CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2187|Reply: 3

Russia tuntut Perancis serah kapal perang

[Copy link]
Post time 15-11-2014 11:15 PM | Show all posts |Read mode
Moscow: Russia semalam memberi amaran kepada Perancis mengenai kesan serius yang akan berlaku kecuali Paris tidak menyerahkan kapal perang yang ditempahnya menjelang akhir bulan ini.



Penyerahan kapal perang kelas Mistral itu ditangguhkan kerana kebimbangan mengenai pembabitan Moscow dalam krisis di Ukraine.
“Kami menyediakan pelbagai senario. Kami menanti hingga akhir bulan ini sebelum mengemukakan tuntutan serius,” lapor agensi berita Ria Novosti, memetik satu sumber peringkat tinggi di Moscow.



Kapal pertama daripada dua kapal pengangkut helikopter itu sepatutnya diserahkan semalam, menurut perjanjian asal yang ditandatangani pada 2011.
Russia membeli kedua-dua kapal berkenaan dengan harga AS$1.5 bilion (RM5 bilion).


Bagaimanapun, ekoran krisis Ukraine dan kemerosotan mendadak hubungan Barat dengan Russia, Perancis berdepan dengan tekanan daripada sekutunya, khususnya Amerika Amerika Syarikat untuk menunda penyerahan kapal berkenaan.


Sumber Moscow itu berkata, pakarby kini menilai kesan yang ditanggung oleh Russia akibat penundaan itu dan ia akan diumumkan secara terbuka.
“Jumlah itu tidak akan dirahsiakan,” kata sumber itu. - Agensi


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2014 11:58 PM | Show all posts
... cancel aja.. demand compensation .. patah riuk pranchis.. duit banyak kuar
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 08:38 AM | Show all posts
hydrocloric posted on 15-11-2014 11:58 PM
... cancel aja.. demand compensation .. patah riuk pranchis.. duit banyak kuar

russian dah bayar dh. deposit dekat bank harimau, installment dh kena bayar, tapi kapal tak dapat lagi. ni kena report tribunal pengguna ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 10:27 PM | Show all posts
france dah serba salah skrg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.061220 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list