Elly Mazlein selamat bernikah dengan pengarah, Azmi Hatta
09/11/2014 11:32am
PUCHONG - Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein selamat bernikah dengan pasangannya, pengarah Azmi Hatta tepat pukul 11.40 pagi tadi di Surau As-Sakinah, Batu 12, Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor. Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 34, dan Azmi, 38, diwali dan dinikahkan oleh bapa Elly sendiri, Syed Hanafi Syed Abdullah dengan dua kali lafaz. Elly menerima mas kahwin sebanyak RM300 manakala wang hantaran pula dirahsiakan. Pihak pengantin perempuan menerima dulang hantaran sebanyak tujuh dulang terdiri daripada kasut, tas tangan dan set barang kemas, berbalas lima kepada pihak pengantin lelaki. -KOSMO!
|