CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8546|Reply: 15

Kiai Salleh atau Panglima Salleh 1916

[Copy link]
Post time 19-11-2014 10:21 AM | Show all posts |Read mode
Kiai Salleh atau Panglima Salleh 1916


Panglima Kiyai Haji Salleh(tengah)


Kiai Salleh atau Panglima Salleh, nama sebenarnya Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 1916. Masa mudanya banyak dihabiskan dengan menimba ilmu agama dan mempertahankan diri daripada beberapa orang guru termasuklah guru di kampung isterinya, Hajah Esah Haji Abdul Rashid, di Ara Pasung, Pontian, Johor. Antara guru-guru Haji Mohd Salleh ialah Haji Hussein (belajar agama dan al quran), Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad. Beliau juga turut belajar daripada Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten yang membawa ajaran Wirid Khaujakan di Johor selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim dan telah dilantik sebagai ketua kumpulan Wirid Khaujakan di Batu Pahat, Johor.

Haji Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Panglima Salleh atau "Kiai Salleh" atau "Panglima Salleh Selempang Merah" merupakan seorang pahlawan Melayu keturunan Banjar yang bangkit menentang kekejaman komunis semasa selepas kekalahan Jepun semasa Perang Dunia II. Kepimpinan Haji Mohd Salleh terserlah semasa kekalahan pihak Tentera Jepun di tangan pihak Tentera Berikat pada pertengahan bulan Ogos 1945. Di Semenanjung Tanah Melayu, peristiwa tersebut menimbulkan apa yang dinamakan tempoh Kekosongan Kuasa. Tempoh tersebut berlangsung selama dua minggu sehingga ketibaan Askar British yang menandakan permulaan Pentadbiran British Baru di Tanah Melayu.

Sebelum ketibaan pihak British, pihak komunis yang dikenali sebagai Askar Bintang Tiga yang sebelum itu berjuang menentang Jepun di bawah payung Malayan People Anti-Japanese Army atau MPAJA telah mengambil kesempatan untuk berkuasa dan bertindak kejam terhadap orang-orang yang dianggap bekerjasama dengan Jepun. Mereka tidak mengenal mangsa dan menghukum sesiapa sahaja yang dianggap bersalah tanpa mengikuti proses undang-undang yang betul. Lazimnya mereka yang di dapati bersalah akan dikenakan hukuman mati.
Kekejaman Askar Bintang Tiga berleluasa di Tanah Melayu termasuk di kawasan Batu Pahat dan Muar di Johor. Masyarakat Melayu di kawasan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, yang pada ketika itu tidak mempunyai kelengkapan senjatapi untuk mempertahankan diri telah memilih Haji Mohd Salleh untuk memimpin pakatan untuk mempertahankan diri dari kekejaman Askar Bintang Tiga.

Dengan hanya bersenjatakan parang panjang dan amalan Ayat Empat, Haji Mohd Salleh telah memimpin masyarakat Batu Pahat untuk menggempur kubu-kubu Askar Bintang Tiga di Bukit Berdiri dan Bukit Alam, Parit Sulong, di Parit Lubok, Semerah, di Kangkar Senanga, dan di Air Kuning, Bakri, Muar. Pasukan pejuang di bawah pimpinan Haji Mohd Salleh terkenal dengan gelaran tentera parang panjang dan 'Selempang Merah iaitu sejenis kain selendang berwarna merah yang dibekalkan kepada setiap orang ketika menghadapi atau berhadapan dengan musuh.

Terdapat pelbagai kisah mengenai kehebatan ilmu kebatinan Haji Mohd Salleh dan pengkutnya mendakwa ramai Askar Bintang Tiga melihat beribu-ribu pejuang yang tinggi menggalah menuju ke arah mereka untuk mencabut nyawa mereka, sedangkan yang datang itu hanyalah Panglima Salleh dan pasukanya yang dianggarkan berjumlah seratus orang sahaja. alauapapun yang sebenarnya berlaku, yang jelas adalah Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim berjaya menyekat kegiatan Askar Bintang Tiga pada masa itu secara berkesan sehinggalah pihak British kembali menjajah Tanah Melayu.

