CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2859|Reply: 3

J.Lo bongkar kisah cinta

[Copy link]
Post time 13-11-2014 12:27 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi dan pelakon terkenal, Jennifer Lopez, meluahkan semua perasaan yang terbuku di hati dalam temu bual bersama Alicia Quarles.


Jennifer yang juga juri American Idol berkata, dia menceritakan kisah cintanya dengan lebih terperinci menerusi buku terbarunya, True Love.


"Dalam buku itu, saya digambarkan sebagai wanita yang sedang dalam proses ke arah yang lebih baik. Saya juga berkongsi mengenai permulaan yang baik untuk menjalani kehidupan.


"Kegembiraan dan puas hati dengan setiap pencapaian kita adalah salah satu cara agar hidup kita sentiasa tenang. Semua orang harus yakin dengan diri sendiri. Itu antara rahsia untuk lebih ceria.


"Semua aktiviti yang saya lakukan mempunyai mesej supaya sayangi diri kita terlebih dulu barulah kita dapat merasai erti cinta yang sebenar. Ia mungkin kedengaran pelik, tetapi itulah hakikatnya," kataÂ-nya.
Katanya, andai seseorang itu tidak menghargai dirinya, segala pencapaian serta wang ringgit tidak bermakna. Setiap individu harus berani menerima dirinya seadanya. Itulah erti cinta sebenar.


Walaupun mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia, Jennifer atau J.Lo tidak terlepas daripada kritikan negatif. Hingga satu ketika dia kecewa dan merasakan tidak ada seorang pun menyukai dirinya.



"Semua orang mempunyai kecenderungan untuk melihat cerita negatif. Tanpa sedar kita terus membuat kesimpulan semua orang membenci kita. Apabila difikirkan kembali, tidak masuk akal bila kita lakukan perkara sedemikian kepada diri sendiri," katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2014 03:14 PM | Show all posts
mahal sgt buku nya..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 04:42 PM | Show all posts
marc  baru2 neh dah kawen.ingatkan jlo yg kawen dulu.....apa dah jadi ngan  ank hekan dia eh?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 09:06 AM | Show all posts
bpe kali kawen cerai daaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.066274 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list