CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9231|Reply: 56

TETAP TUNTUT HAK!

[Copy link]
Post time 20-11-2014 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SAMPAI bila isu ini akan berakhir? Tidakkah
mereka jemu? Itu antara pertanyaan dan cakap-
cakap banyak orang berkaitan ‘sengketa’ bekas
pasangan suami isteri yang satu ketika dahulu
pernah berkasih sayang - Rita Rudaini dan
Aidil Zafuan Abdul Razak.

Kedua-duanya saling bersengketa, saling
‘tikam-menikam’. Pelbagai bahan bukti
ditampilkan dalam pergaduhan antara pemain
bola sepak dan pelakon poular itu selepas
mereka tidak lagi hidup sebagai suami isteri.
Meskipun mereka memiliki dua cahaya mata
yang begitu comel, tetapi itu tidak mampu
menjadi pendamai antara kedua-duanya.
Ketika diajukan persoalan itu, Rita sendiri
tidak mempunyai jawapan yang pasti.
Dia sendiri tidak tahu sampai bila ‘kisah
hangat’ itu akan berakhir.
Pada masa sama dia percaya sesuatu
masalah tidak harus dibiarkan terpendam. Dia
perlu mencari penyelesaian kepada setiap
masalah yang timbul.
“Malu? Saya tidak nafikan... Sesekali terasa
malu kerana banyak kisah peribadi, kisah
hidup sendiri menjadi tontonan masyarakat.
Tetapi apa lagi pilihan yang saya ada?”
Tanyanya sambil tersenyum panjang.
Sengketa mereka kini memasuki episod baharu
apabila minggu lalu Rita membuat laporan
polis ekoran ugutan bunuh terhadap dirinya
yang disiarkan di laman sosial bekas
suaminya itu.
Sehingga kini, Rita tidak pasti akan status
laporan polis yang dibuat itu. Apa yang
penting, dia telah mengambil langkah berhati-
hati dalam segala tindakan kerana tidak
mahu ada pihak tidak bertanggungjawab terus
mengambil kesempatan terhadap permasalah
kehidupannya.

Tidak tahu mengapa bekas suaminya itu kini
banyak bercerita tentang hal-hal dirinya
akhir-akhir ini, kata Rita, dia memilih jalan
untuk memandang ke hadapan.
“Dunia saya hanya anak-anak, kerja dan
perniagaan. Saya tidak fikir tentang dia lagi.
“Saya sudah malas fikir tentang dia, biarlah
mahkamah tentukan segala-galanya.
“Sebaliknya, apabila dia semakin galak
bercakap soal saya di laman sosial akhir-
akhir ini, saya bertanya-tanya, apa
sebenarnya yang dia hendak,” katanya.
Tidak mahu terus dikaitkan dengan masalah
yang ditimbulkan Aidil, Rita memohon kepada
bekas suaminya itu agar menjadi seorang
lelaki yang matang.
“Saya tidak akan sesekali memilih saluran
media sosial untuk mempamerkan apa-apa
bukti. Saya tidak tahu mengapa dia berbuat
demikian. Sebagai seorang ibu kepada anak-
anaknya, Aidil sepatutnya menghormati
maruah saya.
“Mungkin dia lupa bahawa anak-anaknya
semakin membesar yang akan melihat semua
ini,” katanya.
SELAIN laporan polis ekoran bunuh itu, kes
pergaduhan dengan rakan kongsi
perniagaannya juga antara yang menjadi
buah mulut ramai.