Kegagahan dan keberanian, Haji Mohd Salleh diiktiraf oleh Kebawah Duli Sultan Johor Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar yang bertitah pada 26hb Disember 1945 bahawa Haji Mohd Salleh adalah Panglima Melayu. Sejak itu Haji Mohd Salleh mendapat gelaran Panglima. Bagi mengenang jasa Haji Mohd Salleh, DYMM Sultan Johor telah mengurniakan beliau Pingat Ibrahim Sultan (PIS)pada 17hb September 1955. Haji Mohd Salleh menghembuskan nafas yang terakhir kerana diserang penyakit radang paru-paru di Hospital Besar Johor Bahru pada 21hb April 1959.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2014 10:23 AM | Show all posts
Tragedi 13 MAY 1969 Kiai Salleh meninggal dunia pada 1959


Yang tragedi 13 may ni ada panglima lain... ke ada sesiapa boleh jelaskan? Ke hanya mitos yang dibawa-bawa sehingga ke zaman ini?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 11:06 AM | Show all posts
Assalamualaikum,

Pagi tadi lepas aku reply kat benang ko, baru teringat nak baca pasal Panglima Salleh kat forum cari ni.. kot2 ada orang kat sini yang pernah bukak benang Panglima Salleh.. Terima kasih berun..

Aku selalu dengar penceritaan Panglima Salleh ni dari atuk angkat aku.. dia adalah anak saudara Panglima Salleh.. Aku pernah tengok sendiri salah satu selempang merah yang diberi pada atuk aku, aku tak pasti sama ada selempang merah tu milik Panglima Salleh atau tidak..

Atuk pernah bagi aku kitab yang ditulis oleh panglima salleh ni.. bacaan solat, wirid dan doa.. hehehe tapi aku tak ingat mana aku letak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2014 11:20 AM | Show all posts
Nocturna posted on 19-11-2014 03:06 AM
Assalamualaikum,

Pagi tadi lepas aku reply kat benang ko, baru teringat nak baca pasal Panglima S ...

baik ko cari balik bukan Kiai Salleh sahaja kan yang ada ilmu, sebab tragedi 13 mei tu dia dah meninggalkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2014 11:30 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 11:39 AM | Show all posts
Atuk aku cerita, sebelum Panglima Salleh ni rajin menuntut ilmu agama.. dia banyak habiskan masa memancing..

Allah bukakan hati dia, supaya dia rajin menuntut ilmu.. Semuanya adalah atas perancangan Allah..

In Shaa Allah, aku akan cari balik kitab tu..

Atuk aku ada cerita jugak pasal ayat 4 ni, orang islam kita yang tamak dulu sanggup jual ayat 4 ni kepada musuh.. ayat tu musuh jadikan tangkal dan ada orang islam kita yang tewas dalam pentempuran.. tak sangka dulu ada jugak orang islam yang sanggup bersekongkol dengan musuh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-11-2014 02:40 PM | Show all posts
Nocturna posted on 19-11-2014 03:39 AM
Atuk aku cerita, sebelum Panglima Salleh ni rajin menuntut ilmu agama.. dia banyak habiskan masa mem ...

demi duit apa pun boleh jadi.. hmmm teringin juga nk belajar agama lebih dalam...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 05:39 AM | Show all posts
Pengganas komunis paling kejam dengan banjar & jawa batu pahat selain kaum cina.  Padan la kena balas dgn Kiyai Salleh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2014 05:42 AM | Show all posts
berun posted on 19-11-2014 10:23 AM
Tragedi 13 MAY 1969 Kiai Salleh meninggal dunia pada 1959

Selempang merah tak terlibat dalam rusuhan 13 Mei. Rombongan mereka disekat pihak berkuasa sebelum sampai KL
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 07:53 AM | Show all posts
Wei TT, ko ni tak cek ke thread dah ada belum?

Thread dah ada la bulan 8 itu hari...yang buat thread tu hang sendiri!! Isi sama pulak tu!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2014 11:55 AM | Show all posts
alphawolf posted on 19-11-2014 11:53 PM
Wei TT, ko ni tak cek ke thread dah ada belum?

