CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7928|Reply: 39

Pengakuan suami curang

[Copy link]
Post time 16-11-2014 02:54 PM | Show all posts |Read mode


PAGI ini, emel saya diketuk seorang pembaca yang meminta namanya dirahsiakan untuk berkongsi kisah rumah tangga.Kisah ini wajar dijadikan pedoman buat para isteri yang merasa cukup bahagia dengan layanan romantis suami. Usah terlalu merasa bahagia, jika anda sendiri belum mempercukupkan diri untuk si dia. Selama ini, dia tidak menyangka sungai rumah tangganya yang beralun lembut, aman damai, tenang di permukaan telah bergolak hebat di dasarnya, tanpa sedar...



Suami seorang yang penyayang dan romantis. Anak anak ketawa ceria... malah sebagai suri rumah tangga dia seorang isteri yang menjaga batas pergaulan termasuk aurat dan akhlak.

Suami selalu membuat kejutan. memberi hadiah dan kata senyuman, namun dia yang selalu berasa hebat dapat menjaga keperluan suami dan anak anak tidak sedar bahawa ada wanita lain yang telah membahagiakan suaminya sekali gus menjadikan lelaki itu amat romantik di rumah untuk menutup kesalahan...



Saya terjumpa kad hari lahir berbaur cinta. Berkali-kali saya mengugut suami untuk berterus terang dan akhirnya tembelang pun pecah.

“Ya, abang sayangkan dia! Dia janda dan abang dah terlanjur banyak kali!”

Ya ALLAH... saya terduduk dengan pengakuan itu... kenapa janda? kenapa bukan anak dara? kenapa mudahnya lupakan pengorbanan saya... apa salah saya? air mata mengalir deras. Saya rasa ingin rebah, suami cuba menongkah tapi saya pantas menepis.




Tiada kekuatan untuk saya teruskan langkah tapi saya gagahi jua sehingga ke bilik air untuk mengambil wuduk. Mak kata, kalau marah baca al-Quran. Kalau sedih solat sunat dan mengadu padaNYA.

Ya... Saya ingin mengadu... air mata saya mengalir laju walaupun sedang solat dan mengaji. Usai solat dan berdoa suami merebahkan kepalanya di ribaan saya. Dia merangkul pinggang saya dan mencium telapak tangan saya berkali-kali. Dia minta saya ampunkannya kerana menengking saya sebentar tadi. Dia akui terlalu marah kerana saya mendesak dan menjerit kepadanya.



Ya ALLAH, sesungguhnya lebih pada jerit ingin saya lakukan... S-aya ingin menetak suami dengan parang! Tapi saya tiada kekuatan. Hati saya hancur luluh. Saya kuatkan hati untuk bertanya...

“Berapa kali?”

“Banyak...”

“Sejak bila?”

“Sejak Mah mengandung Adan...”

Ya ALLAH... enam tahun lalu... kini Adan dah ada dua adik...

“Tak kahwin?”

“Tidak... abang sayangkan Mah...”

“Sayang?”

“Ya...”

“Ini tanda sayang?”

Soalan saya terbiar tanpa jawapan...

Saya tidak memandang wajah suami di ribaan, tidak juga mengelus rambutnya seperti kebiasaan dia bermanja dengan saya. Mata ini tidak berkedip. Saya melempar pandangan kosong ke dinding. Hati saya bungkam. Air mata tak mahu berhenti...



Minta terus terang

Saya minta suami terus terang kekurangan saya. Jika masih sayangkan perkahwinan kami dan mahu saya terus di sisinya, saya mahu tahu, apa kelebihan perempuan itu dan apa kekurangan saya. Suami menggelengkan kepala sesungguh hati. Mengongoi macam budak kecil. Dia seakan tahu yang saya mahu keluar dari rumahnya.

