CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: achik2009

All About Nora Danish ~ Versi 26

 Close [Copy link]
Post time 14-11-2014 01:47 PM | Show all posts
aik..rayqal bergamba gitu pun bleh kata perangai x semenggah? apa yg x semenggah nya? sila huraikan.. dop paham..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2014 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
AinHazwan posted on 14-11-2014 01:41 PM
Check in..hehe' just nk ckp Nowa sgt gojes cantik cun dekat majlis safi rania gold tu.. nak kata bj  ...

Ye uolss nora ttp cantik mcm selalu. Baju mmg ketat pon sampai cheta pon dimuliakan sbb nak hencap nora padahal sebelom2 ni bernanah mata deols tgk ketet cheta sambil cerca...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 01:53 PM | Show all posts
noradanishKOSMO today. Terima kasih Haryati Karim Dengan Penulisan yg menarik. Dapat kan. 💋



Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 02:01 PM | Show all posts
yinfenglee posted on 14-11-2014 01:43 PM
Awat anak dia ni makin perangai x semenggah .. baru jer mak kata jgn ajar dia cara didik anak ...t ...

u ni asyik merempan2 kat sini kenape yer...
suka hati diala nak ajar anak dia macamana pun...
qal ni kan masih budak2...bukan dia buat perangai tak senonoh
atau kurang ajar dgn mummy dia pun...
mintak maafla ye kalau terkasar bahasa...
u tak boleh nak paksa org ikut telunjuk u.....

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 02:02 PM | Show all posts
bagus ND menjadik idola remaja2 lepasan spm yang dah plan nak g bercuti bersama pasangan masing2 lepas penat study..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 02:05 PM | Show all posts
set safi rania gold & diamond


Nora Danish



Rozita Che Wan





Ziana Zain




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2014 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
darly posted on 14-11-2014 02:01 PM
u ni asyik merempan2 kat sini kenape yer...
suka hati diala nak ajar anak dia macamana pun...
qa ...

Sesedap mulut mengata anak org tak semenggah. Harapnya anak2 dia or kalo belom ade anak adikberadik dia semua perangai molekla hendaknya.. ..but i really doubt that!..
Tak salah being a haters pada retis tp cerca sampai takde kesudahan serba serbi tak kene sgtla menampakkan diri sendiri yg saiko dan sakit otak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
sepatmasin posted on 14-11-2014 02:02 PM
bagus ND menjadik idola remaja2 lepasan spm yang dah plan nak g bercuti bersama pasangan masing2 lep ...

U.. kalau sendiri yg buat salah kenapa nak letak salah pada bahu org lain.. sorila aiols tak baper paham maksud uols tulis ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2014 02:13 PM | Show all posts
pertai posted on 14-11-2014 01:53 PM
Ye uolss nora ttp cantik mcm selalu. Baju mmg ketat pon sampai cheta pon dimuliakan sbb nak hencap ...

zz pun pakai baju ketat jgak...
tp takder org kutuk pun...

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 02:14 PM | Show all posts
Jangan ganggu kebahagiaan Nora
Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my



Bahagia. Itulah ucapan yang terkeluar daripada mulut pelakon jelita Nora Danish saat ditanya tentang kehidupannya hari ini.

Sibuk bekerja di set penggambaran, mendidik anak tunggalnya Putera Rayqal Ramli, 5, dan menjadi kekasih hati Nedim Nazri melengkapkan rutin hidup wanita berusia 32 tahun itu.

Bagaimanapun, hubungan baiknya dengan bekas keluarga mertua sering disalah erti dan ada pihak yang menganggapnya terhegeh-hegeh dengan mereka. Walhal hubungan kekeluargaan mereka tidak pernah putus meskipun Nora tidak lagi bergelar menantu kepada keluarga Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Raja Puan Sri Datuk Noorasyikin Raja Abdullah itu.

Bukan itu sahaja, hubungannya dengan bekas suami Rizal Ashram Ramli atau Jejai serta isterinya, pelakon Fasha Sandha juga baik. Justeru, Nora berharap kebahagiaan mereka semua tidak diganggu gugat oleh pihak lain yang tidak senang dengan hubungan baik mereka, “Orang boleh komen apa sahaja di Instagram saya, ada yang puji dan ada yang kutuk. Jika sentuh tentang diri saya sahaja, saya tidak kisah.

“Namun, tidak perlulah membangkitkan isu yang saya terhegeh-hegeh dengan keluarga mertua. Walaupun saya dan bekas suami sudah berpisah tetapi mereka tetap keluarga saya. Tidak salah untuk saya berkongsi kasih sayang dengan mereka.

