CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3770|Reply: 4

Cinta Mimi Mekar di Okinawa

[Copy link]
Post time 21-11-2014 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Meskipun kemunculannya dalam lakonan
boleh dianggap masih mentah umpama
setahun jagung namun bakat baru Mimi Lana
semakin mendapat perhatian.
Baru berusia 19 tahun, Mimi atau nama
sebenarnya Mimi Roziana Zainal Abidin yang
memulakan langkah sebagai pelakon
tambahan kira-kira dua tahun lalu kini
mendapat peluang untuk membawakan watak
lebih besar.
Diam tak diam sudah tujuh drama dibintangi
Mimi dan salah satunya ialah Papa Chef
arahan Amor Rizan yang menggandingkan dia
bersama Faizal Hussein sebagai watak utama.
Sekali lagi mendapat kepercayaan daripada
pengarah berbakat itu, Mimi mendapat
tawaran membintangi drama Cinta Okinawa
sebanyak 26 episod. Bahkan, kali ini Mimi
akan terbang ke Jepun untuk penggambaran.
Mimi ketika ditemui kelmarin berkata, dia
bersyukur kerana walaupun masih baru, satu
demi satu peluang mula diraih. Bahkan,
tawaran membintangi drama Cinta Okinawa
itu dimilikipun di atas permintaan pengarah
sendiri.
"Saya sangat teruja bekerja dengan Amor
Rizan. Apatah lagi, saya perlu menjalani
penggambaran selama dua minggu di Jepun,"
katanya yang turut dilantik sebagai duta
produk kecantikan Q Life selama dua tahun.
Dalam Cinta Okinawa, Mimi yang memiliki
ketinggian tuduh 1.76 meter ini akan
membawa watak pembantu iaitu Ariana,
seorang gadis yang dilahir serta dibesarkan
keluarganya di Jepun.
Selain itu, Ariana juga mahir dalam seni
mempertahankan diri karate.
"Sebelum ke Jepun, saya akan mengikuti kelas
karate. Memang teruja dan saya akan berlatih
bersungguh-sungguh.
"Saya juga tidak fikir berlatih karate adalah
sukar kerana sebelum ini saya pernah belajar
seni silat gayung," kata Mimi yang jelas
tampak matang berbanding usianya.
Mengulas mengenai pertimbangan tawaran
berlakon, Mimi yang juga anak kedua
daripada tiga beradik berkata, dia akan
menilai watak diterima dan jika sesuai dan
dia mampu melakonkannya, pasti diterima.
Katanya, sebagai pelakon baru dia tiada niat
untuk bersikap memilih, tetapi sekadar
mengikut kemampuan diri.
"Saya lebih selesa menerima watak yang
dirasakan sesuai serta mampu dilakonkan.
Saya tidak mahu bersikap tamak hanya
disebabkan terlalu mengejar untuk membina
nama.
"Biarlah ia berlaku mengikut ketentuan masa
dan sekarang ini pun saya seronok menimba
pengalaman sebagai pelakon," katanya yang
akan bergandingan dengan Sharnaaz Ahmad
dan Hanis Zalikha dalam drama Cinta
Okinawa.
Menyentuh mengenai tawaran filem, Mimi
berkata, dia sebenarnya baru menolak satu
tawaran kerana tidak mampu membawa
watak itu yang agak berat.
Mengulas mengenai dirinya yang dilantik
sebagai duta produk Q-ute Secret Miracle
Skincare diasaskan Q Life, Mimi berkata ia
satu peluang tak pernah di duga. Apatah lagi,
mengenangkan dirinya yang masih baru
dalam industri seni tanah air.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2014 09:16 AM | Show all posts
[size=14.4444446563721px]xkenal dia ni ..xde gambor ke?

ku gugel2 - xde jawapan...



Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 09:17 AM | Show all posts
igtkan mimi loma
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 09:24 AM | Show all posts
mimi mana lak nih .. mi magi ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 09:33 AM | Show all posts
meols bukak td harap2 story terbaru hazami... rindu nk dgr suara lunak heshe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.301371 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list