CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34590|Reply: 198

A Rahman Hassan & Fadilah Mansor akan bernikah 25 Disember ini #pg8

[Copy link]
Post time 13-11-2014 09:16 AM | Show all posts |Read mode
Istana idaman 2 artis veteran





Kuala Lumpur: “Takutlah saya nak cakap dulu. Saya tak nak komen banyak buat masa ini. Insya-Allah, tapi janganlah kecoh-kecoh dulu,” ulas dramatis Fadilah Mansor mengenai ura-ura majlis perkahwinannya dengan penyanyi 60-an Datuk A Rahman Hassan, hujung tahun ini.
Fadilah, 54, yang dihubungi berkata, sebagai wanita dia tidak berani bercerita lanjut mengenai butiran majlis itu demi menghormati permintaan A Rahman, 67.

Katanya, dia juga segan untuk mencanangkan hal itu kerana faktor usia mereka boleh menimbulkan perasaan kurang selesa kepada masyarakat jika perkara itu digembar-gemburkan.

“Apa yang saya boleh kongsi kalau umur dah macam ini kalau canang-canang sangat seganlah nanti orang kata over (keterlaluan) pula.
“Jadi saya ikut saja perancangan abang (A Rahman). Dia tak nak bising-bising dulu sampailah kami betul-betul sedia untuk berkongsi nanti,”
katanya.

Sumber mendakwa, Fadilah dan penyanyi kumpulan pop yeh-yeh, Orkes Nirwana itu bakal melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis ringkas di sini pada Disember ini.

Ura-ura itu diperkukuhkan lagi apabila Harian Metro menerima gambar baju pengantin perempuan yang dipercayai bakal digunakan Fadilah pada majlis berkenaan kelak.

Difahamkan, pasangan duda dan janda ini mula berkawan selepas mereka hadir pada satu majlis hiburan, beberapa bulan lalu.
Fadilah yang juga bekas isteri kepada pengarah filem veteran Ahmad Ibrahim atau Mat London sudah empat tahun bergelar ibu tunggal memiliki dua anak hasil perkahwinan itu.

Manakala A Rahman pula bapa tunggal kepada tiga anak termasuk pelakon dan pengarah Khir Rahman, selepas isterinya Datin Azizah Mohamad penyanyi 60-an meninggal dunia pada 26 April tahun lalu akibat kanser.

Fadilah berkata, dia terbuka hati untuk menerima lamaran itu kerana sikap rendah hati dan penyayang dalam diri A Rahman.
Sementara itu, A Rahman meminta agar cerita perkahwinan itu tidak digembar-gemburkan ketika ini sehingga pihaknya bersedia untuk membuka mulut.



Last edited by maxim on 17-12-2014 06:58 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2014 09:18 AM | Show all posts
TAHNIAH buat pasangan mempelai  
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
dulu tak tau pun mak khir tu dah meninggal. dorang dulu kapel yg serashi bersama sgt.

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 09:24 AM | Show all posts
tahniah..dh jodoh..semoga berbahagia..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 09:24 AM | Show all posts
baru nak tanya bila wifenya meninggal....

tahniah...suka tgk muka FM ni masih cantik walo dah berusia...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesuai....suka tgk lakonan fadhilah mansor..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2014 09:28 AM | Show all posts
baru aku tau makcik fadhilah atau lbh mesra dgn panggilan kak chik nie janda..means dia org bercerai mase thn 2010 la..sbb mase aku jumpe kak chik nie thn 2008 dia still isteri org
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 09:29 AM | Show all posts
Selalu confuse fadilah mansor dan fadilah sarip.

*selamat pengantin baru, selamat berbahgia.....selamat ke anak cuuucu, selamat sejahtra....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2014 09:29 AM | Show all posts
kiranya makcik ni bercerai dengan Mat London? oooo... ingatkan stil suami isteri.. tahniah makcik!
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniah... suka tgk kakak ni belakon...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 09:31 AM | Show all posts
kan A rahman dh ckp srh tutup mulut..asal die yg heboh2 kan bgth wartawan..nmpk sgt die ni jenis x blh simpan rahsia....biar la pihak laki yg umumkan..lgpn org tau A.Rahman tu mmg baik...

malu aku jd Fazilah ni...die plak yg bgth wartawan..tp die bgth yg bakal suami die srh diam2 dlu...kang x jd kawin uat malu je..dah tua pn x reti nk cover line...

sad la u.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 09:33 AM | Show all posts
putehkundor posted on 13-11-2014 09:29 AM
Selalu confuse fadilah mansor dan fadilah sarip.

*selamat pengantin baru, selamat berbahgia.....s ...

Makteh..fadilah sarip nie puteri sinaran ler..org seremban
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 09:35 AM | Show all posts
tahniah..moga2 nanti bunting pelamin..tahun dpn dpt anak..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 09:38 AM | Show all posts
baru tahu ni adalah bapa Khir Rahman..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 09:38 AM | Show all posts
tahniah juga,muga berkekalan hingga ke Jannah
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 09:41 AM | Show all posts
congrate....ni namanya jodoh tu rahsia Allah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2014 09:41 AM | Show all posts
elok lerrrrrrrr......aku ske makcik Fadilah Mansor niiiiiiiii....tak over and very motherly gitu
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 09:43 AM | Show all posts
camflo03 posted on 13-11-2014 01:38 AM
baru tahu ni adalah bapa Khir Rahman..

tu la baru tau. tgk muka pn lebih kurang. hehe. apa pun tahniah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 09:45 AM | Show all posts
pichee posted on 13-11-2014 09:31 AM
kan A rahman dh ckp srh tutup mulut..asal die yg heboh2 kan bgth wartawan..nmpk sgt die ni jenis x b ...

baca elok2 article tu..kan dh ditulis dia dihubungi pihak wartawan..maybe lps pihak metro terima gamba baju pengantin tu semua..
dh cukup berlapik dh tu jawapan dia..karang cakap no comment kan nmpk diva2 pulak diusia makcik tu..
lgpon cerita elok..bukan gosip2 sampah mengeji semua
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 09:53 AM | Show all posts
cruz2 posted on 13-11-2014 09:45 AM
baca elok2 article tu..kan dh ditulis dia dihubungi pihak wartawan..maybe lps pihak metro terima g ...

mmg la die dihubungi wartawan...

die pelakon lama..ptt tau la nk tepis soalan..nk jawab soalan mcm mne...jwb je la..semua akan terungkai tidak lama lg..ataupn...setakat ni sy blm ade ape2 nk umumkan...bkn srh jwb no comment...

skrg ni..die sendiri bgth...A.rahman ckp jgn heboh2..tp die yg bukak mulut dgn mengiyakan soalan wartawan...
hmm....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.079692 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list