CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1264|Reply: 2

[Dunia] Bank Dunia buang 500 pekerja

[Copy link]
Post time 31-10-2014 11:10 PM | Show all posts |Read mode
Bank Dunia merancang untuk memberhentikan 500 pekerja dalam tempoh tiga tahun akan datang sebagai sebahagian daripada pelan penstrukturan semula bagi menjadikan organisasi tersebut lebih efisyen.

Berita itu ditambah dengan pemotongan bajet dan penyusunan semula dalaman telah menimbulkan kebimbangan kepada para kakitangan sehingga menyebabkan berlakunya protes.

Pemberhentian yang diumumkan Khamis lalu mewakili kira-kira 11 peratus pengurangan daripada 4,500 pekerja di Bank Dunia terdiri daripada pelbagai jabatan termasuklah kewangan, sumber manusia, penyelidikan dan keselamatan.

Jabatan-jabatan berkenaan menggaji hampir suku daripada keseluruhan kakitangan di Bank Dunia.

Bank tersebut turut merancang untuk membatalkan pengambilan 70 jawatan kosong walaupun ia sebenarnya perlu mengambil 250 sehingga 300 pekerja baharu terutamanya bagi pejabat di Chennai, India yang mana Bank Dunia mengendalikan beberapa bahagian pentadbiran serta operasi.

Sebahagian daripada 500 kakitangan yang dibuang kerja boleh memohon untuk jawatan baharu di cawangan-cawangan lain Bank Dunia yang menyediakan bantuan kewangan dan teknikal kepada negara-negara membangun.

Penyusunan semula yang menyebabkan pengurangan bajet sebanyak AS$400 juta itu bakal memberikan ruang yang lebih besar kepada institusi berkenaan untuk bersaing selain merangsang lebih banyak pemberian pinjaman kepada negara-negara berpendapatan sederhana.

Para kakitangan mendakwa bank berkenaan terlalu fokus kepada hal-hal kecil seperti memotong elaun sarapan dan parkir berbanding menyelesaikan perkara-perkara yang lebih penting seperti kualiti dan keberkesanan pemberian pinjaman.

Apa yang lebih menghangatkan apabila para pekerja mendapati ketua pegawai kewangan yang mendesak untuk melaksanakan program pengurangan kos itu menerima bonus AS$94,000 tahun ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 11:23 PM | Show all posts
Semoga CIMB ataupun Maybank boleh mengambil-alih Bank Dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 12:17 AM | Show all posts
Erm pulak dah.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.714904 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list