“Mungkin dahulu kami mempunyai masalah tetapi hari ini, kami semua bahagia dengan kehidupan masing-masing. Jadi, tolonglah jangan ganggu kebahagiaan kami semua,” ujar Nora tegas.


NORA DANISH berharap agar semua pihak boleh bersabar untuk melihat dia kembali mendirikan rumah tangga. Kata Nora, kegagalan pernikahan lampau membuatkan dia dan kekasihnya, Nedim mengambil langkah berhati-hati untuk bernikah.


Tambah Nora, selain ibu dan adik-beradiknya, keluarga bekas suami merupakan keluarganya di Malaysia kerana semua saudaranya berada di Myanmar.

“Sudah bertahun-tahun rutin hari raya saya di rumah keluarga bekas mertua, tidak mungkin saya mengubah tradisi itu.

“Sungguhpun begitu, saya faham Fasha juga memerlukan ruang sebagai menantu baharu dalam keluarga itu, jadi saya tidak perlu selalu ada bersama mereka. Jika ada acara yang penting dan memerlukan kehadiran saya, pasti saya akan datang,” luah Nora.

Sambung bintang filem Bencinta itu, anaknya Rayqal merupakan penyambung kepada keakraban dia dan keluarga bekas suami.

“Rayqal merapatkan hubungan kami semua. Walaupun hak penjagaan diberi kepada saya tetapi Rayqal akan tinggal secara bergilir di tiga buah rumah iaitu rumah saya, Jejai dan bekas keluarga mertua.

“Jadi, kami selalu berhubung. Terbaharu, apabila Fasha melahirkan anak keduanya, Rayqal antara orang yang paling teruja. Walaupun dia agak manja tetapi dia langsung tidak cemburu sebaliknya cukup sayang dengan dua orang adik tirinya itu,” ulasnya.


NORA kini menjadi wajah baharu produk kecantikan Safi Rania.


Bercuti di Bali


Nora yang baru sahaja pulang daripada penggambaran video muzik lagu terbaru penyanyi Nomad di Bali, Indonesia pada minggu lalu, dilihat tidak dapat berenggang daripada kekasihnya, Nedim.


Kekasihnya itu turut mengiringi Nora ke Bali. Ujarnya, sambil bekerja mereka mengambil kesempatan untuk bercuti memandangkan Bali merupakan destinasi kegemaran mereka berdua.


“Sebenarnya saya pergi selama tiga hari untuk penggambaran video muzik lagu terbaharu Nomad yang kebetulan menjadi lagu tema untuk telefilem Cikgu Timah lakonan saya.


“Kebetulan ke Bali, Nedim mengambil peluang menemani saya kerana kami memang sukakan Bali. Sambil bekerja, kami bercuti sekali. Kami berdua sangat sibuk, jadi kami terpaksa mencari ruang untuk berjumpa.Peminat boleh lihat gambar kami di Bali di akaun Instagram saya, tidak ada apa yang mahu saya sembunyikan,” tutur bintang drama Puteri itu lagi.


Apabila disoal bilakah mereka bakal ke jinjang pelamin, sambil tersipu malu, Nora menjawab, perkahwinan bukan perkara yang kecil. Dia harus benar-benar bersedia sebelum membawa hubungan cinta itu ke fasa yang seterusnya.


“Saya pernah gagal dalam perkahwinan, begitu juga Nedim. Jadi, sebelum membawa hubungan ini ke peringkat yang lebih jauh biarlah kami benar-benar bersedia terlebih dahulu.


“Sekarang, masing-masing sedang sibuk dengan kerjaya dan anak saya juga perlukan perhatian yang lebih. Jika ada jodoh, kami akan berkahwin juga suatu hari nanti,” katanya.


Beri Hanez peluang


Sebelum ini, Nora ada memuat naik beberapa keping gambar bersama pelakon Hanez Suraya di Instagramnya. Gambar itu diambil pada hari pertama penggambaran telefilem Cikgu Timah yang dibintangi mereka berdua.


Malangnya, sehari selepas penggambaran dan gambar itu dimuat naik, dikhabarkan Hanez terpaksa digugurkan daripada telefilem itu. Katanya, Hanez digugurkan kerana bimbang kontroversinya bakal memberi impak negatif terhadap rating drama tersebut yang akan disiarkan di Astro First.
Nora yang tidak menyedari hal berkenaan terkejut dengan berita tersebut dan menyangka gambar yang dimuat naik olehnya menjadi punca Hanez digugurkan daripada drama berkenaan.


