CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5601|Reply: 63

[Tempatan] Kesatuan gesa kenaikan gaji minimum 10 peratus kerajaan, swasta

[Copy link]
Post time 19-11-2014 11:48 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Kenaikan gaji tidak kurang daripada 10 peratus wajar diberi pertimbangan kerajaan dan majikan swasta sejajar dengan peningkatan produktiviti dan prestasi para pekerja di negara ini, demikian menurut kesatuan pekerja sektor awam dan swasta.

Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata kenaikan gaji juga harus sesuai dengan kenaikan kos sara hidup semasa, khususnya kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Selain faktor kemampuan untuk menyara kehidupan seharian, Azih berkata seseorang pekerja khususnya penjawat awam juga perlu sekurang-kurangnya mampu membeli rumah dan menyara pendidikan anak-anak dengan gaji yang diterima.

"Gaji ini diukur daripada perkara tertentu seperti pencapaian akademik, pengalaman dan juga kebolehan seseorang pekerja itu, (selain itu) gaji juga harus dilihat berdasarkan kos sara hidup.

"Tetapi hari ini kita lihat gaji pekerja tidak mampu untuk menampung itu semua (kos sara hidup)," katanya di sini hari ini.

Menurut laporan kajian oleh Institut Penyelidikan Khazanah yang dibentangkan Isnin, kenaikan gaji pekerja adalah perlu, memandangkan produktiviti pekerja di Malaysia terus meningkat sejak tahun 1960.

Pengarah Urusan institut itu, Datuk Charon Mokhzani dilaporkan berkata, sejak lebih 50 tahun lepas, paras produktiviti pekerja sentiasa melebihi paras gaji yang diberikan majikan, dan sejak itu juga peningkatan pembayaran gaji sentiasa tidak setimpal dengan pertumbuhan produktiviti pekerja.

Keadaan itu membuatkan gaji dan faedah yang dirasai oleh pekerja hanya sekitar 33 peratus sahaja daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), manakala selebihnya dinikmati syarikat bersama pemegang-pemegang kepentingan sesebuah entiti tersebut, kata Charon.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) N. Gopal Kishnam yang senada dengan Azih berkata kenaikan gaji lebih daripada 10 peratus boleh membantu Malaysia mencapai taraf negara maju.

Kenaikan itu juga katanya akan merangsang pertumbuhan ekonomi kerana ia dapat meningkatkan kuasa membeli pengguna.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan pula berbeza pendapat apabila mengatakan peningkatan sebenar  produktiviti tidaklah sebanyak mana jika dibandingkan dengan kenaikan gaji tahunan yang diberikan kepada pekerja.

Sebagai contoh, beliau berkata, menurut laporan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), purata kenaikan produktiviti pekerja adalah kira-kira 2.5 peratus dalam 10 tahun kebelakangan ini.

"Tetapi kalau kita lihat kenaikan gaji tahunan yang diberikan kepada pekerja terutamanya sektor swasta ialah sebanyak lima hingga enam peratus setiap tahun.

"Ini sudah tentu melebihi kadar peningkatan produktiviti berkenaan dan kadar itu juga harus dibandingkan dengan kadar sebenar produktiviti yang kita ada pada masa ini, yang mana tahapnya adalah kira-kira tujuh kali lebih rendah daripada di Amerika Syarikat dan Jepun.

"Jadi kalau kita ingin mengatakan bahawa peningkatan gaji itu tidak tinggi kalau dibandingkan dengan nilai produktiviti, itu adalah sesuatu yang tidak benar," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai satu lagi laporan kajian Institut Penyelidikan Khazanah yang menyebut harga rumah yang boleh dibeli berdasarkan gaji median tahunan rakyat Malaysia masih lagi mahal daripada yang sepatutnya,  Shamsuddin berkata kerajaan bertanggungjawab untuk mengawal harga berkenaan supaya harga rumah mampu untuk dimiliki.

Gopal Kishnam pula berpendapat kerajaan seharusnya membina lebih banyak rumah mampu milik khusus untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana, memandangkan harga rumah ditentukan oleh pasaran semasa.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2014 11:50 AM | Show all posts
zaman skang...semuanya mahal....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 11:54 AM | Show all posts
kampeni tempat aku keja ni .. tiap2 tahun increment tak lebih 4% dari gaji. tu pun HR mgr rasa macam dah banyak sangat dah tu katanya. puih sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 11:58 AM | Show all posts
minyak dh naik dua kali..
gaji tak pnh naik pun..
nak harapkan bonus lg la nan hadooo
claim pun tak boleh..
tp kne kerah overtime, kne keje overloaded, kne standby 24jam  
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 12:01 PM | Show all posts
lepas GST kalu para pesara masih naik hanya 2%
tak payah pikir keluarga naja akan keluar undi UMNO PRU 14
bai bai jer


