|
KUALA LUMPUR, 20 NOV 2014 : Pelakon dan
juga isteri kepada Adlin Aman Ramlie, Emelda
Rosmila dikhabarkan sudah hamil anak
pertama mereka.
Murai Batu dapat tahu pun, menerusi
Instagram Emelda yang memuat naik gambar
‘pregnancy test’ dengan ‘caption’
jengjengjeng!!!!
Ramai pengikut Instagram Emelda telah
mengucapkan tahniah kepadanya yang turut
sama-sama berkongsi kegembiraan.
Kalau berita ini adalah benar, Alhamdulilah
Murai Batu ucapkan kepada mereka berdua
dan difahamkan, hubungan rumahtangga
mereka kini sudah masuk tahun kelima.
Sebelum ini, Emelda pernah berkata yang dia
tidak akan putus asa menjalani apa jua
rawatan di hospital dan berdoa kepada Allah
agar dikurniakan cahaya mata.
Murai Batu doakan, agar kebahagiaan
rumahtangga mereka berkekalan serta
diserikan lagi dengan cahaya mata sulung
dalam keluarga mereka. |
|