CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2182|Reply: 2

Penduduk Cemas, Kelibat Harimau Dikesan Di Paris

[Copy link]
Post time 14-11-2014 06:43 PM | Show all posts |Read mode

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PARIS: Kelibat seekor harimau yang merayau-rayau di sekitar daerah Seine-et-Marne menimbulkan suasana tidak tenteram di kalangan penduduk kawasan itu.
Haiwan itu dipercayai terlepas dari Disneyland Paris yang terletak tidak jauh dari situ.
[size=0.98em]Kehadiran sang belang itu dikesan di tempat letak kereta di sebuah pasar raya, sebelum merakam pergerakan haiwan itu dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.
[size=0.98em]
[size=0.98em]Susulan itu, polis dan pasukan bomba Perancis terpaksa dikerah untuk menjejaki haiwan itu, termasuk menggunakan helikopter.



[size=0.98em]Penduduk bandar Montevrain kemudiannya memaklumkan pada laman Facebook mereka bahawa harimau itu dikesan berada di situ.
[size=0.98em]"Haiwan itu ada di dalam belukar di belakang gelanggang tenis dan padang bola yang terletak hanya sembilan kilometer dari taman tema itu," katanya.
[size=0.98em]Pihak berkuasa bandar dalam satu kenyataan berkata, polis dan pasukan penyelamat sudah berada di lokasi dan membuat kepungan menutup kawasan tersebut dan menasihatkan orang ramai tidak menghampiri kawasan tersebut. - AFP

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2014 09:01 PM | Show all posts
Bahaya juga tu... Sekali di serangnya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 11:02 PM | Show all posts
Macamane la boleh terlepas tu.. Bahaya kalau dia serang orang awam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.071641 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list