CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12898|Reply: 93

siapa artis yg demand sgt ni

[Copy link]
Post time 10-11-2014 02:42 PM | Show all posts |Read mode
Bagi penyanyi dan pelakon yang populariti mereka makin meningkat, SS faham jika mereka mula meletakkan harga tinggi.
Itu memang lumrah. Jika bakat makin diiktiraf dan diterima ramai, pasti harga untuk mendapatkan perkhidmatan mereka makin meningkat.
Bagaimanapun dalam meletakkan harga masing-masing, ia perlulah realistik. Janganlah melampau-lampau sangat hingga promoter dan produser terbeliak biji mata!
Inilah yang dilakukan seorang penyanyi ini. Sejak dia makin popular, harga yang diletakkannya makin tidak munasabah hingga penganjur yang mahu mengambilnya hampir terduduk.
Setahu SS ketika mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian. Apa saja tawaran diambilnya, malah dia tidak kisah jika hanya diberi 'token' sebagai bayaran.
Namun, apabila nama makin besar, nafsu pun makin besar. Bagi SS, tak salah dia nak naikkan harga, tetapi biarlah berpada-pada.
SS dimaklumkan, seorang penganjur yang mahu mengambilnya dalam satu persembahan terbeliak biji mata apabila dia memberitahu bayarannya RM100,000 hanya untuk persembahan selama setengah jam!
Ia juga hanya persembahan 'minus one' dan bukannya diiringi pemuzik.
SS difahamkan dia juga pernah meminta bayaran hampir RM30,000 hanya untuk persembahan dua lagu.
Bagi SS, dia memang ada hak untuk meletakkan harga bagi persembahan nyanyiannya kerana dia pun memang agak popular.
Namun bak kata orang, 'agak-agaklah' kalau nak letak harga itu sedangkan dalam masa yang sama penyanyi yang lebih popular daripadanya tidak meletakkan harga setinggi itu.
SS: Jangan asyik melihat awan yang tinggi, duri di bawah kau tidak peduli.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7271#sthash.aXBADzrC.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2014 02:52 PM | Show all posts
adakah awan nano??
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak mungkin awan nano. Ku pikir si putih si hitam jah
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 03:18 PM | Show all posts
nak tunggu jwpn je
tak reti teka teki teka tekuk ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2014 03:22 PM | Show all posts
klu x cukup
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 03:22 PM | Show all posts
firman?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2014 03:25 PM | Show all posts
maxim posted on 10-11-2014 03:22 PM
firman?

Nko nih.....menyimpang jauh sungguh....

kehkehkehkeh...............
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Shila lalat kah?????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2014 03:31 PM | Show all posts
shilala kalau appearance ja nak dkt 50k belum nyanyi lagi. iols tak rasa gosip ni shilala tapi kalau dah ada org nak bayar jugak maknanya layaklah kot
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 03:34 PM | Show all posts
spin jamal? hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 03:48 PM | Show all posts
Hafiz la yg perasan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 04:08 PM | Show all posts
maxim posted on 10-11-2014 03:22 PM
firman?

hahahaha.. klaka la ko ni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 04:44 PM | Show all posts
KOKSPIN?




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2014 04:45 PM | Show all posts
kokspin tu retisssss glamer ke? mcm x je
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 04:51 PM | Show all posts
Firman baru smlm konvo mustahil
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 05:05 PM | Show all posts
Bukan Hafiz, heols under Astro Mgt...harga and bookings bukan dier yang tetapkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2014 05:31 PM | Show all posts
Farez af la kot.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 05:34 PM | Show all posts
wartawan da hint 'awan yang tinggi' , awan nano si Hafiz lah
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 06:14 PM | Show all posts
Fazura?

la la la la la
(nak cukupkan kuota bil min posting)
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan artis under astro kot ... sebab biasa mmg management meka yg letak harga ..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.067849 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list