“Saya terkejut apabila diberitahu yang kami harus melakukan penggambaran semula kerana Hanez terpaksa digugurkan daripada drama itu. Saya rasa bersalah kerana apabila membaca komen di Instagram, terlalu banyak komen yang negatif. Sangkaan saya, gambar itulah yang menjadi punca Hanez digugurkan, sebenarnya tidak, kerana itu keputusan pihak stesen televisyen bukannya produksi,” kata Nora.


Sedih dengan perkara tersebut, Nora berharap Hanez diberi peluang untuk kembali mewarnai dunia lakonan sementelah dia merupakan seorang pelakon yang bagus.


“Saya sungguh gembira apabila jumpa dengannya di set penggambaran, bagi saya dia seorang pelakon yang bagus. Saya harap berilah dia peluang kerana dia pun sudah menyesal dengan apa yang berlaku,” balas Nora.




AKRAB dengan bekas mertua, kata Nora silaturahim yang telah terjalin akan dijaga sebaik mungkin, bukan untuk mengambil kesempatan atau tidak dapat meneruskan kehidupan sendiri.


Idam Anugerah


Beralih bicara kepada kerjayanya, khalayak mungkin melihat, Nora hanya ‘menjual’ wajah cantiknya sebagai tarikan untuk filem dan drama lakonannya.


Sepuluh tahun bergelar pelakon, Nora yang sudah membintangi 15 buah filem dan puluhan drama masih tertinggal sesuatu, iaitu anugerah.


“Saya rasa semua pelakon mempunyai impian yang sama. Tipulah jika tidak mahu anugerah. Selama 10 tahun jadi pelakon, saya mengidam untuk terima anugerah kerana kualiti lakonan saya.


“Ya, dahulu saya mengaku tidak diberi kepercayaan untuk watak yang berat, tetapi hari ini senarionya telah berubah. Saya juga berusaha keras untuk memperbaiki mutu lakonan bukan sekadar jual wajah. Tidak kisah anugerah apa sekali pun asalkan ia mengiktiraf bakat lakonan saya,” akui Nora penuh jujur.

Akuinya, sejak berada di bawah pengurusan pihak Metrowealth (MIG), bakat Nora lebih dipercayai apabila dia diberi peluang untuk menggalas watak yang berat dan sarat dengan emosi.


“Memang saya akui, sebelum ini saya hanya dikenali dengan watak ringan dan comel sahaja. Cuma sejak kebelakangan ini, saya diberi peluang untuk melakonkan watak berat.


“Saya kira, itu satu pencapaian yang baik sepanjang 10 tahun dalam industri seni. Jika boleh, saya mahu lakukan yang lebih baik dalam lakonan kerana peminat hari ini bijak menilai. Jika mahu bertahan lama, kualiti lakonan harus dijaga,” ujar Nora.



Last edited by LDP on 14-11-2014 02:23 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
darly posted on 14-11-2014 02:13 PM
zz pun pakai baju ketat jgak...
tp takder org kutuk pun...

Ramai retis suka baju macam balot tubuh cuma nora deolss pandang nasik lemak nye aje.. dh xlalu nak sebut k*t** lg dah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 02:16 PM | Show all posts
pertai posted on 14-11-2014 01:29 PM
Udah dipesan momod yip semalam pon siang ni masih jugak menempel luah perasaan...dasar tak dengar  ...

itu la kata, gigih bebenorrrr..ibarat tentera kamikaze berani mati punya demi pasah.... wadde/???
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 02:18 PM | Show all posts
pertai posted on 14-11-2014 02:16 PM
Ramai retis suka baju macam balot tubuh cuma nora deolss pandang nasik lemak nye aje.. dh xlalu na ...

sbb nora masih muda tu yg nampak fresh kalau dibandingkan dgn rcw n zz...

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 02:19 PM | Show all posts
ira_229 posted on 14-11-2014 12:56 PM
baik t*t*k mantap dari t*t*k juling..1 ke barat & 1 ke timur... lepas tu tengah2 ada runway...hehe ...

uli dah betul tapi salah teknik kot... klu nak gebu cer try produk Nora yg Sure White compom mantap
Nora dah try tu la hasilnye...
   
