CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3277|Reply: 3

Pembantu Khalid Ibrahim diberi pampasan RM2.6 juta sebelum berhenti

[Copy link]
Post time 17-11-2014 06:27 PM | Show all posts |Read mode


Lapan pembantu bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diberikan bayaran pampasan sebelum Khalid meletakkan jawatan, dua bulan lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 November, 2014.

Kerajaan negeri Selangor membayar RM2.6 juta pampasan atau “golden handshake” kepada pembantu bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum beliau meletakkan jawatan dua bulan lepas, keputusan yang dibuat pada hari-hari akhir perkhidmatannya.

Dalam dokumen yang dilihat The Malaysian Insider, RM2.27 juta dibayar sebagai pampasan, berserta RM376,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan dikatakan dibayar kepada 8 pembantu Khalid.

Difahamkan bayaran tersebut diluluskan Khalid yang juga merupakan ahli lembaga MBI, serta 4 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS pada 22 September, salah satu tindakan akhirnya sebagai menteri besar.

Dokumen tersebut menunjukkan jumlah terbesar bayaran tersebut diberi kepada Faekah Husin, bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat milik kerajaan negeri, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI). Beliau didakwa menerima RM581,400 sebagai pampasan dan RM114,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan.
Setiausaha akhbar Khalid, Arfa'eza Abdul Aziz didakwa dibayar RM358,000 pampasan dan RM55,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan sementara setiausaha politiknya Mustapa Mohd Talib didakwa dibayar RM265,000.

Selebihnya didakwa dibayar antara RM97,000 dan RM230,000 masing-masing sebagai pampasan dan di antara RM18,000 dan RM69,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan mereka.

Faekah dan Arfa'eza tidak menjawab sebarang panggilan atau mesej sistem pesanan ringkas daripada The Malaysian Insider, sementara Khalid menafikan sebarang salah laku, mengatakan beliau mengikut prosedur yang betul.

Akhbar harian berbahasa Inggeris The Star melaporkan Khalid sebagai berkata, bayaran tersebut dibuat mengikut Skim Pemisahan Sukarela (VSS) yang ditawarkan kepada pembantu apabila beliau meletakkan jawatan.

Dalam menjawab persoalan mengenai rasional pembayaran tersebut, Khalid berkata, bayaran VSS tersebut hanya kurang 2% daripada rizab MBI yang berjumlah RM112 juta.

Beliau berkata, bayaran tersebut diluluskan ahli lembaga pengarah MBI, termasuk setiausaha kerajaan negeri dan pegawai kewangan negeri, serta exco kerajaan negeri.

Pengganti Khalid, Mohamed Azmin Ali mengakui semalam terdapat elemen salah laku dalam isu itu dan mengatakan MBI akan membincangkan perkara tersebut minggu ini untuk langkah seterusnya yang akan diambil.

Satu sumber memberitahu The Malaysian Insider, penyiasatan awal Jabatan Audit Kerajaan Negeri Selangor mendapati prosedur yang betul tidak diikuti dan bayaran tersebut dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.

Jabatan tersebut masih lagi melihat aspek lain seperti terma pampasan dan sekiranya ahli lembaga pengarah MBI sedar bayaran yang begitu besar dilakukan.

"Mereka bukannya dipecat, mereka meletakkan jawatan, jadi siapa yang meluluskan jumlah yang begitu besar? Atas dasar apa mereka diberikan pampasan begitu besar dan apakah ianya mengikut prosedur? “Ini antara perkara yang kami sedang lihat dan laporan penuh tentang ini akan dikeluarkan segera," kata sumber tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Andalas Dr Xavier Jayakumar menulis di Twitter tentang perkara ini dan menyatakan kebimbangan beliau atas "jumlah yang besar" tersebut dan sama ada prosedur betul diikuti.

"Ini bukan soal betul atau salah, ini soal moral. Ini melibatkan wang rakyat dan persoalan timbul di minda rakyat pada masa itu," katanya dan menambah, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri sepatutnya menyiasat perkara tersebut.

Beliau berkata, tiada sebab bagi pembantu Khalid untuk meletakkan jawatan, kerana mereka boleh saja meneruskan tanggungjawab sehingga menteri besar yang baharu membuat keputusan.

PKR memecat Khalid pada Ogos apabila gagal menghadirkan diri ke pendengaran jawatankuasa disiplin tentang perjanjian penstrukturan semula air di Selangor, penyelesaian hutangnya dengan Bank Islam dan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

Semua ini berlaku semasa kemelut jawatan menteri besar Selangor bermula awal tahun ini, apabila kepimpinan PKR mahukan beliau meletakkan jawatan untuk memberlaluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kemelut itu berakhir apabila timbalan presiden PKR, Azmin dilantik sebagai menteri besar yang baharu pada September lalu. – 17 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pembantu-khalid-ibrahim-diberi-pampasan-rm2.6-juta-sebelum-berhenti#sthash.vlzQ17gN.dpuf

Last edited by DTECCONAN on 17-11-2014 06:28 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2014 10:45 AM | Show all posts
PAS desak Selcat, SPRM siasat pampasan RM2.6 juta kepada pembantu Khalid Ibrahim


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad menggesa buat siasatan terperinci dan siasat melalui Selcat, dan sekiranya perlu melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung bayaran pampasan terhadap bekas kakitangan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 November, 2014.

PAS menggesa agar siasatan dijalankan terhadap bayaran pampasan bernilai RM2.6 juta terhadap bekas kakitangan yang bekerja dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad berkata, daripada jumlah itu, bekas Setiausaha Politik Khalid Ibrahim, Faekah Husin merupakan penerima pampasan terbesar dengan jumlah lebih  RM700,000.

