CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: edy137

Hadith

[Copy link]
Post time 18-11-2014 05:04 PM | Show all posts
ribut posted on 18-11-2014 04:22 PM
owh....ok

ko cakap madam sepi....hahahaha

ya lah madam sepi lah...yg mulut longkang itu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2014 06:44 PM | Show all posts
Hadith memecahkan orang yang tak nak percaya hadith supaya keluar dari Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 11:07 PM | Show all posts
Qur'an pulak kata kita kena reject hadith selain Qur'an itu sendiri

QS 45:6
"These are the communications of Allah which We recite to you with truth; then in what announcement (hadith) would they believe after Allah and His communications?"

"Itulah ayat-ayat Allah yang Kami membacakannya kepadamu dengan sebenarnya; maka dengan perkataan (hadith) manakah lagi mereka akan beriman sesudah (kalam) Allah dan keterangan-keterangan-Nya."

So the only hadith to follow is the Qur'an itself.

Ayat kat atas tu so CLEAR, takleh percaya hadith lain (selain Qur'an), tapi ayat ni mesti kena reject oleh pengikut hadith, kerana mereka MESTI ikut source lain selain Qur'an. Mereka lebih percaya Bukhari dan gengnya yg berasal dari Persia.

So nak kata yg tolak "hadith" tu keluar dari Islam takpelah, Allah pulak kata sebaliknya. Saya hanya takutkan Allah.

Last edited by kid on 18-11-2014 11:09 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 11:28 PM | Show all posts
Qur'an pulak kata kita kena reject hadith selain Qur'an itu sendiri

QS 45:6
"These are the communications of Allah which We recite to you with truth; then in what announcement (hadith) would they believe after Allah and His communications?"

"Itulah ayat-ayat Allah yang Kami membacakannya kepadamu dengan sebenarnya; maka dengan perkataan (hadith) manakah lagi mereka akan beriman sesudah (kalam) Allah dan keterangan-keterangan-Nya."

So the only hadith to follow is the Qur'an itself.

Ayat kat atas tu so CLEAR, takleh percaya hadith lain (selain Qur'an), tapi ayat ni mesti kena reject oleh pengikut hadith, kerana mereka MESTI ikut source lain selain Qur'an. Mereka lebih percaya Bukhari dan gengnya yg berasal dari Persia.

So nak kata yg tolak "hadith" tu keluar dari Islam takpelah, Allah pulak kata sebaliknya. Saya hanya takutkan Allah.

amat bersetuju dengan awak....

Tambahan

Al-An'am 106
"Follow, [O Muhammad], what has been revealed to you from your Lord - there is no deity except Him - and turn away from those who associate others with Allah"

"Ikutilah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu; tidak ada Tuhan selain Dia; dan berpalinglah dari orang-orang musyrik"

dan

At-Taubah 31
"They have taken their scholars and monks as lords besides Allah , and [also] the Messiah, the son of Mary. And they were not commanded except to worship one God; there is no deity except Him. Exalted is He above whatever they associate with Him"

"Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan."


Last edited by ribut on 18-11-2014 11:35 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 11:32 PM | Show all posts
ribut posted on 18-11-2014 11:28 PM
amat bersetuju dengan awak....

Tambahan

Alhamdulillah... Allah Maha Penyayang.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 09:51 AM | Show all posts
ibnur posted on 18-11-2014 06:44 PM
Hadith memecahkan orang yang tak nak percaya hadith supaya keluar dari Islam.

Boleh keluar dari Islam ke? Kalau boleh, apasal kerajaan Malaysia tak nak bagi orang (Islam) tukar IC dgn sah supaya dia akan dikenali sbg bukan Islam?

Cakap memang senang - keluar Islam. Tetapi orang Islam tak berani implement kannya. Ini kerana mereka (orang Islam) tahu banyak yg akan keluar dari agama Arab ini kalau mereka (kerajaan) bagi peluang. Oleh itu kerajaan terus memerangkap mereka dlm keadaan spt "nak hidup tak ada jalan, nak mati pun tak ada jalan".
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2014 12:03 PM | Show all posts
ribut posted on 17-11-2014 03:31 PM
yang tu sy nmpk...tulah sy tanye Kenapa uols setuju hadith memecahkan umat manusia?

jadi apa  ...

