CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9187|Reply: 152

[Tempatan] Terlalu memilih kerja punca pengangguran

[Copy link]
Post time 1-11-2014 03:41 PM | Show all posts |Read mode
BALING: Golongan siswazah dan generasi muda di negara ini yang belum bekerja tidak sepatutnya menjadi penganggur kerana peluang pekerjaan dengan tawaran gaji yang menarik sentiasa tersedia untuk diisi.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata beliau yakin masalah mendapatkan pekerjaan bukan masalah utama yang menyebabkan berlakunya pengangguran terutama kalangan siswazah.

Beliau berkata graduan di negara ini perlu terus memasuki dunia pekerjaan sebaik tamat pengajian dan mengetepikan sikap memilih pekerjaan yang menjadi punca berlakunya pengangguran.

"Saya tidak nampak kenapa siswazah dan golongan remaja lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) di negara ini perlu jadi penganggur dengan alasan tiada pekerjaan. Mereka perlu berani mencuba kerana lebih dua juta pekerja asing menjadikan negara ini tumpuan kerana peluang kerja yang lumayan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Kerjaya Azam 1Malaysia 2014 Peringkat negeri Kedah di sini, Sabtu.

Lebih 30 agensi pekerjaan dan syarikat swasta membuka kaunter sempena karnival itu dengan mendapat sambutan hampir 2,300 pemohon yang hadir.

Ismail berkata terdapat hampir 14 negara sumber pembekal tenaga kerja asing ke negara ini, rakyat Malaysia terutama golongan lepasan insitusi pengajian tinggi sepatutnya merasa cemburu dengan berbagai peluang pekerjaan yang direbut oleh pekerja asing.

Turut hadir anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abd Azeez Abd Rahim.

Bagi Siti Nor Hanifa Mohd Tauhid, 26, berkata penganjuran karnival itu memberi peluang kepadanya untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai selepas berjaya memperoleh diploma.

"Saya tidak pernah ke mana-mana karnival kerjaya sebelum ini setelah tamat pengajian dan inilah kali pertama saya mencuba," katanya.

Lepasan SPM, Mohd Azlan Yahya, 23, mengalu-alukan penganjuran karnival itu yang memberi pendedahan kerjaya dan peluang mengisi kekosongan kerja dalam pelbagai bidang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2014 03:55 PM | Show all posts
memilih dan pemalas... bkn semua tp ramai..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 04:17 PM | Show all posts
Sume jenis nk keje dlm ekon, 9-5 mmg payah la....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 06:04 PM | Show all posts
xkisah la duk ekon ke xdduk ekon yg penting gaji gaji gaji

ada ijazah nak kerja cashier selama lamanya ke....klu pendatang asing boleh la...pendatang xde tanggungan...duk bawah jambatan pun boleh ..... hantar duit kat homeland setahun dah cukup buat belanja kawin kat homeland. kat homeland plak takde demand sgt hantaran dengan kadar pertukaran wang asing pulak

ni ada ijazah duk kerja cashier 20 tahun barula ko boleh ckup duit utk kawin...sewa rumah lagi...kang duk bawah jambatan memang membujang la sampai kemampus....mak mertua tak pandang punya.

tambah lagi majikan malaysia gemar amik pendatang even pekerja kolar putih pun duk import keling tanah besar.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 06:39 PM | Show all posts
pilih la klu dh gaji 1.4k utk grad dgree pn wujud lg skang.....tipulah org yg sggup underpaid zmn skang....mula2 bleh la terima pastu berkeluh kesah jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 06:45 PM | Show all posts
Dah la bengap, ada ati nk memilih keje...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2014 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Haah..siswazah gantikan tempat Bangla..Indon..Nepal..Myanmar...yg penting halal..sis

Tombak buah sawit estet, buat projek mrt, keje kilang dll.

Selayaknya sis dengan siswazah Meleis.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 06:47 PM | Show all posts
aechae posted on 1-11-2014 06:39 PM
pilih la klu dh gaji 1.4k utk grad dgree pn wujud lg skang.....tipulah org yg sggup underpaid zmn sk ...

rm1400 utk ijazah ? better menganggur sambil buat MLM...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2014 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
xy_daen posted on 1-11-2014 06:45 PM
Dah la bengap, ada ati nk memilih keje...

