CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2976|Reply: 3

Imej Suspek Kes Bom Bukit Bintang

[Copy link]
Post time 18-11-2014 10:26 PM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Imej seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam insiden serangan bom tangan di hadapan sebuah kelab malam pada 9 Oktober lepas yang dikeluarkan oleh Polis. -fotoBERNAMA

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur mendedahkan imej seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam insiden serangan bom tangan di hadapan sebuah kelab malam di Sun Complex, Bukit Bintang pada 9 Oktober lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata ia berdasarkan empat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Beliau berkata berdasarkan rakaman CCTV juga, polis mendapati semasa kejadian, terdapat dua lelaki bertindak membaling bom tangan ke arah sekumpulan pengunjung yang keluar daripada pusat hiburan tersebut.

"Polis telah merujuk rakaman berkenaan kepada pihak forensik PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan mendapatkan pelukis profesional bagi melakar gambaran imej salah seorang yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

"Polis percaya imej lelaki yang dilukis berumur dalam lingkungan 40 tahun," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, Selasa.

Tajudin berkata polis juga mendapati kedua-dua suspek telah berlari menuju ke sebuah kereta Proton Perdana berwarna hitam yang diletakkan di kawasan sekitar sejurus selepas kejadian.

Pada masa sama pihak polis memohon maaf kerana mereka terpaksa mengambil masa untuk mengenal pasti suspek disebabkan gambaran CCTV yang kurang jelas, katanya.

Beliau berkata sehingga kini lima warga tempatan berumur antara 25 dan 46 tahun telah ditahan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) bagi membantu siasatan.

Namun kesemua mereka telah dibebaskan, katanya.

"Kesemua tangkapan telah dibebaskan dengan jaminan polis selama dua minggu," katanya sambil menambah polis masih percaya kejadian itu merupakan cubaan membunuh yang bermotifkan persaingan aktiviti haram.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat suspek yang menyerupai imej yang diedarkan agar menghubungi Pegawai Penyiasat ASP R. Ananthan di talian 019-3227766 atau menghubungi terus Bahagian Khas (D9), IPKKL di talian 03-21460685 dan pusat kawalan IPKKL melalui talian 03-21460585 atau 03-21460584.

Dalam kejadian itu, seorang joki kereta Tiong Kwong Yie, 36, maut dan 12 yang lain termasuk pelancong asing cedera yang dipercayai mempunyai kaitan dengan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2014 03:42 PM | Show all posts
Bahaya nya sekarang, nak kua shopping, amek angin pun takot camni, senang tol nak bom-2 orang
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 04:53 AM | Show all posts
Masih gagal ditangkap ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 02:48 PM | Show all posts
ref up 01

_
Salam Sejahtera,
Salam 1Malaysia,


Berita menarik kepada wanita-wanita yang ingin
  menambahkan keanggunan di bahagian kewanitaan mereka.
  Kami menawarkan produk terkini - krim tembam kelaapa dara di mana

  ex- moderator DARSITA menjadi model nya.Sekarang,
  DARSITA aktif berforum dengan nick-nick berikut :-

eddlisa_uyuk, anehhuda, lonely_surina,
perang_sivil
, isabel, xpdckelate dan naen,

  ~ ~   hubungi salah satu nick di atas utk tempahan krim tembam ~ ~
( high profile model semestinya punyai banyak nick )

SEBELUM
di sapu krim kelapa dara
                   

      SELEPAS di sapu krim kelapa dara
         
Peratikan lama2 di bhg sulit DARSITA. Level tembam nya mengkagumkan
selepas 6 bulan di sapu krim kelapa dara

                                                               

~  mod perang_sivil @ DARSITA aktif semula di bod isu semasa !                    



bijak maksimakan kuasa di  forum.
punyai bentuk bhg sulit yg mengkagumkan
                  

ref - imagehousing.                                                                                    




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.191751 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list