yang tu sy nmpk...tulah sy tanye Kenapa uols setuju hadith memecahkan umat manusia?
jadi apa yang boleh menyatukan umat manusia?


bukan AL QURAN DAN HADITH yg memecahbelahkan umat islam
tapi manusia tu sendiri
masing2 hanya nak PEGANG PEGANGAN masing2 jeeee
seakan pegangan mereka tu yg betul
tu jeeeee

maca RASULLULLAH
semasa perang selepas perang badar dan ketika perang parit
NABI mendengar dan mengikut pendapat sahabatnya.................pandangan yg terbaik
bukan DIA cam diktator pun
tapi ramai tak mau ikut cara/jalan camni kannnnn
kuku besi lagi ada
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 12:13 PM | Show all posts
kid posted on 18-11-2014 11:07 PM
Qur'an pulak kata kita kena reject hadith selain Qur'an itu sendiri

QS 45:6

QS 45:6
"Itulah ayat-ayat Allah yang Kami membacakannya kepadamu dengan sebenarnya; maka dengan perkataan (hadith) manakah lagi mereka akan beriman sesudah (kalam) Allah dan keterangan-keterangan-Nya."

So the only hadith to follow is the Qur'an itself.
Ayat kat atas tu so CLEAR, takleh percaya hadith lain (selain Qur'an), tapi ayat ni mesti kena reject oleh pengikut hadith, kerana mereka MESTI ikut source lain selain Qur'an. Mereka lebih percaya Bukhari dan gengnya yg berasal dari Persia.
So nak kata yg tolak "hadith" tu keluar dari Islam takpelah, Allah pulak kata sebaliknya. Saya hanya takutkan Allah.


HADITH kan maksudnya KATA-KATA/UCAPAN/CERITA
jadi HADITH ALLAH......AL QURAN dan HADITH QUDSI,  betulkan
HADITH NABI........kata2 NABI
HADITH SYAITAN......selain dr yg dua-dua ni leee kannnnnn

NABI kena BERHADITH - kerana ramai yg tak faham
   (sekarang pun- buku hadith depan mata pun tak faham2 lagi)
   dan dlm riwayat juga NABI larang para sahabatnya bertanya
   dan para sahabat ni berharap agar ada arab dusun yg cerdik2 tanya soalan
      

pertanyaan???..........
boleh ke bawa AL QURAN tu sendiri2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2014 05:21 PM | Show all posts
yups... memang hadith memecahbelahkan manusia...

HADITH = FITNAH AKHIR ZAMAN
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 09:12 PM | Show all posts
kid posted on 18-11-2014 11:07 PM
Qur'an pulak kata kita kena reject hadith selain Qur'an itu sendiri

QS 45:6
"Itulah ayat-ayat Allah yang Kami membacakannya kepadamu dengan sebenarnya; maka dengan perkataan (hadith) manakah lagi mereka akan beriman sesudah (kalam) Allah dan keterangan-keterangan-Nya."
Jika keterangan-keterangan itu terdapat dalam Hadith, bolehkah kita menolak hadith?


Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 07:39 PM | Show all posts
mashimaru83 posted on 19-11-2014 09:12 PM
Jika keterangan-keterangan itu terdapat dalam Hadith, bolehkah kita menolak hadith?
Keterangan-keterangan itu ada dalam Qur'an itu sendiri bro.

Kalau Hadith selain Qur'an memang kena tolak bro.

Qur'an:
- 31:6 Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita (hadith) dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan(dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah ...
- 45:6 .. maka dengan perkataan (hadith) manakah lagi mereka akan beriman sesudah (kalam) Allah (Qur'an)...
- 7:185 ..Maka kepada berita (hadith) manakah lagi mereka akan beriman sesudah Al Quran itu?
- 77:50 Maka kepada perkataan (hadith) apakah selain Al Quran ini mereka akan beriman?

So baca ayat kat atas tu, hadith sebenar tu hanya Qur'an sahaja. Hadith selain Qur'an kena tolak.

Macamana bro?
Last edited by kid on 22-11-2014 07:52 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 08:49 PM | Show all posts
kid posted on 22-11-2014 07:39 PM
memang kena tolak bro.

Qur'an:
Bergantung juga bro.