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 02:20 PM | Show all posts
noradanishSafi Rania Gold. Sebuah Jenama yg melengkapkan impian kecantikan setiap wanita di Malaysia. ❤️ #safiraniamalaysia #safiraniagoldmalaysia #srgnora



Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
LDP posted on 14-11-2014 02:14 PM
Jangan ganggu kebahagiaan Nora
Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my

Tenang2 je stetmen nora xde nak burukkan sapa2..btw adik2 rayqal tu adik kandong bkn adik tiri. Qal blh walikn cahaya tu kalo nk kawen sok tp fal lebih afdhal. Jj xyah komenla dh tntu apaknya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2014 02:29 PM | Show all posts
AinHazwan posted on 14-11-2014 01:47 PM
aik..rayqal bergamba gitu pun bleh kata perangai x semenggah? apa yg x semenggah nya? sila huraikan. ...

jangan dilayan si bodoh...bebal...kaki provoke..yg tak boleh diajar sebab tahap umur dia dah tak masuk ilmu tu...just enjoy benang nora si cantik manis..

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 02:29 PM | Show all posts


                                                                       


Nora Danish Nafikan Hubungan Dengan Nedim Nazri Kini Retak
Oleh RotiKaya
12 November 2014, 5:11AM            
                                                                                                                 



                                             

                                                                                                                                   
                                                                        
Duta baru produk Safi Rania Gold, Nora Danish menjelaskan yang hubungannya bersama Nedim Nazri masih seperti sedia kala dan menafikan apa yang diperkatakan oleh orang ramai mengenai gambar di laman sosial Instagramnya yang berkapsyen “The End‘ yang bermaksud dia telah putus hubungan bersama kekasihnya itu.

Tetapi apa yang menghairankan di sini, dia tidak mengetahui langsung akan perkara tersebut dan apabila diajukan soalan ini dia hanya mampu tergelak sambil tersenyum sahaja.


“Saya tak perasan patutlah komen- komen kat Instagram tanya betul ke saya dah break. ‘The End’ itu bermaksud ‘The End of That Night’, mungkin orang salah faham. Apa yang penting di sini saya tidak akan meluahkan perasaan di media sosial sekiranya ‘break’ atau bergaduh”


“Cuma saya guna kapsyen di media sosial untuk luahkan rasa rindu terhadap Rayqal bila kadang kadang dia tinggal di rumah lain,” jelasnya sambil ketawa.


Nora turut memberitahu bahawa Rayqal kini sudah masuk ke darjah satu di sekolah antarabangsa. Dia sebagai seorang ibu agak berdebar kerana melihatkan anaknya yang sudah membesar. Baru-baru ini apa yang mencuit hati Nora apabila putera sulungnya itu meluahkan hasrat mahukan adik.


“Rayqal masuk sekolah antarabangsa darjah 1. Mula-mula itu saya agak cuak kerana terlalu awal walaupun usianya baru sahaja 5 tahun. Tetapi tidak menjadi masalah untuk saya kerana apa yang diberikan oleh sekolah tersebut satu diari untuk ibubapa memantau prestasi anak-anak setiap hari”
“Jadi saya boleh tahu apa kerja sekolah dia hari ini dan begitu juga dengan pelajaran mana yang dia mahir dan sebaliknya. Dia juga ada suruh saya melahirkan seorang bayi. Katanya dia mahu adik dan suruh saya gemuk dan tak perlu diet,” katanya sambil tersenyum.


Selepas pulang dari penggambaran video klip bersama Nomad di Bali, kini dia dilantik pula menjadi duta kepada produk kecantikan ternama Malaysia Safi Rania Gold. Sebelum ini selebriti terkenal yang pernah menjadi duta ialah Rozita Che Wan. (rtky/hfz)


Last edited by LDP on 14-11-2014 02:32 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
rnh nd yg lpas pun x khatam lg.dh ada rmh bru.cayalah nd lovers..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 02:31 PM | Show all posts
arasham posted on 14-11-2014 12:12 PM
dia dah hadap lebih teruk dari tu kan shin..
org lama taulah.. tak herannya  dia dgn  benda gi ...

salam jumaat kak ara
kalau tak dapat apa yg kita suka, sukalah apa yg kita dpt... ada rahsia Allah yg kita tak tahu.
yang baik tidak semestinya baik dan yg buruk tak semestinya buruk...


tepat sekali kak, shin setuju

kak dar mmg lar otai segala otai kan kak, takda nya dia heran sgt orang dok kutuk2 dia, sebari kak dar tulis berpage2 geng rumah sebelah balas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.251080 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list