CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2014|Reply: 22

[Jenayah] (S)Amdul Tersenyum DiPenjara 10 Bulan Ugut Ibu Dengan Batu

[Copy link]
Post time 31-10-2014 05:09 PM | Show all posts |Read mode
  • Mohd Amdul Salam mengaku salah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.


        KUALA TERENGGANU - Gara-gara kehendaknya untuk mendapatkan wang RM20 tidak ditunaikan, seorang buruh tergamak mengugut hendak mencederakan ibunya dengan seketul batu, dalam satu kejadian di kediaman mereka di Kampung Bukit Petiti, Manir, di sini.

        Bagaimanapun, perbuatan ‘kebudak-budakan’ Mohd Amdul Salam Jusoh, 25, itu terbalas apabila dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, semalam.

        Hukuman itu diputuskan selepas dia mengaku salah dengan sengaja telah melakukan ugutan jenayah mengugut hendak mencederakan ibunya, Mek Teh @ Sidah Abdullah, 44, dengan cara menggenggam seketul batu.

        Dia mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu di kediaman mereka di Kampung Bukit Petiti, Manir, di sini, lebih kurang jam 8.30 pagi, 23 Oktober lalu.

        Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, NurZafirah Rosli di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

        Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian ketika mangsa yang juga seorang peniaga kedai kopi berada di rumahnya, secara tiba-tiba anak lelakinya itu (Mohd Amdul Salam) telah meminta wang RM20 daripada salah seorang ahli keluarga mereka iaitu Faridul.

        Bagaimanapun Faridul telah meminta wang itu daripada mangsa untuk diberikan kepada Mohd Amdul Salam.
        Namun, tidak sampai 15 minit, Mohd Amdul Salam telah datang mencari mangsa yang ketika itu berada di belakang dapur kedai miliknya.

        Mangsa terkejut melihat keadaan Mohd Amdul Salam yang ketika itu dalam keadaan marah-marah, terus mengambil keputusan melarikan diri dan bersembunyi di belakang Perodua Kancil milik jirannya.

        Mohd Amdul Salam bertindak seperti dirasuk dengan menjerit-jerit memarahi mangsa dan menyuruh mangsa keluar dari tempat persembunyiannya sebelum mengugut mahu membaling batu ke arah mangsa dan kereta milik jiran mereka itu.

        Mangsa yang dalam ketakutan mendengar ugutan tersebut kemudian telah menghulurkan wang RM20 kepada Mohd Amdul Salam melalui celah pagar berhampiran tempat dia bersembunyi kerana bimbang akan diapa-apakan.


Sumber:http://www.sinarharian.com.my/ed ... engan-batu-1.329191


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 05:18 PM | Show all posts
memang samdol..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 05:19 PM | Show all posts
cm penah nmpk polis tu,
byk kali kuar..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 05:20 PM | Show all posts
anak babi reti hormat mak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 05:21 PM | Show all posts
gila kot ni..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 05:22 PM | Show all posts
sian mak dia.... lepas 10 bulan bila dia balik nanti... mak dia musti trauma...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2014 05:23 PM | Show all posts
Mungkin dulu nak letak nama abdul salam,,tersilap letak amdul,,terus jadi samdol,,,,padan  pun
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 05:35 PM | Show all posts
hope lepas keluar penjara keinsafan itu ada
jgn nanti buat lagi kat maknya begitu
harus disumpah jadi batu or dipanah petir ko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
patutlah S dalam kurungan..  
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 05:45 PM | Show all posts
ko ni tajuk...tak ingat2....ko ni tongkatwaran ke???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2014 05:46 PM | Show all posts
lkick2113 posted on 31-10-2014 09:45 AM
ko ni tajuk...tak ingat2....ko ni tongkatwaran ke???

bukan.tongkat bahasa malaysia dia gred A+
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 05:53 PM | Show all posts
GhostWalking posted on 31-10-2014 05:46 PM
bukan.tongkat bahasa malaysia dia gred A+

yela ko MN dia la maknanya orgnya sama kan???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2014 05:55 PM | Show all posts
lkick2113 posted on 31-10-2014 09:53 AM
yela ko MN dia la maknanya orgnya sama kan???

lain bebenor.bahasa pun lain
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 06:01 PM | Show all posts
GhostWalking posted on 31-10-2014 05:55 PM
lain bebenor.bahasa pun lain

ye ke??? modus operandi nya sama........1 nik akan bukak banyak2 thread, lepas tu senyap...muncul nick lain bukak banyak2 thread....baru2 ni gaya bahasa tajuk thread diolah seolah2 nak menyembunyikan identiti pembuka thread itu adalah tongkatwaran dan MN2 nya....macam ko.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 06:08 PM | Show all posts
mmg samdol pon
kesian kat mak dia, trauma agaknya org tua tu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
sapeka posted on 31-10-2014 05:21 PM
gila kot ni..

Giler x minta duit.. tak ugut2.. tetiba terus buat tanpa amaran..

ni dadah kot... urmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 06:37 PM | Show all posts
alahai mak nye..ngape dr kecit tak bg makan racun tikus je si samdol ni...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 11:39 PM | Show all posts
lkick2113 posted on 31-10-2014 06:01 PM
ye ke??? modus operandi nya sama........1 nik akan bukak banyak2 thread, lepas tu senyap...muncul  ...

Off topic sikit, Tongkatwaran tu siapa? Dia ada apa-apa masalah ke kat CI? Sorry lah, saya kurang kenalnya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 01:38 AM | Show all posts
mudanya mak heols
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 01:41 AM | Show all posts
Lepas 10 bln nanti apelah jadi
harap dia insaf
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.074247 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list