1) 31:6. Pengertian hadith itu meluas. Apabila disebutkan 'hadith' dlm ayat Al-Quran, tak semestinya ianya membawa maksud hadith Nabi Muhammad saw. Ayat ini langsung tidak menyebut 'cerita-cerita' tersebut sebagai hadith Baginda saw, jadi bagi saya ianya adalah tidak relevan.

kid
- 45:6 .. maka dengan perkataan (hadith) manakah lagi mereka akan beriman sesudah (kalam) Allah (Qur'an)...
- 7:185 ..Maka kepada berita (hadith) manakah lagi mereka akan beriman sesudah Al Quran itu?
- 77:50 Maka kepada perkataan (hadith) apakah selain Al Quran ini mereka akan beriman?
2) 45:6, 7:185, 77:50. Jika bro ambil secara literal ayat-ayat ini tanpa meletakkan konteks yg tepat, bro akan terperangkap dalam hujah bro sendiri. Jika semua 'perkataan' selain daripada yg dalam Al-Quran menjadi isu, bagaimana dgn post bro dalam forum cari ini, bukankah ianya mengandungi perkataan yg bukan terdapat dalam Al-Quran? Kenapa 'hadith yg bercakap mengenai Islam' itu ditolak tetapi 'post bro yg bercakap mengenai Islam' dibolehkan oleh bro sedangkan kedua-duanya mengandungi perkataan-perkataan yg bukan daripada Allah swt?


Last edited by mashimaru83 on 22-11-2014 09:06 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 01:29 AM | Show all posts
Bro mashimaru

2) 45:6, 7:185, 77:50. Jika bro ambil secara literal ayat-ayat ini tanpa meletakkan konteks yg tepat, bro akan terperangkap dalam hujah bro sendiri. Jika semua 'perkataan' selain daripada yg dalam Al-Quran menjadi isu, bagaimana dgn post bro dalam forum cari ini, bukankah ianya mengandungi perkataan yg bukan terdapat dalam Al-Quran?

Bro.. you confuse "perkataan" tu terjemahan penterjemah,  sepatutnya penterjemah tarok "hadis" kat situ.

Semua "perkataan" dalam ayat tu sebenarnya "hadith" dalam bahasa Arabnya, cuba cek semua ayat tu bro.

45:6 Tilka ayatu Allahinatlooha AAalayka bilhaqqi fabi-ayyi hadeethinbaAAda Allahi waayatihi yu/minoon
7:185 .. AAasaan yakoona qadi iqtaraba ajaluhum fabi-ayyi hadeethinbaAAdahu yu/minoon
77:50 Fabi-ayyi hadeethin baAAdahuyu/minoon

So kita tengah bercakap pasal hadith, bukan perkataan. Perkataan tu just interpretation penterjemah semasa convert "hadith" ke dalam bahasa Melayu.
"Perkataan" aku dalam forum ni pulak bukan hadith bro, kalau nak ambik secara literal. Last edited by kid on 23-11-2014 01:31 AM

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 07:13 AM | Show all posts
kid posted on 23-11-2014 01:29 AM
Bro mashimaru

Jika bro katakan 'hadith -> perkataan/cerita' itu adalah translasi penterjemah sahaja, bagaimana bro boleh tahu 7:185 dan 77:50 itu merujuk kepada Al-Quran? Walhal perkataan yg digunakan adalah 'hadith' dan bukannya Al-Quran dalam dua ayat tersebut?

Rasanya bro sam ada tanya soalan seperti ini: apakah maksud hadith berlandaskan Al-Quran?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 11:22 AM | Show all posts
mashimaru83 posted on 23-11-2014 07:13 AM
Jika bro katakan 'hadith -> perkataan/cerita' itu adalah translasi penterjemah sahaja, bagaimana b ...

Bro mashimaru,

memang selama ni hadith tu selalu identik dengan hadith nabi, tak ramai umat Islam yang tahu bahawa Quran adalah ahsanal hadith, yaitu hadith terbaik.

39:23 Allahu nazzala ahsana alhadeethikitaban mutashabihan mathaniya ....
Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan (hadith) iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain...

Quran itu adalah hadith Allah, hadith terbaik.

77:50 .. maka kepada hadith yang mana lagi, sesudah (Quran) itu, mereka mahu beriman?

ayat ni mencabar sesiapa yang nak ikut hadith selain Quran.

Walhal nabi Muhammad tak pernah authorize mana mana kitab hadith, nabi mesti paham hanya Quran sahaja kitab hadith sebenar.

so bro nak beriman kepada hadith mana?



Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 10:15 PM | Show all posts
kid posted on 23-11-2014 11:22 AM
Bro mashimaru,

memang selama ni hadith tu selalu identik dengan hadith nabi, tak ramai umat Isl ...
kid:
Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan (hadith) iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain...
Ya, saya setuju Al-Quran itu adalah sebaik-baik perkataan, tetapi ayat tersebut tidak membawa maksud Hadith Baginda s.a.w. 'tidak baik' ataupun harus diketepikan. Dalam Al-Quran, ada dinyatakan Allah menjadikan manusia itu dgn sebaik-baik kejadian, tetapi adalah tidak tepat utk berinterpretasi bahawasanya haiwan/matahari/bulan/etc adalah seburuk-buruk kejadian. Apabila 'sebaik-baik' digunakan, tidak bermaksud yg lain secara automatiknya menjadi tidak baik ataupun buruk. Boleh jadi yg lain itu baik juga, tetapi sudah tentu ayat-ayat Allah yg paling terbaik. Jadi, 39:23 bukanlah ayat yg menyuruh kita menolak hadith Baginda s.a.w.

kid:
77:50 .. maka kepada hadith yang mana lagi, sesudah (Quran) itu, mereka mahu beriman?
ayat ni mencabar sesiapa yang nak ikut hadith selain Quran
Siapakah 'mereka' yg dimaksudkan itu? Adakah 'sesiapa' sahaja seperti yg bro katakan. Saya cadangkan bro lihat balik konteks ayat tersebut. Refer pada ayat-ayat sebelumnya.  
48: Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Taatlah dan kerjakanlah sembahyang", mereka enggan mengerjakannya.
49: Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (perintah-perintah Allah dan laranganNya)!
50: (Kalau mereka tidak juga mahu beriman kepada keterangan-keterangan yang tersebut) maka kepada perkataan yang mana lagi, sesudah itu, mereka mahu beriman?

Sudah tentu 'mereka' itu merujuk kepada mereka yg engkar perintah sembahyang (ataupun perintah-perintah Allah yg lain). Golongan yg berpegang pada Al-Quran dan hadith Baginda s.a.w. adalah golongan yg masih menunaikan sembahyang dan perintah-perintah Allah yg lain. Jadi, ayat tersebut bukanlah merujuk kepada golongan yg berpegang pada Al-Quran dan hadith, tetapi utk golongan yg menolak Al-Quran! Ini adalah berdasarkan ayat-ayat sebelumnya.

Secara logikalnya, jika golongan tersebut sudahpun menolak Al-Quran, apa gunanya mengikut hadith Baginda yg memberi penerangan praktik kepada Al-Quran, bukan? Jadi adalah tidak tepat utk dikatakan hadith dalam ayat tersebut merujuk kepada hadith Baginda yg berpaksikan Al-Quran kerana mereka sendiri sudahpun menolak Al-Quran.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Bro maahimaru,

Bro cakap pasal hadith baginda Muhammad, tolong tunjukkan mana ayat kata nabi Muhammad ada hadith?

Quran adalah sebaik baik hadith sebagaimana firman Allah. So aku tak kata hadith lain tak baik, ada yang baik ada yg tak baik, macam buku science, akhbar, magazine jugak, ada baim ada tak baik. Tapi takkan hadith buatan manusia sebaik Quran pulak?

Allah kata ikutlah sebaik baik hadith, yaitu Qur'an itu sendiri. dan tolak hadith lain. Ini Allah yang cakap bukan aku bro, apasal bro kata seolah-olah aku yang cakap?

So sebaik mana pun hadith lain, sahih macamanapun, dalam perkara aqidah tak boleh pakai bro. Tapi kalau perkara tak berkaitan aqidah boleh pakai lah, even buku lain macam buku science pun boleh pakai, tapi buku science tak leh pulak nak gantikan Quran. Macam tu pula hadith Bukhary, banyak yg baik, tapi macam buku science buku fiction jugak, takleh nak gantikan Quran. Quran pulak dah terang tak perlu buku buatan manusia nak terangkan.

So point aku, Allah dah bagi perintah untuk ikut ahsanal hadith, yaitu Quran itu sendiri.
Tapi kalau nak terus pakai hadith Bukhary and the gang yg konon datang dari nabi, terpulanglah.





Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 09:04 PM | Show all posts
kid posted on 24-11-2014 12:02 AM
Bro maahimaru,

Bro cakap pasal hadith baginda Muhammad, tolong tunjukkan mana ayat kata nabi Muha ...

Bro kid,
kid:
Bro cakap pasal hadith baginda Muhammad, tolong tunjukkan mana ayat kata nabi Muhammad ada hadith?
Seperti yg Bro terangkan, perkataan hadith wujud dalam Al-Quran dalam beberapa ayat. Antara ayat-ayat tersebut, para penterjemah membuat translasi 'hadith' sebagai 'perkataan' ataupun 'cerita'. Dalam Al-Quran itu sendiri memberitahu kita tugas Baginda adalah utk menyampaikan dakwah. Sudah tentu dalam proses berdakwah, Baginda akan bersuara/bercakap dan melontarkan 'perkataan-perkataan' perkhabaran. Perkataan-perkataan yg dilontarkan inilah yg menjadi sumber hadith yg kita ada pada masa kini. Tetapi memandangkan Bro mungkin tidak menerima translasi 'hadith' sebagai 'perkataan' ataupun 'cerita', saya cadangkan agar Bro bawa dulu pengertian 'hadith' daripada Al-Quran yg diguna pakai oleh Bro supaya kita berdua berada pada muka surat yg sama utk diskusi ini.


kid:
Quran adalah sebaik baik hadith sebagaimana firman Allah. So aku tak kata hadith lain tak baik, ada yang baik ada yg tak baik, macam buku science, akhbar, magazine jugak, ada baim ada tak baik. Tapi takkan hadith buatan manusia sebaik Quran pulak?
Mereka yg berpegang kepada Al-Quran dan Hadith tidak mengatakan hadith buatan manusia adalah sebaik Al-Quran. Saya berpendapat bro berhujah berpaksikan interpretasi yg tidak tepat. Apabila kami menerima hadith, bro tidak boleh berinterpretasi bahawasanya kami mengatakan hadith itu adalah sebaik Al-Quran, itu adalah interpretasi yg tidak tepat dan tersasar. Kami menerima kedua-duanya, tetapi sudah tentulah ayat-ayat Allah yg terbaik.

kid:
Allah kata ikutlah sebaik baik hadith, yaitu Qur'an itu sendiri. dan tolak hadith lain. Ini Allah yang cakap bukan aku bro, apasal bro kata seolah-olah aku yang cakap?
Tidak bro; 'tolak hadith lain' itu tidak wujud secara definitive dalam ayat-ayat yg dipost oleh bro. Itu adalah interpretasi bro ke atas ayat-ayat Allah sahaja. Bro tidak boleh menyamakan interpretasi bro sebagai 'Allah yg cakap' kerana interpretasi bro itu masih lagi ada keraguannya. Lihat contoh 77:50 yg digunakan bro.
kid
77:50 .. maka kepada hadith yang mana lagi, sesudah (Quran) itu, mereka mahu beriman?
ayat ni mencabar sesiapa yang nak ikut hadith selain Quran.
Sebenarnya ayat tersebut secara spesifik merujuk kepada mereka yg melanggar peraturan Allah (rujuk ayat 48, 49). Hadith Nabi s.a.w. adalah utk mereka yg mengikut perintah Allah. Jadi ayat ini bukanlah bermaksud melarang umat Islam yg menurut perintah Allah daripada mengikut hadith Nabi s.a.w. Oleh yg demikian, "Mencabar sesiapa yg nak ikut hadith selain Al-Quran" itu adalah sekadar interpretasi bro sahaja, yg mana ada keraguannya.

kid
So sebaik mana pun hadith lain, sahih macamanapun, dalam perkara aqidah tak boleh pakai bro. Tapi kalau perkara tak berkaitan aqidah boleh pakai lah, even buku lain macam buku science pun boleh pakai, tapi buku science tak leh pulak nak gantikan Quran. Macam tu pula hadith Bukhary, banyak yg baik, tapi macam buku science buku fiction jugak, takleh nak gantikan Quran. Quran pulak dah terang tak perlu buku buatan manusia nak terangkan.
Tiada siapa yg mahu gantikan Al-Quran. Saya tidak pasti kenapa bro beranggapan apabila hadith digunakan, maka ianya seolah-olah memberi anggapan 'sebaik Al-Quran', 'mahu menggantikan Al-Quran', etc. Anggapan sebegitu adalah tidak tepat dan tersasar. Bro memberi anggapan sebegitu walhal bro bukanlah dalam golongan yg berpegang pada hadith, mengapa?