Owh..bengap masuk universiti ye.

Ke aku yg terbalik pikir selama ni...hurmmm
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 06:52 PM | Show all posts
sabbath_shalom posted on 1-11-2014 06:47 PM
Haah..siswazah gantikan tempat Bangla..Indon..Nepal..Myanmar...yg penting halal..sis

Tombak buah  ...

baik xpayah masuk U sis...lepas SPM terus masuk alam kerja lagi bagus.... di tahun mendatang akan naik gaji berdasar penglaman.
masuk U berhutang.... keluar U kerja gaji kecik hutang dah ada... jadi siswazah pun jadi kuli je.... yg SPM ni plak jadi bos...lepas jadi bos baru upgrade jadi siswazah.



Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok posted on 1-11-2014 06:52 PM
baik xpayah masuk U sis...lepas SPM terus masuk alam kerja lagi bagus.... di tahun mendatang akan  ...


Sebetulnya sistem pendidikan Malaysia camtu.

Kesian aku tengok adek2 yg mak bapak diorg belajar takat darjah 6, SRP dan Spm xabis..diorang x yg tahu erti hidup alam pekerjaan gigeh masuk U..untuk gaji besar..last2 keje sakit hati memendam rasa.

Kene pulak bos tu takat Spm dan Diploma. Last edited by sabbath_shalom on 1-11-2014 06:57 PM

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 06:56 PM | Show all posts
Kebanyakan yg ada kelulusan ni hanya keje mengharapkan gaji je. Bukannya betul2 ikhlas nak membangun bersama syarikat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
wds posted on 1-11-2014 06:56 PM
Kebanyakan yg ada kelulusan ni hanya keje mengharapkan gaji je. Bukannya betul2 ikhlas nak membangun ...

Kena pulak Senior dan manager level diploma dan Spm..makan gaji buta.  Haha
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak nasihatkan graduan..korang berniaga la kecil kecilan..kat pasar malam ke..pasar tani ke..dari makan gaji syarikat entah siapa punya tu...You're not born to be a kuli.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 07:02 PM | Show all posts
wds posted on 1-11-2014 06:56 PM
Kebanyakan yg ada kelulusan ni hanya keje mengharapkan gaji je. Bukannya betul2 ikhlas nak membangun ...

kerja dengan ikhlas utk syarikat? siapa mcm tu sis
seua org kerja utk gaji...klu kerja ikhlas demi syarikat baik tolak gaji...xpelah xdpt gaji atau dpt sagu hati RM400 janji syarikat kerja berjaya juta juta sanggup mengorbankan diri demi kejayaan syarikat

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis kalau tanam anggur siapa yg tanggung makan minum rokok teh mamak, mcd, kepci, hphone, mak we..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2014 07:35 PM | Show all posts
AbukRokok posted on 1-11-2014 06:52 PM
baik xpayah masuk U sis...lepas SPM terus masuk alam kerja lagi bagus.... di tahun mendatang akan  ...

Yg ni ada betulnya gak...lps spm trus keja, 10 thn lps tu gaji pn dh lbih 2.5k...tp kna pndai tgk tmpt keja tu lah...biar la ada increment tiap thn
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
aechae posted on 1-11-2014 07:35 PM
Yg ni ada betulnya gak...lps spm trus keja, 10 thn lps tu gaji pn dh lbih 2.5k...tp kna pndai tgk  ...

Dah tua susah nak belajar pulak katenye.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 1-11-2014 07:33 PM
Habis kalau tanam anggur siapa yg tanggung makan minum rokok teh mamak, mcd, kepci, hphone, mak we..

Orang tua..xdak pengalaman..haha
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 07:43 PM | Show all posts
AbukRokok posted on 1-11-2014 06:04 PM
xkisah la duk ekon ke xdduk ekon yg penting gaji gaji gaji

ada ijazah nak kerja cashier selama la ...

setuju sgt ngan ko menteri ni bodoh ke 2 juta pendtg asing yg mai malaysia tu keje ape? pendtg asing keje dead end jobs pun tak kisah sbb diorg tu mmg keje kumpul duit nk balik negara asal je pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.396159 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list