Keputusan Rita membubarkan syarikat
tersebut ketika ia menunjukkan kemajuan
memberangsangkan masih kekal misteri.
Semua orang sudah tahu yang kini hubungan
Rita dan bekas rakan kongsinya itu tidak
sebaik dahulu. Malah ‘gabungan’ secara tiba-
tiba Aidil dan bekas rakan kongsinya itu yang
dilihat semakin rapat juga sudah
membuktikan ada sesuatu yang tidak kena.
Apakah yang tersirat sebenarnya? Tidak mahu
cepat melatah, Rita melihat ini dari sudut
yang berbeza.
“Sebagai seorang wanita yang matang, saya
memilih untuk menyelesaikan setiap masalah
dengan jalan yang betul.
“Jika ia melibatkan undang-undang saya pilih
saluran undang-undang.
“Ini termasuk dalam soal perniagaan ini.
Rasanya buat masa sekarang, tidak perlu
saya kongsikan apa-apa buat sementara
waktu.
“Saya cuma boleh katakan kami sudah tiada
persefahaman. Untuk apa meneruskan
perniagaan bersama sekiranya kita tahu ia
akan menambahkan masalah lain pula
selepas ini?

“Saya memilih untuk membubarkan bisnes
kerana alasannya cukup mudah, tiada lagi
persefahaman. Itu sahaja,” katanya.
Bagaimanapun melihat fitnah yang
dilemparkan kepada dirinya berkenaan
pembubaran syarikat itu, kata Rita dia tidak
teragak-agak mengambil tindakan.
“Perlu untuk saya katakan akan ada tindakan
yang akan saya ambil selepas ini,” katanya.
SELAMA beberapa tahun kontroversi diri dijaja
dan diperkatakan, bukan calang-calang orang
yang mampu bertahan. Soalnya mengapa Rita
sendiri begitu beria-ia mahu meneruskan
episod pergaduhan ini? Itu yang ditanya
banyak pihak.
Pada masa dia juga sudah bertahun-tahun
naik turun mahkamah. Semua itu tidak akan
selesai dalam masa terdekat.

Rita memberitahu dia bukan mencari publisiti,
jauh sekali mewujudkan sengketa. Ini adalah
soal hak yang perlu diperjuang.
“Sebagai seorang Islam, rasanya setiap orang
jelas akan tanggungjawab masing-masing
sebagai isteri, anak dan sebagainya. Saya
hanya mahu menuntut hak saya sebagai ibu
kepada anak-anak dan sebagai bekas isteri
Aidil.
“Jika ada yang melihat itu sebagai perbuatan
yang salah, saya tidak kisah kerana tidak ada
pihak lain yang akan membantu bila kita
susah, melainkan atas usaha saya sendiri,”
katanya.

Sehingga ini, tiga kes membabitkan Rita dan
Aidil sedang dibicarakan di mahkamah iaitu
kes tuntutan nafkah anak di Mahkamah
Rendah Syariah Petaling Jaya. Dua lagi kes
ialah nafkah tertunggak dan kes mutaah yang
kedua-duanya dikendalikan di Mahkamah
Tinggi Shah Alam.
“Saya tidak mahu menyesal kemudian hari
kerana cepat mengalah dengan hanya sedikit
tekanan. Semua wanita perlu sedar bahawa
mereka punya hak yang harus dituntut.

“Saya menggunakan saluran yang betul iaitu
melalui mahkamah. Itu cara saya. Kebetulan
saya artis, jadi orang akan terus bercakap,
tetapi saya tidak ada pilihan,” katanya tegas.
TINDAKAN Aidil berkongsi beberapa keping
gambar minggu lalu, membuka laluan kepada
seorang pengikut di laman Instagramnya
menyatakan sokongan melalui tindakan tidak
masuk akal - memberi cadangan agar Rita
dibunuh. Itu mendorong Rota membuat
laporan polis di Balai Polis Bandar Tun
Razak. Namun, tindakan Rita itu dijadikan
jenaka pula. Menjelaskan keadaan itu kata
Rita, apa yang dilakukan adalah demi
keselamatan anak-anak.
Katanya, dia rela meletakkan keselamatannya
di tangga kedua.
“Saya sanggup melakukan apa-apa sahaja
demi memastikan kehidupan Airit Rayyan
Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna selamat
daripada apa juga ancaman.