Ya, memang Al-Quran itu sudah terang. Izinkan saya bertanya beberapa persoalan kepada bro:
1) Bro ada post ayat-ayat Al-Quran dan translasinya. Sila lihat balik translasi dari ayat-ayat yg dipost oleh bro, ada perkataan-perkataan yg diletak dlm kurungan. Mengapa penambahan kurungan itu perlu dilakukan dan mengapa bro boleh menerima penambahan tersebut dalam konteks 'Al-Quran itu sudah terang dan tidak memerlukan buku buatan manusia utk terangkan?
2) Siapakah pengterjemah Al-Quran (bahasa apa sekalipun) dari golongan yg tidak berpegang pada hadith? Boleh namakan pengterjemah tersebut atau sertakan penerbit terjemahan tersebut? Saya berminat utk melihat translasi Al-Quran daripada golongan yg tidak berpegang pada hadith ini.

Last edited by mashimaru83 on 24-11-2014 09:09 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 11:34 PM | Show all posts
Seperti yg Bro terangkan, perkataan hadith wujud dalam Al-Quran dalam beberapa ayat. Antara ayat-ayat tersebut, para penterjemah membuat translasi 'hadith' sebagai 'perkataan' ataupun 'cerita'. Dalam Al-Quran itu sendiri memberitahu kita tugas Baginda adalah utk menyampaikan dakwah. Sudah tentu dalam proses berdakwah, Baginda akan bersuara/bercakap dan melontarkan 'perkataan-perkataan' perkhabaran. Perkataan-perkataan yg dilontarkan inilah yg menjadi sumber hadith yg kita ada pada masa kini. Tetapi memandangkan Bro mungkin tidak menerima translasi 'hadith' sebagai 'perkataan' ataupun 'cerita', saya cadangkan agar Bro bawa dulu pengertian 'hadith' daripada Al-Quran yg diguna pakai oleh Bro supaya kita berdua berada pada muka surat yg sama utk diskusi ini.

1. Memang lah nabi menyampaikan ayat-ayat Quran dengan perkataan. Dan perkataan ini mestilah Qur'an. Nabi takkan bercakap selain Qur'an (dalam pasal agama). Nabi tak berani nak menokok tambah hukum agama.

Tetapi ada sebagian "sahabat" nabi ni yang menokok tambah perkataan nabi. "Sahabat yang munafik" ini yang cakap benda lain bila diaorang dah balik ke tempat masing-masing. Mereka menokok tambah perkataan nabi dan inilah asal hadithyang kita kenal hari ni, dah banyak tokok tambah.
Saya dah lupa ayat tu, nanti saya cari.

2. Tak kesah lah kalau nak kata hadith tu sebagai perkataan atau berita, saya boleh terima jugak . Sama saja. Hadith yang sekarang tu pun kan oral tradition, berasal dari perkataan mulut ke mulut. Bukan disampaikan dari tulisan macam Quran. So kalau bro lagi prefer translate ke perkataan saya boleh terima. So perkataan perkataan mana selain Quran bro nak ikut?

Ya, memang Al-Quran itu sudah terang. Izinkan saya bertanya beberapa persoalan kepada bro:
1) Bro ada post ayat-ayat Al-Quran dan translasinya. Sila lihat balik translasi dari ayat-ayat yg dipost oleh bro, ada perkataan-perkataan yg diletak dlm kurungan. Mengapa penambahan kurungan itu perlu dilakukan dan mengapa bro boleh menerima penambahan tersebut dalam konteks 'Al-Quran itu sudah terang dan tidak memerlukan buku buatan manusia utk terangkan?
2) Siapakah pengterjemah Al-Quran (bahasa apa sekalipun) dari golongan yg tidak berpegang pada hadith? Boleh namakan pengterjemah tersebut atau sertakan penerbit terjemahan tersebut? Saya berminat utk melihat translasi Al-Quran daripada golongan yg tidak berpegang pada hadith ini.

