KUALA LUMPUR, 19 NOV 2014 : Penyanyi yang
berasal dari Brunei, Fakhrul Razi bersyukur
kerana buat pertama kalinya dia tercalon
dalam kategori Artis Baru Terbaik di anugerah
Industri Muzik (AIM21) yang bakal
berlangsung pada 6 Disember depan.
Fakhrul yang ditemui di pejabat Murai pada
Isnin berkata dengan pencalonan itu dia
berharap agar dapat mencipta nama di
Malaysia selain menyimpan hasrat untuk
menyatukan muzik di antara dua buah negara.
“Ini merupakan satu perkara yang baru bagi
saya kerana saya adalah artis pertama dari
Brunei yang diberi peluang untuk berada
dalam AIM 21 ini.
“Bagi saya apabila tercalon dalam anugerah
berprestij ini merupakan kemenangan bagi
saya… Kalah atau menang itu saya letak
belakang.
“Apa yang penting saya rasa kehadiran saya
di sini adalah untuk memasyarakatkan lagi
industri muzik di Malaysia,” katanya.
lentik jap akak tengok picca dan bideoklip dia ni... akhirnya ada jugak penyanyi melayu yg ala2 boleh bukak baju dan tak nampak ada gynecomastia. suara dan lagu not my taste, dengar sekali sekala boleh kut takkan nak dengar dethklok je tiap2 hari.... Last edited by rogayahtop on 22-11-2014 08:21 AM