CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1296|Reply: 1

[Tempatan] Keretapi laju KL-Singapura cuma 90 minit

[Copy link]
Post time 31-10-2014 11:09 PM | Show all posts |Read mode
Projek kereta api laju yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura mungkin melepasi tempoh siap yang ditetapkan pada tahun 2020 meskipun pembangunannya hanya melibatkan tanah-tanah kerajaan.

Projek itu kemungkinan besar mengambil masa enam hingga tujuh tahun untuk disiapkan jika dimulakan pada tahun 2016.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, pihaknya menerima banyak cadangan termasuk dari Perancis, Jepun, China dan Jerman yang berminat untuk terlibat dalam projek ini.

"Ia tidak membabitkan kos yang tinggi seperti yang difikirkan," katanya yang mengakui SPAD kini sedang menyediakan kajian kebolehlaksanaan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai unjuran kos bagi projek tersebut.

Ahli Ekonomi Malayan Banking Berhad, Suhaimi Illias menjangkakan kos projek kereta api laju itu menelan belanja RM40 bilion.

Projek kereta api laju itu berupaya mengurangkan tempoh perjalanan antara kedua buah negara daripada lima jam kepada 90 minit membabitkan laluan sepanjang 300 kilometer.

Malaysia sebelum ini menetapkan tahun 2020 untuk menyiapkan projek berkenaan, selari dengan sasaran negara maju, namun Syed Hamid berkata, terdapat masalah untuk memenuhi tarikh tersebut kerana terdapat banyak elemen lain selain aspek pembinaan yang perlu dikaji oleh kerajaan.

Suhaimi menjangkakan kerajaan kini dalam peringkat mengenalpasti pembiayaan bagi projek berkenaan.

"Bagaimana kerajaan akan laksanakan tanpa menjejaskan sasaran defisit dan mencapai unjuran bajet berimbang pada tahun 2020?," katanya dan tidak menolak kos pembinaan akan meningkat jika projek itu ditangguhkan dengan mengambil kira inflasi dan kenaikan harga tanah.

Syed Hamid berkata, kos projek itu adalah seiring dengan penanda aras antarabangsa bagi sistem dan jarak yang sama.

Tambah Pengerusi SPAD itu, kereta api laju itu akan beroperasi empat kali setiap jam dengan dua perkhidmatan iaitu perkhidmatan penuh dan henti-henti.

Jepun bersedia untuk menyediakan dana dan kepakaran kepada Malaysia dan Singapura untuk pembinaan rangkaian baru tetapi mustahil projek itu akan disiapkan menjelang tahun 2020, menurut New Straits Times yang memetik kenyataan Tomohori Kobayashi.

Syed Hamid menambah, SPAD telah menjalankan pelbagai kajian pembiayaan dan model-model perniagaan termasuk kerjasama awam-swasta.

Malaysia akan terlibat dengan aspek lain yang menjangkaui jualan tiket untuk mendapatkan pulangan ke atas pelabur termasuk sumbangan kepada ekonomi di bandar-bandar yang dilalui oleh kereta api itu, yang mengambil daerah Pudong dan Tianjin sebagai contoh.

"Jika kita bergantung kepada tambang sahaja, ia sukar untuk capai keuntungan. Ia mesti berpatutan. Anda perlu melihat sumber pendapatan hasil pembangunan stesen kereta api, hartanah sepanjang laluan dan bagaimana bandar akan berkembang," tambahnya.

Menurutnya lagi, pembinaan landasan itu cuba dielakkan daripada menggunakan kawasan kampung dan hartanah awam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2014 03:40 AM | Show all posts
itu ajoh korjo kaw....syed......lain tak ada pasai pojek...lori, bas kilang langar undang undang.....kat jalan tak jago
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.327591 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list