1. Kalau pasal kurungan tu pengikut hadith dan pengikut Quran sama je, dua dua letak kurung.
Saya selalunya tak tengok sangat dalam kurung tu kecuali untuk penegasan ayat tu.

2. Ada banyak terjemahan pengikut Quran sahaja bro, saya sendiri tak prefer mana-mana pun, saya selalu baca banyak banyak translation (4-5 translate English, termasuk translate Shakir, Yusuf Ali, Rashad Khalifa, Edi Yuksel, FreeMind, Sahih International, Muhammad Assad dan lainnya, tak mesti pengikut Quran), dana juga saya baca translate Melayu, Indonesia dan juga bacaan.com (pengikut Quran).

Kalau bro kata saya prefer satu translate bro mungkin silap.
Saya selalunya lebih pentingkan isi sebenar ayat tu, bukan siapa yg translate. Last edited by kid on 24-11-2014 11:44 PM

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 09:14 PM | Show all posts
kid posted on 24-11-2014 11:34 PM
1. Memang lah nabi menyampaikan ayat-ayat Quran dengan perkataan. Dan perkataan ini mestilah Qur'a ...
kid:
1. Memang lah nabi menyampaikan ayat-ayat Quran dengan perkataan. Dan perkataan ini mestilah Qur'an. Nabi takkan bercakap selain Qur'an (dalam pasal agama). Nabi tak berani nak menokok tambah hukum agama.
Secara logikalnya, apabila Nabi s.a.w menyampaikan suruhan solat, pastilah Nabi s.a.w. sendiri melakukan solatnya. Cara-cara Nabi s.a.w. melakukan solat inilah yg terdapat dalam Hadith. Bro sam ada bertanyakan soalan seperti ini di thread sebelah, tapi saya tidak nampak bro ada menjawabnya secara khusus. Bagaimanakah tatacara solat bagi org yg tidak mengikut Hadith? Daripada mana tatacara tersebut diketahui? Mungkin bro boleh jawab di thread bro sam itu kerana saya pun baca juga thread itu.

kid:
2. Tak kesah lah kalau nak kata hadith tu sebagai perkataan atau berita, saya boleh terima jugak . Sama saja. Hadith yang sekarang tu pun kan oral tradition, berasal dari perkataan mulut ke mulut. Bukan disampaikan dari tulisan macam Quran. So kalau bro lagi prefer translate ke perkataan saya boleh terima. So perkataan perkataan mana selain Quran bro nak ikut?
Al-Quran itupun bermula dgn oral tradition dan kemudiannya ditulis atas lembaran. Apakah permasalah oral tradition? Mengapa Al-Quran diterima oleh bro tetapi tidak Hadith? Mmm.. maaf saya katakan, saya tidak nampak jawapan objective daripada bro setakat ini. Ayat-ayat Al-Quran yg bro bawa pula adalah berdasarkan interpretasi bro sahaja dan bukanlah secara definitive bahawasanya Allah melarang kita daripada mengikut Hadith Nabi s.a.w.

Saya tidak mempunyai masalah utk mengikut perkataan-perkataan lain (buku agama, Hadith, daripada mulut org lain) selagi mana perkataan-perkataan itu sejajar dgn ajaran Al-Quran. Hanya kerana ianya dari mulut ke mulut, tidak semestinya ianya salah dan harus ditolak ketepi tanpa mendengar/mengkaji apa yg keluar daripada mulut ke mulut itu.

kid:
1. Kalau pasal kurungan tu pengikut hadith dan pengikut Quran sama je, dua dua letak kurung.
Saya selalunya tak tengok sangat dalam kurung tu kecuali untuk penegasan ayat tu.
Kenapa Quranist menggunakan kurungan? Bukankah itu penambahan?

kid:
2. Ada banyak terjemahan pengikut Quran sahaja bro, saya sendiri tak prefer mana-mana pun, saya selalu baca banyak banyak translation (4-5 translate English, termasuk translate Shakir, Yusuf Ali, Rashad Khalifa, Edi Yuksel, FreeMind, Sahih International, Muhammad Assad dan lainnya, tak mesti pengikut Quran), dana juga saya baca translate Melayu, Indonesia dan juga bacaan.com (pengikut Quran).
Di antara penterjemah-penterjemah yg bro katakan ini, yg mana satu adalah golongan Quranist (yg tidak mengikut Hadith)?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.131610 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list