Thread dah ada la bulan 8 itu hari...yang buat thr ...

omg! ya ke? padahal ni baru 1st time ada orang guna id aku lah ni..... x pun aku dah nyanyuk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2014 11:58 AM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 19-11-2014 09:42 PM
Selempang merah tak terlibat dalam rusuhan 13 Mei. Rombongan mereka disekat pihak berkuasa sebelum ...

abis siapa punya keja botak chinpeng?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 01:03 PM | Show all posts
berun posted on 20-11-2014 11:58 AM
abis siapa punya keja botak chinpeng?

Melayu kuala lumpur lah. Siapa lagi
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 06:39 PM | Show all posts
Edited by NasrullahHaq at 12-4-2016 05:12 PM




Ada ramai Kiyai Salleh.Ada Kiyai Salleh Banjar, Kiyai Salleh Jawa dan lain-lain. Kiyai Haji Salleh Panglima Bin Karim adalah keturunan mamak penang dan kemudian diambil oleh Mufti Johor iaitu Syeikh Haji Fadil Bantan sebagai anak angkat dan anak murid setelah beliau bersara sebagai Mufti Johor. Syeikh Haji Fadil Bantan telah mengambil Kiyai Salleh menjadi anak angkat dan anak murid semasa syeikh haji fadil bantan telah tua. Kiyai sallah telah sampai ke peringkat fana' ul fana'.Kiyai Salleh 41 tahun tak makan, tak minum dan tak tidur. Bila dia buat kenduri dia panggil orang datang makan tapi dia tak makan. Bila orang lain buat kenduri dia datang tapi tak makan. Kiyai Salleh ni selalu menggunakan basikal untuk ronda-ronda di kampung. Kebanyakan orang yang datang berguru dengan Kiyai Salleh ni kebanyakannya orang-orang tua. Kalau dekat Johor tu orang-orang yang sudah bergelar Kiyai. Kiyai Haji Salleh Panglima bin Karim ada sembilan puluh lebih orang murid. Kebanyakan murid Kiyai Salleh orang-orang tua. Anak murid Kiyai diantaranya ialah Tok Ijam dan Tok Ikat. Anak murid Kiyai Salleh yang termuda ialah Tok Abu Bin Darasan.

Kalau disebelah johor orang-orang yang sudah bergelar KIYAI yang banyak jadi anak murid kiyai Salleh.Yang muda tak ramai. Kalau ada anak murid Kiyai Salleh yang masih hidup sekarang ni umur diaorang 90 tahun keatas. Kiyai Salleh mempunyai pandangan makrifat yg sangat kuat. Pernah satu kapal terbang menjadi kaku diudara.. tidak bergerak kerana dipandang oleh Kiyai Salleh menggunakan pandangan makrifat.. Bila dilepaskan oleh Kiyai Salleh barulah kapal terbang itu terbang semula. Pernah satu ketika anak murid Kiyai Salleh duduk bertentangan dengan Kiyai Salleh dan ketika itu muka kiyai Salleh menunduk ke bawah. Apabila Kiyai Salleh mengangkat mukanya dan memandang ke arah anak muridnya. Anak muridnya terpelanting ke belakang kerana kekuatan pandangan makrifat Kiyai Salleh.

Semasa zaman komunis, iaitu sebelum merdeka( 1945) komunis bermaharajalela. Banyak rumah dibakar komunis, siapa yang menentang dibunuh, imam-imam masjid yang menentang dibunuh. Ada yang dimasukkan dalam sangkar **** dan ditikam ketika dalam sangkar ****, ada yang dimasukkan dalam guni dan dicampak dalam sungai. Tapi rumah Kiyai Salleh tidak dibakar sebab rumah Kiyai Salleh rumah buruk. Ketika itu Sultan Ibrahim johor sedang berada diluar negara dan komunis telah memasuki istana johor.
Semasa perang Kiyai Salleh telah menangkal kain merah dan dicarik oleh isteri Kiyai Salleh. Kain tersebut telah diagihkan oleh isteri dan murid Kiyai Salleh kepada penduduk kampung untuk dijadikan selendang.

