View: 2208|Reply: 10
|
Ulang Tahun ke 66 Dato Jimmy Choo Dirai Meriah
[Copy link]
|
|
Beginilah
beruntungnya apabila bergelar ikon fesyen
terkenal global kerana di mana saja berada
kemunculannya pasti dihormati dan diambil
perhatian.
Begitu juga halnya dengan Dato Jimmy Choo
apabila sambutan ulang tahun hari lahirnya
yang ke-66 baru-baru ini telah diraikan
dalam suasana cukup meriah dan dilimpahi
kasih sayang sayang daripada rakan taulan
dan juga peminatnya.
Bertempat di Galeri Seni Visual Negara hujung
minggu lalu, ratusan peminat pereka kasut
terkenal itu telah meraikan ulang tahun Dato
Jimmy Choo yang telah dianjurkan secara
istimewa oleh jenama fesyen terkenal Lord’s
Tailor.
Lebih istimewa apabila majlis berkenaan turut
diraikan bersama rakan baik Dato Jimmy
Choo iaitu ikon fesyen terkenal dari United
Kingdom, Dame Zandra Rhodes yang
kebetulan berada di ibu negara bagi
menjayakan Kuala Lumpur Fesyen Weekend.
Turut meraikan hari istimewa itu ialah
beberapa selebriti popular tanah air antaranya
Ning Baizura, Amber Chia, Keith Foo, Ummi
Nazeera, Linda Jasmine, Que Haidar dan tidak
ketinggalan legasi Lord’s Tailor yang telah
menjadikan majlis berkenaan satu kenyataan.
Terdahulu Lord’s Tailor telah mempamerkan
rekaan musim bunga dan panas 2015 di
galeri seni berkenan sempena berlangsungnya
Kuala Lumpur Fesyen Weekend yang telah
mendapat sambutan luar biasa tahun ini. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat kasut terakhir lady diana yg tk sempat diambik sebelum kematian dia..
dulu dato' ni ada tunjuk... |
|
|
|
|
|
|
|
he looks older than his age.....66? you must be kidding..... |
|
|
|
|
|
|
|
dah 66 tahun dah umur dia...tak sangka...teringat movie devil wears prada...dia ada sebut kasut brand jimmy choo... |
|
|
|
|
|
|
|
bencilah gomen ni sesuka hati tukar nama BALAI SENI LUKIS NEGARA ke GALERI SENI VISUAL NEGARA...motif? nama lama dah cukup2 gah dah ...tukar boss, tukar la nama baru... jgn terkejut besok2 ISTANA BUDAYA tukar nama COLLISEUM NASIONAL! memang bongok2 org2 dlm kementerian pelanconan ni semua.
anyway, Jimmy Choo last week kan ada celebrate bday dgn David Beckham kt Troika? |
|
|
|
|
|
|
|
Blueberri posted on 20-11-2014 04:56 PM
dah 66 tahun dah umur dia...tak sangka...teringat movie devil wears prada...dia ada sebut kasut bran ...
jgn tak tau, masa meols pergi istanbul, jumpa org swiss...diorg bila tau meols org malaysia, sheols sebut jimmy choo kuala lumpur bagai. bangga jap
|
|
|
|
|
|
|
|
sepitsiput posted on 20-11-2014 08:11 PM
jgn tak tau, masa meols pergi istanbul, jumpa org swiss...diorg bila tau meols org malaysia, sheol ...
jimmy choo jadi kebanggaan rakyat mesia..anyway...seronoknya dapat gi Istanbul... |
|
|
|
|
|
|
|
x nampak gamabrajah lak nih |
|
|
|
|
|
|
|
Yg dtg celeb birthday jimmy choo memasing plg dpt kasut free x? |
|
|
|
|
|
|
| |
|