CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27908|Reply: 173

Empat Kali Cerai Uols...

[Copy link]
Post time 18-11-2014 09:51 AM | Show all posts |Read mode
Shima mahu hidup sendirian tanpa perlu memikirkan hendak bernikah lagi. Foto RAFIQ RAHMAN
         
  (Ubah saiz teks)



PETALING JAYA: Penyanyi popular 1990-an, Shima mendedahkan dia sudah kembali solo sejak dua tahun lalu selepas bercerai dengan rakyat Kanada yang dikahwininya pada tahun 2003.

Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 45, berkata, ia merupakan perceraiannya buat kali keempat dan dia tidak mahu lagi memikirkan tentang pasangan hidup.

"Empat kali berkahwin, empat kali juga bercerai. Ingatkan yang terakhir sebelum ini dapat bertahan lama, tetapi jodoh kami tidak panjang.

"Kerana itu kami bercerai dua tahun lalu dan sekarang saya kembali solo. Cukuplah dengan alam berumahtangga. Bukannya serik, tetapi saya rasa hidup sendirian seperti sekarang lebih membahagiakan," katanya kepada mStar Online.

Tambah Shima, bagaimanapun dia tidak akan menolak sekiranya ditakdirkan bertemu dengan jodoh lain kerana ia adalah ketentuan Ilahi.

Selain dengan rakyat Kanada itu, Shima pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain keyboard kumpulan The Boys iaitu Satiman pada tahun 1990 dan bercerai pada tahun 1994.

Dia  juga pernah berkahwin dengan seorang guru bernama Khairun Lamb pada tahun 1996, namun mereka bercerai pada 1998. Bagaimanapun Shima enggan berkongsi identiti individu ketiga yang dikahwininya.

Sementara itu, Shima juga tidak pernah berasa sunyi tanpa teman kerana aktiviti hariannya sentiasa terisi dengan pelbagai kerja-kerja nyanyian selain meluangkan masa bersama lima ekor kucing kesayangan.

"Dulu masa awal-awal bercerai, memanglah rasa sunyi, tetapi lama-lama rasa itu hilang lebih-lebih lagi apabila hari-hari kita diisi dengan pelbagai aktiviti.

"Sekarang ini saya rancang mahu kembali aktif dalam industri seni muzik tempatan. Lagipun saya dah lama tak keluar album. InsyaAllah pada tahun hadapan saya akan muncul dengan single lagu baharu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Shima kini terlibat dengan pertandingan nyanyian Gegar Vaganza, yang menampilkan penyanyi-penyanyi yang pernah popular sebelum ini.

"Alhamdulillah, saya ditawarkan menyertai pertandingan ini selepas setahun menamatkan kontrak menyanyi di sebuah hotel.

"Bagi saya, ini satu cabaran baik untuk saya memantapkan diri semula sebelum muncul dengan single lagu baru," tuturnya.

Antara penyanyi lain yang turut terlibat termasuklah Mamat (Exist), Rahmat (Mega), Hasnol, Fazli Zainal, Sam (Innuendo), Ayai (Ilusi), Haleeda, Sharifah Zarina, Ifa Raziah dan Adilla.

Gegar Vaganza bersiaran bermula 16 November 2014 setiap Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

Shima sebelum ini pernah popular menerusi lagu Di Sebalik Sejuta Wajah, Setelah Aku Kau Miliki  dan Teringin.

**Mstar

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2014 09:52 AM | Show all posts
http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... nggan-fikir-lelaki/

gambo kat sini tak pandai nak masukkan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 09:53 AM | Show all posts
hurm...sila bertabah la ka shima...

tak taw nak komen cemana
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 09:54 AM | Show all posts


ni haaa piccanya ai tempek kan

chubby bam bam kann



Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 09:56 AM | Show all posts
gigihnya ko kak berbaju giteww
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 09:58 AM | Show all posts
Special sangat husband no 3 nya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2014 09:59 AM | Show all posts
iols sebaya dgn dia pon idok tergamok nak makeinya baju tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 09:59 AM | Show all posts
individiu ketiga tu suami org kah?

sheols ni x de anak, tu yg payah tu...tp meols pernah makan sblh meja dgn sheols n hubby kanada tu...jgnt ak tau hubby omputih tp makan nasi padang hurkeh...and speaking malay juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2014 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
ksian gak shima ni dh 4 kali kawen n 4 kali cerai..tkpe la...ada sesuatu yg lbh baik Allah nk bg pd dia..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 10:07 AM | Show all posts
erm .. xde anak eh .. mungkin sebab tu .. xpelah move on kak semoga berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 10:09 AM | Show all posts
bertabahlah kak shima.. mungkin ada hikmahnya tuh..



Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 10:11 AM | Show all posts
Mokcik ni..pakai la bajusenonoh sikit la..tua dah kan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 10:12 AM | Show all posts
takziah lah kak shima..xde pic anak2 beliau ker..agak2 sape suami no.3 yg dirahsiakan tu ek..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 10:15 AM | Show all posts
suami pertama sheols Satiman tu dulu ahli the boys...skrg jd manager hotel kt mana ntah... xnak rujuk balik ke dgn satiman? hensem lagi
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ouh... still singing... good luck shima  .. dulu2 shima rawks...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 10:20 AM | Show all posts
kebabom kak shima pakai baju mcm tu . harap suara masih sedap seperti dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2014 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Selulits
Sakit mata ku
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 10:23 AM | Show all posts
duyong95 posted on 18-11-2014 09:59 AM
iols sebaya dgn dia pon idok tergamok nak makeinya baju tu

walaupun badan uols lagi mantap dr sheols kan? hehehhe

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 10:23 AM | Show all posts
aishhh, seksinyaaaaa
tengok dalam gegar vaganza kulit bertompok2
ni pulak nk pakai skirt, habis nampak semua selulit dan tompok2
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 10:27 AM | Show all posts
alamak...appearance nk come back tak kena la kak shima..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.249431 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list