View: 8136|Reply: 44
|
[Tempatan]
Kerjasama MYTV & TM bangunkan siaran TV Digital
[Copy link]
|
|
* Sebagai satu usaha mendigitalkan siaran televisyen & radio di Malaysia, MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) hari ini mendatangani perjanjian dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) bagi menyediakan infrastruktur dan kemudahan rangkaian bagi perkhidmatan ‘Digital Terrestrial Television Broadcasting’ (DTTB) di Malaysia. Ia akan menjadikannya infrastruktur DTTB pertama di Malaysia.
Majlis perjanjian ini telah disaksikan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia. MYTV diwakili oleh Nik Abdul Aziz Nik Yaacob, CEO MYTV manakala TM diwakili oleh Naib Presiden Eksekutifnya, En Wan Ahmad Kamal Wan Halim. Turut menghadiri majlis bersejarah ini ialah Pengerusi SKMM, Dato’ Mohamed Shahril Mohamed Tarmizi; Pengerusi TM, Dato’ Sri Dr. Halim Shafie dan juga Pengarah MYTV, Dato’ Hilmi Mohd Noor.
(kiri) Nik Abdul Aziz Nik Yaacob, CEO MYTV dan (kanan) Naib Presiden Eksekutif TM, En Wan Ahmad Kamal Wan Halim
Dalam ucapannya, Dato’ Ahmad Shabery menekankan bahawa perubahan lanskap penyiaran digital akan mengurangkan kos penyiaran. Malah, penyiar sedia ada & pemilik saluran yang berpotensi boleh memberi tumpuan kepada kualiti kandungan yang diterbitkan. Penyiaran analog akan ditutup secara berperingkat. Ini akan memberi ruang spektrum yang ditinggalkan, akan boleh digunakan untuk penyiaran dalam bentuk lain.
YB Dato Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia
Perjanjian ini akan menyaksikan TM akan membangunkan rangkaian terrestrial distribution bagi menyambungkan ‘Digital Multimedia Broadcasting Hub’ (DMBH) MYTV kepada semua 37 pemancar utama, 10 hab serantau & 2 stesen bumi melalui rangkaian STM-1. TM juga akan menyediakan rangkaian fiber & sistem penyiaran yang membolehkan MYTV memancarkan gambar berkualiti tinggi & menambahbaik kualiti pengalaman tontonan digital.
Fasa pertama DTTB akan bermula di Kelantan, Terengganu & Pahang pada suku kedua 2015 meliputi 85% populasi. Sementara fasa kedua menyasarkan 98% populasi di seluruh negara menjelang pertengahan 2016. Sebanyak 2 juta Set Top Box (STB) akan disediakan secara percuma untuk peringkat awal penyiaran ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
batmana posted on 19-11-2014 04:51 PM
astro msti tak suke
Betul! ABNxcess pun sama jugak, sebab berkemungkinan besar MYTV bakal bolot segala macam acara sukan utama berciri kepentingan nasional seperti bola sepak Piala Dunia dan badminton Piala Thomas selain Sukan Olimpik, Sukan Asia, Sukan SEA serta Sukan Komanwel. Liga luar Malaysia macam EPL toksah citer sebab ia bukan berciri kepentingan nasional. |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah byk pilihan tuk rakyat jelata. Persaingan sihat. |
|
|
|
|
|
|
|
dah pesiangan ..untuk Astruk...
|
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah camni. |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Patih posted on 20-11-2014 05:49 AM
dah pesiangan ..untuk Astruk...
Setuju sekiranya MYTV dapat bolot segala macam acara sukan utama secara langsung seperti bola sepak Piala Dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
hayrin86 posted on 20-11-2014 02:06 PM
Setuju sekiranya MYTV dapat bolot segala macam acara sukan utama secara langsung seperti bola sepa ...
xder maharaja lawak..xguna jugak..
|
|
|
|
|
|
|
|
Hello dear sir or lady : My name is tian bao long from china , i'm selling LED trivision billboard . it is anormal trivision billboard in the day and show three different posters , but at night , the face with LED lights will stop rolling and it will become a LED colour screen ,which can show many different advertising videos , i think that we could on business together Skype robinwanpersie International QQ 345256021 Email shemenxibanya@163.com
welcome to Hong Hai Group
skype ID robinwanpersie international QQ 345256021
Allah bless you God bless you |
|
|
|
|
|
|
|
ResellerMaxis posted on 20-11-2014 02:23 PM
xder maharaja lawak..xguna jugak..
MAHARAJA LAWAK diterbit dan disiarkan oleh satu saluran saja, iaitu Astro. |
|
|
|
|
|
|
|
hayrin86 posted on 20-11-2014 04:35 PM
MAHARAJA LAWAK diterbit dan disiarkan oleh satu saluran saja, iaitu Astro.
so bagi lah semu channel sport sekalipun..xder mlm..orang akan tetap guna astro..
|
|
|
|
|
|
|
|
ResellerMaxis posted on 20-11-2014 05:00 PM
so bagi lah semu channel sport sekalipun..xder mlm..orang akan tetap guna astro..
Betul! MYTV yang bakal beroperasi nanti pun bagi sekali satu atau lebih saluran sukan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 20-11-2014 12:57 PM
Baguslah camni.
Ya.. Kalau boleh, siar segala macam acara sukan utama macam bola Piala Dunia secara langsung barulah pilihan rakyat jelata.. Yang nyanyi-nyanyi dan tari-tari takyah siar kat MYTV tak apa.. |
|
|
|
|
|
|
|
sukan seperti piala dunia dan epl siapa yang dapat bid dengan harga yang tinggi dia akan menang. |
|
|
|
|
|
|
|
Idelgo posted on 21-11-2014 09:49 AM
sukan seperti piala dunia dan epl siapa yang dapat bid dengan harga yang tinggi dia akan menang.
Moga-moga MYTV yang bakal beroperasi nanti jauh lebih kaya daripada Media Prima dan Astro.. Amin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap jadi pesaing kuat Astro.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nik aziz ni ex colleague aku dulu.
dia quit dulu.....then baru aku |
|
|
|
|
|
|
|
highcastle posted on 21-11-2014 02:05 PM
Harap jadi pesaing kuat Astro..
Amin.. kalau boleh, siar segala macam acara sukan utama berciri kepentingan nasional seperti bola sepak Piala Dunia secara langsung di masa akan datang, barulah Astro tergugat oleh MYTV. Liga luar Malaysia macam EPL ke, La Liga ke, sila la jangan cerita sebab ia semua bukan berciri kepentingan nasional.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|