periuk besar, dapur gas dan tong gas yang digunakan untuk memproses barang terlarang tersebut.

        Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati daun tersebut diperolehi dari utara tanah air sebelum dihantar menggunakan khidmat pos laju dan bas ekspres. Malah, pihaknya percaya terdapat permintaan yang tinggi berdasarkan jumlah kuantiti daun ketum tersebut.

“Air ketum ini dijual dengan harga RM20 sebotol dan dipercayai ia mampu menghasilkan sebanyak 449 botol bernilai kira-kira RM8,970 berdasarkan jumlah rampasan daun berkenaan.

“Ujian air kencing didapati negatif. Pasangan tersebut kini direman enam hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3)(5) Akta Racun 1952,” katanya.

        Menurutnya, pihaknya memandang serius perkara berkenaan dan tidak menolak kemungkinan pembeli terdiri daripada golongan pelajar sekolah.
         

[url=]
[/url]Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/rumah-bakal-pengantin-diserbu-1.329197

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketum lagi
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 04:30 PM | Show all posts
Ketum sini,ketum sana,,best sangat ke,,,?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 04:32 PM | Show all posts
cis, aku pk ketum nak kawen lg td
rupanya bakal pengantin jual air ketum
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 04:37 PM | Show all posts
“Air ketum ini dijual dengan harga RM20 sebotol dan dipercayai ia mampu menghasilkan sebanyak 449 botol bernilai kira-kira RM8,970 berdasarkan jumlah rampasan daun berkenaan.
lumayan


Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 04:39 PM | Show all posts
ketum ni asalnya bagus utk minuman tenaga... tapi dah disalah guna... trus kene ban
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2014 04:41 PM | Show all posts
pergh!!...hasil dah dari sumber tak molek....
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 04:43 PM | Show all posts
dulu org kampung guna ketum utk tenaga, ubat... tp skrg dh jd cmni... rugi je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 04:43 PM | Show all posts
enchikfitz posted on 31-10-2014 04:27 PM
Ketum lagi

Pendek kata, selagi ketum tak kena sumbat masuk jail, selagi tu la bunyi ketum akan terus kedengaran di mana-mana....
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 04:44 PM | Show all posts
paling tidak pun
ketum akan terus dikenang
namanya yang
sama terdapat pada sejenis pokok

andai disumbat ke sungai buloh la

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
so suweet sama2 berusaha cari wang nk kawen


walopunnnnn...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 04:49 PM | Show all posts
nangis mak andam, x dptla payment, hihi
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
mdmvava posted on 31-10-2014 04:49 PM
nangis mak andam, x dptla payment, hihi

Catering punnn...

Klu tak kena tangkap mesti majlis besar-besaran kannn...

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 04:58 PM | Show all posts
ni gigih meniaga nak buat blanje kawen kot..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 05:12 PM | Show all posts
ubah dlm bentul pil cm panadol tkle ka?
ni air sebotol gitu. cm air taik plak
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 05:16 PM | Show all posts
kah3 .... ni le persiapan negara berincome tinggi yer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 05:18 PM | Show all posts
warna tu ye ketum ni...

ingatkan warna hijau daun..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 05:19 PM | Show all posts
skrg ni klau ada tajuk thread ketum aku dah confuse ketum yg mana
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 05:27 PM | Show all posts
Ketum disalahgunakan pabila dicampur gan pakos
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 05:55 PM | Show all posts
Polis tak merembes pulok.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.081401 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list