Mungkin ada yang melihat ini sebagai tidak
serius, tetapi sebagai rakyat Malaysia yang
matang, percaya kepada undang-undang.
Laporan polis ini adalah tindakan yang wajar
saya buat.

“Ini soal keselamatan saya dan anak-anak.
Bacalah ayat yang ditulis itu. Saya memang
jadi takut. Ia mengancam kehidupan saya
untuk bergerak kemana-mana. Saya percaya
pihak polis tidak akan berdiam diri.
“Saya sentiasa berdoa supaya Allah
memelihara maruah saya sebagai seorang
wanita dan ibu. Saya tahu penting untuk saya
memberi contoh yang baik buat anak-anak
dan peminat.

“Sedih sebenarnya untuk melihat bagaimana
Aidil sanggup melihat ibu kepada anak-
anaknya dicaci-maki oleh pengikutnya di
laman Instagram. Maruah saya sebagai
seorang ibu juga tidak diendahkan,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2014 04:49 PM | Show all posts
Sudah2 la cite RR and Aidil ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Hang jaja cerita Aidil boleh? Tau pulak marah si Aidil cerita pasal hang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 04:56 PM | Show all posts
itu betul.. hak tetap hak..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 04:56 PM | Show all posts
waiting for the ending of this story......
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 04:56 PM | Show all posts
chop!!

wartawan ni knape mcm xde story?? cite dh lme sengaja nk di kontroversi kan..

itu kan sume isu lme...wartawan2....ko nk keje mudah je kan...isu Aidil-Rita ni mcm back up diorg klu xde berita terbaru...terpkse la korek2 cite lme..repeat n interview die....dh byk kali dh..tu sume bkn cite bru pn....

wartawan2 kt msia ni...sila cari informasi berhemah ckit....nmpk sgt jns copy paste cite 5 thn dlu..tambah yg bln lepas...ari ni g interview utk tnye artis...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2014 04:57 PM | Show all posts
buhsan doe citer diaorg nih...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 04:59 PM | Show all posts
alahai...
cerite naruto pun dah sampai ending, ni je yang tak abis2 lagi..
nak lawan detektif conan mungkin..

next~~~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2014 05:12 PM | Show all posts
cehh igtkan cerita baru..rupanye dah basi. ke citer lama tt copy paste balik?
nampaknye ada org rindu citer2 rr bila dia senyap2
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Katup benag lah..citer lama ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 05:19 PM | Show all posts
emm..citer tak abis2....baik aku
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 05:52 PM | Show all posts
ni lah namanya karma.

dulu ko kawen sembunyi, tak citer dengan wartawan, tak buat kenduri bagi makan wartawan.

sekarang ko tercari2 wartawan melalak menjaja cerita sendiri. worse, kisah buruk pula.

lain kali jangan buat wartawan kecil hati,
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 06:48 PM | Show all posts
oh cite dioranglg...
ngat kn cite anak beranak rebut harta mcm kes wna dulu

tak abis pun baca karangan kat atas bila nampak nama dua orang itu
ni kalo belakon sinetron 14 tahun pun belum tamat lg....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa RR ni gila la...tak habis2 dia ni..
Xreti move on ke???
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyaknya thread baru TT ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 09:16 AM | Show all posts
waratawan yang cari dia nih kan .. ke dia yang panggey wartawan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2014 09:18 AM | Show all posts
udah-udahlah tu... conpius akak siapa yg mencanang ni.... tuntut jer lah hak tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 09:50 AM | Show all posts
sekarang dh muak & menyampah dgn citer RR & Aidil

IF aq dh tagih x dapat2........naik mahkamah turun mahkamah dh penat...................nnt kat akhirat jer lh citer
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 09:54 AM | Show all posts
hurmmm.. bekas suami ...tlg la byr... kalo tidak smp bila2 dia akan tuntut... dan silap2 psl nih ko dgn bini baru bole bermasam muka
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 09:58 AM | Show all posts
ok noted..next
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.071228 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list