"PAS Selangor, menggesa buat siasatan terperinci dan siasat melalui Selcat, dan sekiranya perlu melalui SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

"PAS Selangor menolak apa-apa dakwaan yang kami bersetuju meluluskan bayaran tersebut," kata ahli Parlimen Shah Alam itu pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Khalid Samad berkata, empat anggota Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) daripada PAS hanya dimaklumkan berkenaan cadangan bekas menteri besar Selangor itu untuk membayar pampasan kepada enam pegawainya, namun tidak mengetahui jumlah pembayaran tersebut.

"Exco tidak meluluskan kerana kelulusan dibuat oleh Lembaga Pengarah Perbadanan Menteri Besar (MBI).

"Usaha melibatkan empat exco PAS ini berniat jahat untuk memalitkan PAS dalam hal ini," kata Khalid Samad.

Khalid Samad berkata, semua exco berkenaan terkejut kerana pembayaran berkenaan dibuat menggunakan sistem pembayaran elektronik yang seharusnya dibincangkan terlebih dahulu.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua yang turut hadir berkata, tindakan Khalid Ibrahim berhubung perkara itu seharusnya disiasat kerana ia membabitkan dana awam.

"Ini satu pengkhianatan kepada rakyat. Seharusnya beliau yang diketahui menjaga amanah rakyat, tetapi sekarang amanah itu pecah," katanya.

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan, Faekah didakwa menerima RM581,400 sebagai pampasan dan RM114,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan, manakala Setiausaha Akhbar Khalid Ibrahim, Arfa'eza Abdul Aziz menerima pampasan RM358,000 dan RM55,000 ganti kepada notis tiga bulan dan Setiausaha Politik Mustapa Mohd Talib menerima RM265,000.

Pembantunya yang lain didakwa dibayar antara RM97,000 dan RM230,000 masing-masing sebagai pampasan dan di antara RM18,000 dan RM69,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan mereka.

Faekah dan Arfa'eza tidak menjawab sebarang panggilan atau mesej sistem pesanan ringkas daripada The Malaysian Insider, sementara Khalid Ibrahim menafikan sebarang salah laku, mengatakan beliau mengikut prosedur yang betul.

Akhbar The Star melaporkan Khalid Ibrahim sebagai berkata, bayaran tersebut dibuat mengikut Skim Pemisahan Sukarela (VSS) yang ditawarkan kepada pembantunya apabila beliau meletakkan jawatan.

Dalam menjawab persoalan mengenai rasional pembayaran tersebut, Khalid Ibrahim berkata bayaran VSS tersebut hanya kurang 2% daripada rizab MBI yang berjumlah RM112 juta.

Beliau berkata, bayaran tersebut diluluskan ahli lembaga pengarah MBI, termasuk setiausaha kerajaan negeri dan pegawai kewangan negeri, serta exco kerajaan negeri. – 19 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-desak-selcat-sprm-siasat-pampasan-rm2.6-juta-kepada-pembantu-khalid-ibr#sthash.FoZYlL5S.dpuf

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 12:09 PM | Show all posts
Ya sangat setuju. Tak kira dari parti mana pun, haruslah disiasiat habis2an. TSKI kudukut sama rakyat, tapi tak kudukut sama dia punya pembantu
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 09:50 PM | Show all posts
boyagombak replied at 25-11-2014 12:09 PM
Ya sangat setuju. Tak kira dari parti mana pun, haruslah disiasiat habis2an. TSKI kudukut sama rakya ...

PKR minta maaf fitnah Khalid Ibrahim
FMT Reporters | August 14, 2015
PKR mengaku dokumen laporan ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’ bukan bukti muktamad bahawa Khalid melakukan apa-apa perlakuan rasuah atau salah laku.



PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon maaf kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mengeluarkan dokumen yang memfitnah beliau.

Permohonan maaf itu dipersetujui kedua-dua pihak bagi penyelesaian saman yang difailkan Khalid terhadap Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan PKR kerana mengeluarkan dokumen itu.

Persetujuan itu dicapai di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, M Gunalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir dalam prosiding itu sebagai saksi.

Saifuddin, bekas Setiausaha Agung PKR membacakan permohonan maaf itu bagi pihak PKR dan dirinya.

“Dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah seorang yang korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salah laku dan tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor.

“Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta tanpa syarat memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mahkamah Mulia ini bahawa kenyataan-kenyataan tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan daripada menyatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan-tuduhan dalam dokumen tersebut dan apa-apa kandungan yang berkaitan dengan dokumen tersebut,”.

Dalam kenyataan penerimaan maaf, Abdul Khalid berkata, sempena bulan Syawal beliau juga memohon maaf zahir dan batin jika ada menyinggung perasaan mana-mana pihak termasuk Saifuddin dan ahli PKR yang lain.

Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin dan PKR pada 18 Ogos tahun lalu berhubung pengedaran dokumen ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’ bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah beliau.

Dokumen itu dikeluarkan sebagai salah satu usaha PKR untuk menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu yang mengaitkan beliau dengan beberapa isu termasuk penyelesaian hutang Bank Islam, penstrukturan semula air, dan penjualan tanah kepada EcoWorld.

Khalid ‘dipaksa’ meletak jawatan Menteri Besar pada 21 September 2014 selepas melalui kemelut politik berpanjangan yang dimulakan menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang atau Langkah Kajang.


- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com ... thash.GbwB18cZ.dpuf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.064113 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list