|
Tak tahulah nak cakap apa pasal
seorang PR di sebuah syarikat rakaman nih.
Nak kata orang baru, memang tidaklah.
Sebab, dia ni dah lama bekerja di dalam
industri muzik tanah air. So, senang cakap,
dia ni kira otai jugalah di kalangan PR-PR di
syarikat rakaman.
Sepatutnya, sebagai seorang otai dan seorang
yang mempunyai pengalaman luas di dalam
bidang ini, dia harus jagalah tingkah laku
serta attitude dia bekerja.
Ini tidak, masa tengah sibuk buat photo shoot
untuk artis di sebuah majalah hiburan, boleh
pulak sambil-sambil tu dia melayan video
porno menerusi telefon bimbit pintarnya.
Dah tu, dia tak pandai nak jaga line pulak tu
masa tengah layan video porno tu. Lekanya
dia sampai dia tak sedar perbuatannya itu
telah disaskikan oleh beberapa orang yang
ada di situ termasuklah di kalangan artis
sendiri.
Artis tu pun terkejut sebab tidak sangka di PR
tu boleh buat macam tu time tengah kerja.
Hai... Macamlah orang tak mengata pasal PR.
Kalau PR tak jaga nama dan kredibiliti PR
sendiri, siapa nak jaga?
Benda-benda macam inilah yang akan
rosakkan nama PR di dalam industri hiburan
Malaysia dan menyebabkan kebanyakan PR-
PR tidak dihormati di kalangan pihak selebriti.
Murai Batu harap perkara ini akan dapat
dijadikan pengajaran kepada semua, tidak
kiralah PR ker, selebriti ker, wartawan hiburan
ker, mahu pun sesiapa di luar sana.
Bila bekerja, bekerjalah dengan bersungguh-
sungguh. Fokus pada kerja dan jagalah
disiplin kerja tu dengan baik. Jangan buat
perkara yang bukan-bukan. Sebab industri ni
tak besar mana.
Buat malu saja bila perkara ini tersebar dan
menjadi topik perbualan hangat di kalangan
orang-orang industri. Siapa yang malu? PR tu
jugak yang malu nanti... |
|