“Sepuluh tahun abang... sepuluh tahun Mah tertipu dengan permainan abang. Mah sangka rumah tangga kita aman dan bahagia. Rupanya Mah yang berangan-angan di rumah sendiri... abang tak bahagia dengan Mah... Abang cari lain-




“Tak! abang bahagia. Mah jaga abang dan anak-anak dengan baik... tak ada kurang satu pun... Abang tulis. Abang tulis apa yang abang tak suka tentang Mah. Abang tak sanggup nak kata tapi Mah janji jangan tinggalkan abang...”

Saya mengangguk. Saya tolak kepala suami dari ribaan dan melangkah longlai ke bilik anak-anak dengan telekung masih di kepala. Malam itu saya menangis di sisi anak-anak yang enak tidur. Entah bila saya terlelap langsung tak pasti.




Subuh lagi saya sudah bangun sediakan sarapan suami dan anak-anak. Saya kejut suami dan dia bangun seperti tiada apa-apa berlaku. Di hadapan anak-anak kami cuba berlagak biasa. Menjadi rutin, sebelum dia keluar menghantar anak ke sekolah saya bersalaman dan dia mengucup dahi saya; tapi pagi itu, saat ia hendak berlaku, saya palingkan muka. Saya tak mahu bibir yang pernah mencium wanita lain hinggap di dahi saya yang setia. Air mata melurut lagi.

Surat jadi penyebab

Saya tutup pintu dan saya menapak ke ruang tamu. Ada helaian kertas yang bertindih gelas kaca. Saya tahu itu pengakuan suami. Saya tarikh nafas dalam-dalam mencari kekuatan untuk membacanya. Dan isi surat suami, betul-betul buat saya rasa tertampar. Saya harap anda semua memahaminya. Jangan sesekali menyalahkan suami saya atau mana-mana lelaki yang pernah mencurangi anda juga. Ia fitrah seorang lelaki. Dan ia juga menjadi sebab untuk saya menerima dan memaafkannya.

Mah isteri abang yang solehah, isteri yang cantik... yang baik... dan ibu yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa...




Impian abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat... abang merayu sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima abang semula. Sebelum abang tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha untuk putuskan hubungan. Abang nekad, apa pun berlaku selepas ini, abang terima sebagai hukuman. Abang reda.. abang berdosa. Abang suami yang terkhilaf...

Mah...

Abang jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir. Muka Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran hitam. Abang menangis. Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi Mah lupa, kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling.

Sumpah Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga makan pakai abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga. Tapi Mah tak jaga diri Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan batin abang.




Kita kenal sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan abang. Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah lahirkan Adan, Mah biarkan kecantikan Mah hilang. Mah biarkan kuku Mah kecut.. rambut Mah busuk di sebalik tudung... kaki Mah bengkak dengan lemak... badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan wajah kusam dan tak bermaya. Abang lemah tengok Mah lemah... Abang bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri?




Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah, Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah. Kalau Mah sendiri tak menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh keyakinan masa Mah bekerja dulu? Mana pergi wanita pujaan abang yang penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu? Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan... dan Mah terimalah dengan lapang hati.




Mah... Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit. Abang minta ampun. Abang menyesal... Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona. Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang... abang tidak mampu menghalang.
Abang berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah sebagai seorang perempuan. Ampunkan abang... abang tak pergi kerja hari ini. Abang nak ke rumah ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang akan terima segala hukuman. Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam... abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai dirinya luar dan dalam... abang merayu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2014 03:15 PM | Show all posts
kenapa selepas 10 tahun baru nak mengaku itu ini?kwajaaaaa nya la laki ko ni mah....


Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 03:23 PM | Show all posts
lepas cantik cantik nanti jeles pulak bila ada mata mata lelaki lain tgk isteri. aihh lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 03:40 PM | Show all posts
Tipula... Mana ada laki belek kuku bini... Kuku kecut konon..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 03:42 PM | Show all posts
nampak cam alasan je...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 04:04 PM | Show all posts
sian kak mah..

alasan sebegitu jah??

sebelum2 ini laki tuh tak pernah cakap direct kah?

kak mahhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2014 04:05 PM | Show all posts
mcm nilah.

kalau nak isteri cantik kenalah spent bajet dan masa, bukan toron bini lepas tu harap bini jaga badan.

lelaki yang romen wanita luar selain isteri sendiri lelaki dayus. perempuan pula fikirlah panjang. jaga lah tubuh badan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Alasan bodo
X de sapa percaya pn
Kalau Bini dia pn caya
Mmg Bini pn sama mcm dia
X de akal punya org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2014 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab fizikal cari lain? Itu masih sihat...kalau sakit buang air kena tolong cuci, kaki berulat, agaknya ceraikan terus kot...

Apa lagi yang boleh diharap pada jenis suami mcm ni...suami sekadar pada nama...suami yg ada di waktu senang dan cantik...waktu buruk dan susah carik lain... mungkin hidup sorang lebih puas hati dari ada lelaki bernama suami dengan pendirian yang mcm ni....

Bersama selagi cantek........sedih betul...
Punyai peneman yang tak setia.....sama saja seperti tak berteman dari asalnya... Last edited by shahana on 16-11-2014 05:16 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 05:16 PM | Show all posts
Camne lak kalo bini  curang dgn alasan yg sama .... mah syg sgt kat abang ... tp bile mah tgk perot abang yg boroi, lbh besor dr pompuan ngandung 9 bulan .... bile mah tgk kepala abang yg botak licin sampai mah boleh buat cermin ... n mah tgk pulak pak din duda anak 11 ... walopon duda, walopon dah senja, lbh senja dr abang ..... tp bodi mantoooooppppppp ..... power ..... maafkan mah abang sbb mah tergoda ...... boleh gitu ....
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 05:40 PM | Show all posts
Kalau hati dah beralih arah macam2 alasan diberi....angkat kaki je mah..tinggal jantan xterpakai tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 05:49 PM | Show all posts
penipu betul laki ni... kalau betul sayangkan bini.. bole je ajak bini gi gym sama2..buat diet sama2...  tegur bini betul2.. bukan bini tak faham kalau suami ckp suruh kurus atau suruh cantik2...  kalau nak curang tu saja cari salah bini.. konon bini penyebab..padahal diri sendiri yang lemah iman..yang salah... berdosa besar.... keji betul jantan spesis ni.

isteri-isteri sekelian tolong jaga badan ye.. kalau nak kurus bole pm me...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
znuyul posted on 16-11-2014 03:42 PM
nampak cam alasan je...

Puiii... Alasan tahap dewa... Terus lemah jiwa wanita..  
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 06:49 PM | Show all posts
yang busuk tak reti jaga diri tu lah ko tala sampai keluar  3 org  anak
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 06:58 PM | Show all posts
missus_meow posted on 16-11-2014 05:16 PM
Camne lak kalo bini  curang dgn alasan yg sama .... mah syg sgt kat abang ... tp bile mah tgk perot  ...

harusss kena cerai...
isteri nusyuz tiada maaf bagi mu..





Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 07:41 PM | Show all posts
mangkuk corelle arcopal pyrex punya laki...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2014 09:11 PM | Show all posts
yang haram memang la cantik dan lazat belaka..
x kuat iman jantan nih
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 07:26 AM | Show all posts
Alasan ex laki janda tu apa pulak agaknya dulu2 .... ala yg dh cerai sbb curang tp janda kt laki gila talak tu.... adeh lawak pulak

hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 07:30 AM | Show all posts
Mah pun bodoh jugak. Comfort zone sgt.... biasa perempuan gemuk2 yg bg alasan gemuk lps beranak tu mmg patut pun dicurangkan..... dh kena curang baru terhegeh nk jaga badan, nk make over bagai, nak goda balik laki penzina... ala bodoh belaka perempuan ni....
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 09:23 AM | Show all posts
kalau dah tak suka, memacam alasan dia bagi.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.281215 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list