am@hmetro.com.my
Jasin: Seorang ahli perniagaan warga Bangladesh Motalib Olla Mohammad Tara Mian, 41, maut selepas Toyota Avanza dipandu terbabas lalu merempuh pokok di Kilometer 189.1, Lebuhraya PLUS, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam mangsa maut akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.
Mayat mangsa yang tersepit di dalam kenderaan yang remuk dikeluarkan sepasukan anggota bomba dalam masa 10 minit.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk dibedah siasat.
Jurucakap polis trafik berkata, mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Oktober 2014 @ 9:21 AM «»
Yang aku nampak pasal status orang Bangladesh tu..wah rezeki dia kan.
Kita yang dah tua bangka ni, habuk pun tak ada. Minda target makan gaji je.
Beza benar dengan orang Cina, koman-koman pun jadi salesman/girl or agen, daripada bergaji tetap.
Sedangkan yang umur muda-muda belasan tahun pun dah buat duit puluhan ratus ribu.
Panjang akal diorang, kreatif gitu.
...tak heran, sebab mamat Bangla memang berprestasi tinggi, contoh ni Leepu Mohamed dengan reality show nya ChopShop, sangat ngetop di London...kat sana kokesen tak kenal pun sapa itu mulayu...