CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16100|Reply: 231

[Tempatan] Tanah Kubur Masih Belum Nampak, Sudah Cari Pengganti!

[Copy link]
Post time 17-11-2014 05:51 PM | Show all posts |Read mode
Madu Ghaib: Suami Mangsa MH370 Terpaksa Kahwin Di Luar Negara


Lelaki yang didakwa suami kepada seorang mangsa MH370 ketika melangsungkan majlis perkahwinan baru-baru ini.


[PETALING JAYA: Status penumpang dan kru MH370 yang hingga kini masih belum dimuktamadkan bukan sahaja menyebabkan kepiluan kepada waris mangsa, malah ia turut menjadi 'penghalang' untuk mereka meneruskan kehidupan. Antara masalah yang didepani waris mangsa terlibat ialah untuk membina rumahtangga dengan pasangan baharu.

mStar Online difahamkan, keadaan ini dialami sekurang-kurangnya seorang waris mangsa apabila dia terpaksa bernikah di negara jiran, sebelum mendaftarkan perkahwinannya di negara ini. alahan, pasangan ini juga mungkin berdepan tindakan undang-undang kerana mengamalkan poligami tanpa kebenaran kerana isteri baharunya bermadukan seseorang yang tidak diketahui statusnya sama ada meninggal dunia atau ghaib.


Sumber memberitahu mStar Online,  suami salah seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak Mac lalu terpaksa memfailkan permohonan daftar nikah untuk berpoligami di Mahkamah Tinggi Syariah awal November. Bapa kepada empat anak itu menghadapi kesukaran kerana tidak dapat mengemukakan surat kebenaran isterinya untuk membolehkan dia bernikah kali kedua.

"Sijil kematian isterinya juga tidak dikeluarkan, jadi sukar untuk bernikah dalam negara, oleh itu pasangan itu ke Songkla, Thailand dan kini memfailkan permohonan daftar nikah untuk berpoligami," katanya kepada mStar Online. Menurut sumber itu lagi, lelaki berkenaan mengahwini seorang wanita yang berasal dari Muar, Johor dan bekerja di ibu negara.


"Majlis meraikan pasangan pengantin baharu ini juga dilangsungkan secara kecil-kecilan di sebuah homestay di Langat bulan lalu," kata sumber itu.
Isteri lelaki terbabit merupakan antara 239 penumpang yang berada dalam pesawat MH370 yang sedang dalam perjalanan ke Beijing apabila hilang awal pagi pada 8 Mac sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Analisis satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat ialah di selatan Lautan Hindi, barat Perth, Australia. Bagaimanapun, usaha mengesan pesawat itu terus buntu kerana tiada sebarang bukti ditemui walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) diperluaskan.

Baru-baru ini, seorang ahli Parlimen meminta mufti dan pihak berwajib mengeluarkan fatwa bagi menjelaskan kekeliruan dialami waris penumpang dan kru pesawat MH370 yang masih hilang sehingga kini. Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, fatwa itu perlu untuk mencari penyelesaian dan tidak timbul lagi kekeliruan dari segi harta, wasiat, insurans dan sebagainya berkaitan anggota keluarga mereka.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2014 05:53 PM | Show all posts
itu lah lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
sah ikut hukum syaraklol
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi x mnyempat bapa 4 org anak tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Biarla dia move on...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 06:11 PM | Show all posts
xpe la...lelaki mane bole takde pompuan...kadang bukan utk sex pon tp org luar mgkin susah nk paham
mcm rakan sekerja yg yg kematian isteri...mereka nmpk mmg sgt loving bagai 20 thn kwen dh
tp bile wife meninggal x ssampai 3 bln dia dh nk mintak org carikan pengganti
kawan baik arwah mmg sgt hangin la kan bile dengar tp rupanya dia x bole nk hidup sorang
sbb masa arwah nye ada, dia buat segalanye utk si isteri...
isteri hanya goyang kaki sahaja dirumah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2014 06:12 PM | Show all posts
cepatnya dpt cari pasangan dan kahwin...baru 8 bulan....kalau br stage gf leh terima lg...ni dh kawin
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 06:13 PM | Show all posts
maybe die susah nk besarkan 4 org anak tu.. harap isteri baru dpt jaga anak2 dgn elok..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2014 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
biarla dia kawin...
nk uruskan umahtangga lgi..
drpd xde ikatan sah..
tp org lelaki mudah skit kan..
mcamana klau yg ditinggalkn tu isteri..nk kawin lain tp x tntu suami masih ade atau x..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
fakta: lelaki tak leh duda lma2. Sebab mereka perlukan hawa.

Kalo hawa, hawa leh janda lma2 coz dia ada 9 nafsu, satu akal..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau orang putih, ramai lelaki yang kehilangan isteri tercinta susah juga nak cari pengganti sebab dorang setia sangat kepada mendiang isteri.
Saya pun tak tahu nak mencari calon baru tak sekiranya Puan Botakchinpeng meninggal dunia nanti sebab saya seorang yang sangat setia padanya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 06:23 PM | Show all posts
funnyTONE posted on 17-11-2014 06:11 PM
xpe la...lelaki mane bole takde pompuan...kadang bukan utk sex pon tp org luar mgkin susah nk paham
...

ko mcm mention abg aku je hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 06:26 PM | Show all posts
cauliflower posted on 17-11-2014 06:12 PM
cepatnya dpt cari pasangan dan kahwin...baru 8 bulan....kalau br stage gf leh terima lg...ni dh kawi ...

dah lama tak dapat pancut semen dalan cekpit cikki katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 posted on 17-11-2014 06:18 PM
Kalau orang putih, ramai lelaki yang kehilangan isteri tercinta susah juga nak cari pengganti sebab  ...

Agaknya ni yg @faraway1 selalu cite...

Kokosen lebih setia dari melayu
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 06:26 PM | Show all posts
Esmiria posted on 17-11-2014 06:16 PM
fakta: lelaki tak leh duda lma2. Sebab mereka perlukan hawa.

Kalo hawa, hawa leh janda lma2 coz d ...

kalau es cmne??
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 06:27 PM | Show all posts
ce die x nikah,bekepit ngan pompuan mesti orang x kata apa

tapi bile buat bende halal,orang pakat dok kata

-melayu punya pemikiran-

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2014 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
amiraira posted on 17-11-2014 10:26 AM
kalau es cmne??

Es solo. So why bother? Eh mira disini! .. haii
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa posted on 17-11-2014 10:26 AM
Agaknya ni yg @faraway1 selalu cite...

Kokosen lebih setia dari melayu

Faraway bangga berlakikan kokesen.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar jer la dia nk kwen bru pun.. kwsian anak2 4 org tu nk membesar tnpa ibu..skurang2 nya ada ibu tiri tmpt bergantung..hrap ibu tiri tu jga n beri kasih sayang kpada ansk2 tu

bguslh laki tu move on..dripada gi minum racun..terjun bgunan ker..x pedulik anak2..
kdg2 mgkin family yg ajn crikn pengganti sbb kesian
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 posted on 17-11-2014 10:18 AM
Kalau orang putih, ramai lelaki yang kehilangan isteri tercinta susah juga nak cari pengganti sebab  ...

Apa ni spider? Hahaaa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.902361 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list