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2014 12:07 PM | Show all posts
sebab tu org yg lompat kerja akan demand paling kurang 20% dari gaji semasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2014 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg aku peratikan,pas gaji min rm950 tu dikuatkuasakan,beban keje pun makin bertambah. Longer working hours, elaun dihapuskan or combine ngan gaji basic pastu declare naik gaji. Tp ni swasta la, keje kerajaan tu gaji je naik tp keje mcm tu jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 12:14 PM | Show all posts
minyak, barang sume naik harga. gaji taknak naik. puih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2014 12:17 PM | Show all posts
makin ramai lah bangla, indo, Myanmar datang kat Malaysia ni ... majikan akan cari source yang murah ... nanti makin ramai pati dari rakyat Malaysia sendiri ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 12:29 PM | Show all posts
dulu aku ada borak dengan sorang kawan la, dia ni umur dalam lingkungan 40an...dia ada kelulusan diploma in QS, dia cerita dia start kerja tahun 1993, gaji  dia masa tu RM1200....sekarang selepas 21 tahun kalau ada diploma start gaji berapa??? sama tak?????
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 01:19 PM | Show all posts
pittjie posted on 19-11-2014 11:54 AM
kampeni tempat aku keja ni .. tiap2 tahun increment tak lebih 4% dari gaji. tu pun HR mgr rasa macam ...

ok jg ada increment
company aku kalau nk rasa nk bg dia bg
so far tahun lepas lom ada lg
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 02:00 PM | Show all posts
lkick2113 posted on 19-11-2014 12:29 PM
dulu aku ada borak dengan sorang kawan la, dia ni umur dalam lingkungan 40an...dia ada kelulusan dip ...

memang betul fakta tu...20thn gaji hampir sama...sama  cerita macam pakcikku gaji pemandu masa thn 1995 sekitar 1000 sekarangpun sama..rumah 20thn dulu 80k utk teres 4bilik di tempat yg sama skang dah dekat 500k...beza 6x ganda


Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 02:02 PM | Show all posts
gekkou posted on 19-11-2014 01:19 PM
ok jg ada increment
company aku kalau nk rasa nk bg dia bg
so far tahun lepas lom ada lg

jom cari keja lain jom gek.

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 02:04 PM | Show all posts
kerajaan kena tekan sikit swasta2 kat msia ni....

gaji kena ikut perjam rm7.50 minimum bukan minumum rm900 sebulan pekerja kena tipu jer..  ot satu setengah kali ganda....kerja 8jam sehari termasuk dlm tu rehat..lebih ot...kerja seminggu 5 hari macam keje kerajaan..kerja lebih ot...seminggu wajib cuti sehari. Last edited by boria on 19-11-2014 02:05 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 02:04 PM | Show all posts
pittjie posted on 19-11-2014 02:02 PM
jom cari keja lain jom gek.

aku baru 2 tahun kat cni
keje lain mmg byk tp nk mnt gaji tinggi susah sungguh
kesian kita
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 02:08 PM | Show all posts
Klu gaji 3k, naik 10% so 300...klu gaji 6k, naik 600 hengget nnt golongan yg naik 300hengget tu byk bunyi plak..mcm x biasa....ke nk gaji naik 10% utk yg gaji 4k le bawah je?

klu kerani gaji 1.5k, dpt naik 10% pn kot kata x ckup gak...nk kna bg naik gaji 20-30% plak kot....contoh la ni...sbb org xkn pnah puas hati dgn apa yg ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2014 03:08 PM | Show all posts
gekkou posted on 19-11-2014 02:04 PM
aku baru 2 tahun kat cni
keje lain mmg byk tp nk mnt gaji tinggi susah sungguh
kesian kita

2 tahun tu dah elok la tuk cari keja lain pun. tapi kalau gaji dah tinggi .. dan happy .. carry on je la. untung nasib ditempat baru kan belum tentu lagi kan.

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 03:10 PM | Show all posts
apa guna gaji naik 10%...peniaga dengar shj..belum pun gaji naik mereka dah bagi naik 50% harga barang...contohnya roti kosong...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 03:24 PM | Show all posts
ok sila tunaikan...Jangan tido!
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 03:27 PM | Show all posts
boria posted on 19-11-2014 02:00 PM
memang betul fakta tu...20thn gaji hampir sama...sama  cerita macam pakcikku gaji pemandu masa thn ...

itu menunjukkan tahap gaji di malaysia ni almost stagnant.....so aku setuju dengan pendapat charon yang ni.....yg tamak adalah majikan....ada lah satu consultant firm ni , engineer 2 org, draftman 1 org, then kerani, projek punya la banyak....gaji employee dia alahai....menyedihkan....so, yg tamak siapa????? majikan???? kerajaan???? free market????? atau siapa????

Pengarah Urusan institut itu, Datuk Charon Mokhzani dilaporkan berkata, sejak lebih 50 tahun lepas, paras produktiviti pekerja sentiasa melebihi paras gaji yang diberikan majikan, dan sejak itu juga peningkatan pembayaran gaji sentiasa tidak setimpal dengan pertumbuhan produktiviti pekerja.

Keadaan itu membuatkan gaji dan faedah yang dirasai oleh pekerja hanya sekitar 33 peratus sahaja daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), manakala selebihnya dinikmati syarikat bersama pemegang-pemegang kepentingan sesebuah entiti tersebut, kata Charon.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.231870 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list