CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1748|Reply: 0

DALANG JATUHKAN HADI DIDEDAHKAN

[Copy link]
Post time 17-11-2014 08:23 AM | Show all posts |Read mode





Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa didakwa sebagai dalang yang mencatur Datuk Seri Abdul Hadi Awang berundur daripada memegang jawatan Presiden PAS.
Dakwaan itu dibuat oleh facebooker pro ulama, Naim Irma II dan El Haraki hari ini.
Facebooker Naim Irma II mendedahkan pelbagai strategi telah dilakukan Husam untuk memastikan Hadi berundur daripada jawatan yang disandangnya, antaranya; melagakan Mursyidul Am dengan Presiden parti, Merendahkan taraf kepimpinan ulama PAS, menyerang kepimpinan Hadi dan memujuk Hadi melepaskan jawatan tersebut.
Untuk terus melemahkan kepimpinan Hadi, El Haraki mendakwa Husam telah mencatur penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).
Mengulas tentang PasMa, satu lagi facebooker pro ulama, Tok Usin Ceroii mendedahkan NGO itu sengaja ditubuhkan untuk melindungi gerak kerja dalang dan kumpulannya yang dilabel sebagai ‘jebon’ merencanakan agenda dalaman PAS.

“Tetapi apa yang tok risaukan adalah bapak-bapak jebon yang berada di belakang PasMa, kerana bapak-bapak jebon ni wujudkan PasMa adalah sekadar untuk mengalihkan perhatian kita daripada menghidu perancangan jahat depa untuk rampas dan kuasai jawatan tertinggi dalam pas sebanyak mungkin sempena muktamar nanti..!!!!
“Itu yang depa rancangkan di sebalik penubuhan PasMa, yang mana dengan harapan, kita akan sibuk pasal PasMa untuk memberi laluan mudah kepada bapak-bapa jebon buat kerja memburukkan pimpinan yang sayangkan ulama..!!!
“Kesimpulannya,depa memang takkan berani daftarkan PasMa sebagai parti politik,tetapi depa akan rampas PAS dengan cara pengaruhi perwakilan untuk pilih jebon-jebon kuasai keseluruhan jawatan terpenting dalam PAS, bila depa dah kuasai sepenuhnya,tok sangat yakin, Majlis Syura Ulama pasti depa akan mansuhkan dalam usaha depa untuk meliberalkan PAS!!!
“Usaha depa bukan berseorangan, depa dibantu kuat oleh PKR dan DAP…kerana bagi depa, sikap kepekaan PAS tentang halal dan haram telah menjadi penghalang untuk depa kuasai Putrajaya dengan segera!!!,” dedahnya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.372947 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list