CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1445|Reply: 1

Awie Mahu Remaja Jauhi Gejala Sosial

[Copy link]
Post time 20-11-2014 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Vokalis kumpulan Wings, Awie bersetuju
menjadi mentor dan ketua juri bagi
pertandingan Raja Band Kuala Lumpur 2014
demi memberi sokongan buat anak-anak
muda mengasah bakat mereka dalam bidang
muzik.

Kata Awie, sokongan ini semata-mata bagi
mengelakkan generasi muda terlibat dengan
gejala sosial yang semakin berleluasa.
“Saya merasa terpanggil untuk terlibat dengan
acara ini kerana mahu memberi semangat
kepada remaja untuk menjauhi gejala negatif.
Daripada mereka melakukan perkara yang
tidak baik, ada baiknya mereka asah bakat
mereka dalam bidang muzik,” kata Awie ketika
ditemui di sidang media Raja Band Kuala
Lumpur 2014, pada Selasa.
Tambah Awie, kejayaan kumpulan Kristal
merupakan salah satu bukti dia sentiasa
menyokong remaja yang mahu berjinak-jinak
dalam bidang muzik secara serius.

“Saya pernah mendidik kumpulan Kristal
selama empat tahun sebelum mereka mampu
bergerak sendiri. Sekarang mereka merupakan
salah satu kumpulan muzik yang berjaya
menempa nama dalam indsutri muzik
tanahair. Saya bersyukur melihat kejayaan
mereka dan berharap lebih ramai lagi anak
muda yang menggunakan masa terluang
mereka dengan cara yang betul,” ujar Awie
mendedahkan dia sudah membuka sebuah
studio jamming buat remaja mengasah bakat
mereka.

“Saya buka studio jamming untuk remaja
berlatih main muzik. Kadang-kala saya beri
mereka berlatih secara percuma. Yang penting
mereka tidak melakukan perkara yang tidak
baik,” katanya.

Awie bakal mengadili 14 kumpulan yang akan
bertanding ke peringkat separuh akhir Raja
Band Kuala Lumpur 2014 yang bakal
berlangsung pada 23 November ini di Dataran
Medan Pasar, Kuala Lumpur. Peringkat akhir
akan diadakan pada 7 Disember, menyaksikan
hanya lima kumpulan layak merebut gelaran
Juara yang akan membawa pulang wang
tunai berjumlah RM10,000.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2014 02:09 PM | Show all posts
nape teks ke kiri nih eh ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.737739 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list