Kiyai Salleh bersama 9 orang anak muridnya bangkit memerangi komunis di Batu Pahat mereka tidak memakai kain selendang merah kerana mereka telah memakai Pakaian ghaib.  Semasa perang komunis telah menyerang hendap Kiyai Salleh dan pengikutnya dari atas bukit ketika Kiyai Salleh dan pengikutnya melalui kawasan lembah. Kiyai Salleh terbang macam burung dan memancung komunis-komunis tersebut. Anak murid kiyai yang berada dibawah melihat kepala komunis yang dipancung oleh kiyai salleh tergolek kebawah lembah. Semasa perang baju-baju murid Kiyai Salleh belulang disebabkan dipenuhi darah komunis. Semasa perang dengan komunis Kiyai Salleh memakai pakaian berwarna putih tetapi tiada setitik darah pun pada pakaian kiyai Salleh. Sedangkan pakaian anak-anak murid Kiyai Salleh dipenuhi darah komunis. Hinggakan baju yang mereka pakai keras kerana darah komunis pada pakaian mereka. Apabila mereka pergi ke sungai. Sungai jadi merah kerana darah komunis pada pakaian mereka. Semasa perang badan-badan murid Kiyai Salleh kebal kecuali seorang yang melanggar pantang telah ditembak mati. Seorang anak murid Kiyai Salleh yang lain terpaksa memikul anak murid Kiyai Salleh yang telah ditembak itu balik kerumah. Anak murid kiyai Salleh kebal,sedangkan peluru komunis seperti hujan mengenai tubuh mereka. Semasa perang parang-parang musuh yang menetak tubuh mereka sumbing kerana kekebalan tubuh mereka. Pihak komunis menggunakan senapang, bom tangan, parang dan sebagainya seperti yang kita selalu lihat dalam filem bukit kepong sedangkan kiyai salleh menggunakan parang.

Salah satu pedang Kiyai Salleh ialah pedang berwarna hitam. Markas komunis dimusnahkan dengan jurus dari jarak jauh oleh Kiyai salleh. Duduk dalam markas mati duduk luar markas pun mati. Komunis telah menangkap Datuk Onn. Ketika itu anak datuk onn sedah nazak dirumah beliau. Komunis mengugut akan membunuh Datuk Onn sekiranya Kiyai Salleh tidak berhenti perang. Kiyai Salleh bersetuju untuk berhenti perang. Jika tidak kerana hal ini sudah pasti kawasan yang diperang oleh Kiyai Salleh akan menjadi lebih besar.

Keadaan masa perang tu teruk, istana sultan pun dah dimasuki komunis masa tu Sultan Ibrahim kat luar negara. Siapa yang bangkit membela? Kiyai Sallehlah yang bangkit membela. Gelaran PANGLIMA diberi oleh Sultan Ibrahim di atas jasa beliau.Sekembalinya Sultan Ibrahim dari luar negara. Baginda mencari siapa kepala yang menentang komunis ni. Selidik punya selidik dapatlah Kiyai Salleh. Sultan Ibrahim punya daulat pijak jambatan pun senget. Kiyai Salleh ni kecil je orangnya tapi bila Sultan Ibrahim peluk beliau, baginda tak terangkat badan Kiyai Salleh.

Pihak komunis juga telah mengupah 3 orang raden dari indonesia yang mempunyai ilmu yang sangat tinggi untuk bertempur dengan Kiyai Salleh. Tetapi kesemuanya telah tewas ditangan Kiyai salleh. 3 orang Raden dari Indonesia yang datang untuk bertempur dengan Kiyai Salleh kesemuanya kebal. Walaupun mereka kebal pada pedang biasa tetapi tidak kebal pada pedang Kiyai Salleh. 2 orang Raden tumpas dimata pedang Kiyai Salleh. Cuma seorang yang memiliki ilmu kebatinan yang terlalu hebat tidak tumbas dimata pedang. Kalau tak silap beliau adalah Raden Mas. Batin lawannya batin juga. Didalam pertempuran batin tersebut Raden itu tumpas di tangan Kiyai Salleh
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 03:03 PM | Show all posts
NasrullahHaq replied at 8-1-2015 06:39 PM
Ada ramai Kiyai Salleh.Ada Kiyai Salleh Banjar, Kiyai Salleh Jawa dan lain-lain. Kiyai Haji ...

semacam jerk ceta nih....

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 05:25 PM | Show all posts
Aku ada buku Panglima Salleh..bagus buku tu membakar semangat juang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.069322 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list