CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1496|Reply: 1

[Tempatan] PDRM nafi pantau smartphone

[Copy link]
Post time 31-10-2014 11:39 PM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Satu mesej tersebar melalui aplikasi WhatsApp menyatakan telefon pintar orang awam sedang dipantau oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Mesej berkenaan berbunyi "Perhatian!! Sila tekan pada skrin HP anda *#06#.. Dan jika dia hanya keluar IMEI, HP anda selamat... Dan jika dia keluar/01 bermakna HP anda sedang dipantau oleh PDRM. Jika /02 HP anda sedang dipantau SPRM.

Mesej berkenaan dikatakan mula tersebar kira-kira dua hari lalu.

PDRM menafikan pihaknya sedang memantau nombor orang ramai yang menggunakan telefon pintar.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Datin Asmawati Ahmad menerusi laman rasmi Facebook PDRM menjelaskan dakwaan itu tidak benar.

“Maklumat yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp yang mendakwa pihak berkuasa sedang memantau nombor IMEI telefon bimbit pintar adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai dinasihati supaya tidak mudah percaya atau menyebarkan maklumat ini.

“ia berupaya menimbulkan kekeliruan dan kegusaran di kalangan masyarakat,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 11:58 PM | Show all posts
wooiii pi check sapa bukak thread dulu la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.053566 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list